Monday, February 20, 2012

Donat Mulus

 
 
Mmmmm, dah lama tak tracking, habis sakit satu badan
Memang dah xde stamina dah rupanya, hanya semangat dan keinginan je
Alhamdulillah, dengan segala kepayahan, sampai jugak ke puncak Gunung Berembun
Dengan ketinggian 18++ meter
Nantilah kalau senang cheq sue upload gambarnya
 
Donat mulus ni cheq sue dapat rumah Sue@ Nenie
Kebetulan untuk e-book donat (Ros JM) cheq sue termiss
Nasib baik Sue dapat hantar email, attach resepi tu
Dapat tambah satu lagi e-book
 
Sekarang ni orang dah buat macam2 donat kan...
Kalau dulu bentuk gelang berlubang tu aje...pastu salut gula
Sekarang ni macam2 topping pun ada
Malah ada jugak yang dimasukkan filling
Untuk donat mulus ni cheq sue letak je sos butterscotch dan choc rice
Sedap jugak rasanya... Tak caya sila la cuba!
 TQ pada keduanya...
Wassalam...



 
DONUT MULUS
  Resepi : Ros @ JintanManis
Sumber : Sue @ Nenie

BAHAN-BAHAN
350 gram tepung Halus Superfine cheq sue guna tepung roti
50gram tepung kanji kentang
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 ½ sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 ½ sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.

PENYEDIAAN DOH

Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.

Kaedah 2, Jika uli tangan -->
Di mangkuk kecil, masukkan 150ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.

****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda.
Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.
Salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.

****Tips mudah (Dari Kak Yani@MyR) nak menyalut gula pada donut atau apa2 kuih, masukkan donut/kuih siap goreng dan gula halus ke dalam plastic bag, kembungkan ia dan tutup kemudian goncangkan sehingga kesemuanya bersalut rata...
 

10 comments:

  1. wah...makan dgn butterscotch ek...kita pun suka donut mulus ni sebab gebusss

    ReplyDelete
  2. wahhh... ini mcm kena testing ooo000... makan donut dgn sos butterscotch ^_^ tq cheq sue, ptg ni nk godak2 lg sos butterscotch la, heeee..

    ReplyDelete
  3. Wah....nasib baik mulus akak ingat tadi mulas...bagus juga ekk..makan dengan butterscotch

    ReplyDelete
  4. Wah....nasib baik mulus akak ingat tadi mulas...bagus juga ekk..makan dengan butterscotch

    ReplyDelete
  5. sedapnya cheq sue..terliur tengok sos butterscotch tu..kat sii takde butterscothch,kot ade pun saya tak tahu boleh amakn atau tak..

    ReplyDelete
  6. ala... dh lama x mendonat. malas nk menggoreng2.
    wah!! tun dh lama teringin nk daki gunung. xde geng pulak nk pergi. pernah naik air terjun gunung stong kt jeli. tu pun dh struggle. hihi

    ReplyDelete
  7. wah..meleleh..ai pong dah lamaa tak buat donat..ank2 dok tanya ni..huhu..mmg mkn ngan butterscoth ni sedap..

    ReplyDelete
  8. Ermm bila le saya nak try resepi ni pulak. Malas betul sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Salam...Sama-samalah kita kongsi ilmu yang berguna yaaaa....Sue cuma panjangkan saja ilmu yang dikongsi Kak Ros@Jintan Manis...

    Emmmm sedappppnya makan ngan sos butterscot tuuuu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]