Friday, February 17, 2012

Peria Goreng Tepung Mamak Style



 
 
Pahit-pahit peria, jangan serik nak makan sebab khasiatnya sangat tinggi
Samada peria besar (kambas) atau peria katak, dua-dua cheq sue suka
Mula2 memang dok pahit, pahit aje bila makan
Tapi dah lama-lama rasa sedap pulak
Tambah2 kalau dapat goreng dengan udang
 
Haritu entah jalan kat blog sape ntah, tgk peria goreng tepung
Bila search kat Google, kuar resepi Kak Jee ni
Langsung je cheq sue cuba
Tak banyak pun, dalam setengah biji je, dapat 8 slice
Tapi 4 dah hangit, 4 je sedang elok

Rasanya kira ok jugak
1st time makan kan, agaknya memang gitu la rasanya
Ibarat kata Kak Jee, kalau xmo pahit jangan makan peria, kunyah je gula-gula
He he he...
TQ Kak Jee, nanti next time nak cuba dengan peria katak pulak
Wassalam...



Yang hangit dok bawah ye..... (*_*)

PERIA GORENG TEPUNG MAMAK STYLE
Resepi : Kak Jee

BAHAN2NYA:
5 biji peria katak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecik kunyit serbuk atau rempah kari
garam secukup rasa


CARA:
Hiris peria katak ikut suka. Kjee hiris serong2. Yang muda, Kjee tak buang bijinya. Tapi yang tua dengan biji merah menyala dan keras, Kjee buang. Kemudian Kjee campurkan tepung dengan garam dan serbuk kunyit bersama sedikit air hinga jadi paste. Kemudian Kjee gaulkan bersama peria katak sampai rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Toskan dan makanlah. Langsung tak pahitlah. Ala kalau tak nak pahit, janganlah makan peria. Kunyahlah cekelat atau gula2 hacks. Hehehe

2 comments:

  1. salam cheq Sue..

    Ita tak pernah lagi makan peria goreng macam ni.. nampak menarik.. nanti boleh cuba!

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue....

    ucu x pernah buat n makan lagi peria mcm ni....mesti sedap, sbb ucu suka mkn peria...tq bagi menu baru..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]