Wednesday, February 1, 2012

Bingka Susu ~ Kak Fida

 
 
Bingka ni cheq sue buat petang kemarin dulu. Mula2 dah tengok Mas buat, kendian terjangkit pulak dengan Izah.  Semenjak dua menjak ni macam teringin aje nak makan kuih jenis2 bakar camni. Dah lama pun jugak perap resepinya, bila dah member dua orang tu dok tayang baru datang anginnya.
 
Tapi bingka susu cheq sue ni x berapa nak sempurna sebab x masukkan susu pekat. Masa pi TESCO Ahad lepas dah angkat pegang susu pekat, tapi tak beli. Dah balik rumah, godek2 resepi baru la perasan yang dibelinya adalah susu cair. Adehhhh.... selalu je camtu. Jadi terpaksalah cheq sue mengoter sikit2 dalam bahan2nya tu. Apapun alhamdulillah masih menjadi bingkanya, malah lembut dan cukup lemak manisnya.

Kalau ada yang berkenan, boleh la try test resepi ni. Mudah aje nak membuatnya, rasa pun sedap. Sesuai sangat kalau nak dibuat sarapan atau minum petang. Cheq sue buat ni setengah adunan, dapat banyak jugak. Nanti cuba tau... Wassalam...




 
BINGKA SUSU
Resepi : Kak Fida @myR
Sumber : Mas & Izah

Loyang 8x8 @ 9x6
Bahan A :
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar cheq sue guna susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

** Untuk setengah adunan, cheq sue guna 1 cawan susu cair, dan lebihkan sedikit gulanya. Gandum tu pulak cheq sue guna 3/4 cawan. Kalau korang jadi kes cam cheq sue ni, pandai2 la ejas sendiri ikut keyakinan. :)

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.

Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.

8 comments:

  1. cheq sue..salam rindu..lamanya tak menjalajah dapur che su..busy sgt skg ni...tapi bingka susu ni menyebabkan mieza terpaksa singgah..tak pernah makan lagi bingka nih!

    ReplyDelete
  2. dh jangkit sampai CH ye bingka susu nih.. tun jarang ada stok susu pekat yg byk kt umah, sbb xminum sgt..tu yg duk kiv je. nmpk sedap je tu.

    ReplyDelete
  3. sana sini dok tayang bingka susu...beshnye kalau dpt makan tang kerak tuhh

    ReplyDelete
  4. waaa..ramai dah buat bingka nie yer..bahan dah ada..mood nak buat belum mari...

    ReplyDelete
  5. macam nak buat je ptg ni, nmpak menyelerekan.

    ReplyDelete
  6. Assalam sue, lama dah akk terbekenan ngan bingka susu kak fida ni, mesti sedap lemak maniskan

    ReplyDelete
  7. Assalam cheq sue,wah sana sinun tayang bingka susu,semua stok bhn dah da,nnti2 leh wat jugalah kalo ank2 n hb dah chat,coz kalo wat skng,takut sendri wat,sendri kna abiskan..Msti lemak berkrim kan,ct plg suka tang kerak2 tuh..

    ReplyDelete
  8. sedapnyeaa!!!minum petang ngan bingka mmg bes :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]