Showing posts with label Cekodok/Cucur/Jemput-jemput. Show all posts
Showing posts with label Cekodok/Cucur/Jemput-jemput. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Potato Fritter @ Cucur Kentang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya tak ingat dah berapa kali dok bukak tutup draf ni. Asal nak tulis je beku... asal nak tulis je tak ada idea. Kali ni memang saya nak sudahkan jugak sebelum proceed pada draf yang lain... nampak tak ada lagi kat dalam draf yang belum setel. Hurmmmmm...

Cucur kentang ni memang jadi fenomena bermula hujung tahun lepas. Tinggal saya saja yang lambat nak buat. Sebenarnya zaman dok uni dulu memang selalu buat cucur camni, cuma kentang tu dipotong dadu, kecik2... pastu campur dengan ikan bilis. Cucur kentang tahun 2014 - 2015 ni di upgradekan sikitlah... 


Saya buat ni tak banyak, hanya guna kentang sebiji aje, itu pun jadi banyak jugak bila dah masuk bahan2 yang lain. 


Tuesday, December 3, 2013

Resepi Cekodok Kosong Kembung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Less is more? Percaya tak dalam apa juga yang kita lakukan, sederhana itu lebih baik. Kalau berlebihan nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk. Kalau kedekut sangat orang kata kemut pulak. Jadi agak-agaklah biar sedap mata memandang dan kenyang perut merasa. Sama jugaklah dengan cekodok ni, bukan vavaoom sangat, resepi biasa2 saja tapi Alhamdulillah sedap jugak rasanya. Memang selalu la saya buat untuk sarapan atau kudap-kudapan petang hari.


Kebetulan kuah kacang (badam) frozen masih ada, jadi saya buatlah cekodok ni untuk digandingkan bersama. Alhamdulillah kena la dengan kuah tu. Tak sangka dalam resepi campak2 tu menjadi juga! Jadi saya dah kongsi resepi di bawah ni untuk rujukan akan datang..


CEKODOK KOSONG KEMBUNG
Resepi : Cheq Sue

1 1/3 cawan gandum + 1 sb gula + secubit garam + 3 sk yis + 1 cawan (+) air suam
- kacau semuanya hingga sebati menggunakan whisk
- perap 1 jam
- goreng dalam minyak banyak (skop guna sudu, agak2 la jangan terlalu besar)
- bila sudah keperangan bolehlah diangkat

Tuesday, November 12, 2013

Cekodok Pisang Kembung Kak Besah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Memalukan sungguh... buat cekodok pisang pun nak berpandukan resepi. Ish, jangan fikir macam tu. Kalau sayalah secara peribadinya bila goreng cekodok pisang, tak pernah jadi kembung seperti ni. Biasanya berminyak dan penyek. Dengan resepi perkongsian Kak Besah yang sudah lama bergelumang bersilat berkecah di dapur, akhirnya berjaya menghasilkan cekodok pisang yang sangat elok kejadiannya. Jadi janganlah kita fikir negatif. Setiap yang dikongsikan tu ada gunanya yang tersendiri. Betul tak?

Kebetulan dalam peti ais, memang ada stok pisang lenyek yang saya bawa dari kampung lepas Aidiladha lalu. Dok fikir2 jemu eh asyik buat kek pisang, jadi saya teringatkan resepi ni dan membuat separuh adunan.


Untuk memasukkan adunan pisang ke dalam minyak, saya menggunakan scoop aiskrim, sebab itulah bulatnya jadi agak comel dan sama rata. Kalau tak sah ada yang kecil ada yang besar gitu. Hi hi hi... Daripada gambar tu pun kita boleh tengok ianya tidak berminyak dan lebih kurang sama dengan yang dijual di gerai-gerai.

Buat Kak Besah, terima kasih kerana sudi berkongsikan resepi ni dengan orang seperti saya. Saya copy semula resepinya dibawah untuk rujukan akan datang.

CEKODOK PISANG KEMBUNG KAKBESAH
Resepi : KakBesah @MyR

Bahan-bahan (2 piring penuh)
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara-cara
dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

 

Wednesday, November 21, 2012

Jemput-Jemput Pisang & Cempedak

 
 
Pernah makan jemput2 ni? Jangan terliur pulak ya...ni dah lama punya cerita. Gabungan cempedak dengan pisang yang akhirnya dizahirkan menjadi jemput2 ternyata tidak mengecewakan. Cheq sue sendiri pun mendapat idea ni dari mek yang selalu buat kat kampung. Cempedak kat rumah memang kebetulan berbuah lebat, jadi cheq sue bawa sikit ke CH, nak cepatkan perabis stok buatlah camni. Adun siap-siap dan  simpan aje dalam peti. Bila nak makan boleh digoreng je terus.
 
Tang adunan tu terpulanglah pada citarasa masing-masing. Ini sekadar idea aje untuk dikongsi bersama. Yang pentingnya kena ada pisang dan cempedak, baru la jadi. Tak gitu? Sejak dalam mood bercuti ni agak blur-blur gitu nak bubuh resepi. Harapnya tak berpanjangan dan mood kembali seperti biasa. Sampai jumpa lagi, wassalam...
Stylish Thankyou

Sunday, February 5, 2012

Jemput-Jemput Roti


 
 
Panjangggggggggggggggggggggggggg je rasa hari ni. Dah la cuti, xde ape program pulak. Ish ish ish...puas tergolek sana-sini, baru pukul 4 lebih. Nak jalan2 ke Brinchang @ Tanah Rata x sanggup nak lalu jem. Nampaknya kena lepak2 aje kat rumah.
Jemput2 roti ni sarapan pagi tadi. Masih menggunakan CCB yang belum habis, nampaknya sedap jugak. Dengan 3 biji roti tu nampaknya cukup untuk mengenyangkan semua yang ada. Errrr, malam tadi tido umah member, meriah sungguh dengan rakyat jelatanya yang ramai itu... :)

Cucur camni rasanya dah ramai pun yang tahu buat. Macam jugak buat cucur yang lain, kuantiti dan kandungan bahan2 boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cuma untuk cucur ni bila dah masak tu x la berminyak dan lembut je. Kalau nak tambah ubi kentang dadu boleh, nak letak cili boleh, terpulanglah pada kreativiti memasing. Kalau ada belen2 roti tu sila la cuba. Boleh dibuat minum petang. Memang sedap! Wassalam...





JEMPUT-JEMPUT ROTI 
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
3 biji roti - cheq sue guna CCB, kalau guna roti slice dalam 6 keping - potong dadu
1 biji telur
1/2 cawan air (agak2)
3/4 cawan gandum (agak2)
1/2 kiub ayam
1/2 biji bawang besar - dadu
Segenggam daun bawang / kucai - hiris nipis cheq sue guna daun bawang
Segenggam ikan bilis - rendam sekejap dan tumbuk kasar
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Rendam roti yang didadu dengan air sehingga kembang.
Tambahkan telur dan kiub ayam, kacau hingga agak2 hancur.
Masukkan tepung gandum, bawang besar, daun bawang, ikan bilis dan garam (agak2 la takut termasin). Kacau sebati.
Goreng hingga kekuningan @ garing. Toskan minyak dan bolehlah dihidangkan.
Enak dimakan bersama sos pencicah.

Sunday, January 29, 2012

Cucur Bom Manis


 
 
Amboi anak dara, dah tengah hari baru keluar n3 sarapan. Orang dah sibuk nak lunch, kita? Nampak gaya kena lunch kat kedai dah ni, apa pun tarak lam peti ais... Tak pun lunch je kat Ipoh....amacam??? Biasa la dah balik rumah sendiri ni, xde nak kisah sangat. Kalau kat kampung time ni dah dua kali makan pun...
 
Orang lain sebenarnya dah lama mengebom dengan bom manis ni, cheq sue pulak asik tertangguh aje nak buat. Bukan payah pun, macam buat cucur biasa aje, tapi biasalah bila xde angin nak cuba, kompom tak jadi. Tapi cucur ni memang sesuai sangat la nak digandingkan dengan teh O ke kopi ke time2 sarapan atau minum petang. 

Sebab nak makan sorang, cheq sue buat ni dalam setengah cawan aje. Tak la dapat banyak, sekali makan habis je. Kot2 ada teman leh jugak buat lebih sikit. Teringat lak adik2 kat kampung...entah makan ape deme ye... He he he... Okaylah...sape2 yang belum mengebom tu sila2lah cuba... Wassalam...




 
CUCUR BOM MANIS
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
1 st yis
1 cawan tepung gandum
2 sb gula
3 sb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
Hidangkan..yummyy...

Tuesday, December 20, 2011

Cucur Tauge & Bawang ~ Simple


 
 
Pagi yang tak berapa nak pagi dah ni, jom layan cucur tauge dengan bawang. Kat rumah ni, tauge x menjadi pilihan langsung. Cheq sue beli seplastik, memula buat yam pla meuk, pastu goreng dengan udang tapi masih ada lagi, tu yang jadi cucur ni. Bila dah x berupa tauge ni pandai pulak depa makan. Hai memilih jugak kaum kerabat cheq sue ni.
Cucur ni simple je sangat, hanya guna bahan2 asas, tapi hasilnya memang memuaskan dan lembut aje. Kalau agak2 korang xde idea apa nak dihabiskan dengan tauge, boleh le buat cucur camni. Kalau nak tambah udang, ikan bilis, ubi kentang, dau kucai, atau bende2 lain yang dirasakan boleh...boleh aje. Yang cheq sue ni udah namanya versi simple. Haaa jom tengok camana resepinya.




 
CUCUR TAUGE & BAWANG
Resepi : Cheq Sue
 
3 cawan tepung gandum
2 genggam tauge
1/2 biji bawang besar
1 sk yis
Air + garam secukupnya

Campur kesemua bahan di atas, air tu agak2 supaya adunan x lembik x keras. Biarkan dalam 30 minit dan bolelah digoreng. Di makan dengan sos cili Thai.

Monday, December 5, 2011

Cucur Nasi



 
 
Cucur nasi ni cheq sue buat pagi ni, masih ada, tengah panas2 lagi. Bukan guna nasi tak habis tau, tapi sengaja simpan nasi tu untuk cuba cucur ni. Tak banyak pun, dalam 1/3 cawan aje. Cukuplah satu adunan untuk sarapan sebelum ke dewan peperiksaan. Memang lembut dan sedap rupanya cucur ni. Tak terasa pun nasi kat dalamnya. Nampaknya pasni selain buat apam snow white, cucur ni akan menjadi pilihan kalau nasi tak habis. He he he...




 
Okeylah...xleh nak sembang panjang ni. Idea mencurah tapi xleh nak share. Terima kasih pada yang sudi datang dan meninggalkan komen. Maaf ya cheq sue tak dapat nak bw lagi...agak sibuk sikit. InsyaAllah nanti bila ada kelapangan cheq sue singgah ya... Wassalam...
 
CUCUR NASI
Resepi : Kak Yatie
Sumber : Liza

Bahan-bahan :
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar - Liza potong dadu
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Liza tambah crabstick - cheq sue pun

Cara Membuatnya
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

    Saturday, July 9, 2011

    Cucur Jagung Manis

    Assalamualaikum & Selamat pagi semua...

    Apa plan arini? Nak berderat ke mana agak-agak... Kat KL dengarnya dah sunyi sepi. Kat kg ni lagi la sunyinye.. BF apa pagi ni? Macam2 menu cheq sue nampak tadi... Yang gebu, yang hangit, yang pedas, yang goreng semua ada.
    Cheq sue pulak bersarapan dengan cucur jagung dan teh O aje. Semalam member ada bagi 5 ketul jagung mutiara so cheq sue buatlah. Sebenarnya cucur ni ala kadar aje... Gandum, gula, garam, jagung dan air. Yelah...kat umah ni telur pun xde... yis jauh sekali... penaik ke pelembut xsoh berangan la... So buat ajelah mana yang ada. Hasilnya alhamdulillah tak menghampakan...

     Haaa........hitam2 blake...kasi garing siket

    Friday, July 1, 2011

    Cucur Bilis Cendawan

    Hai semua...
    Petang ni cheq sue tinggalkan korang dengan cucur ni ye... cheq sue terpaksa (????) ke sekolah...nak siapkan untuk majlis esok (Pelancaran 1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia - tuan rumah). Aduh... rasa seminggu 7 hari dah kerja... bercinta sungguh nak buat...macam tak ekhlasssss aje... MasyaAllah....
    Berbalik pada resepi ni...balik sekolah tadi cheq sue bancuh dalam dua cawan tepung segitu, nak habeskan cendawan tiram ni haaa.... xmo dah buat sayur makan ngan nasik...cemuih okeh... So... untuk cucur ni memang senang sgt nak membuatnya... macam buat cucur udang, tapi udang still dalam freezer, ikan bilis pun kira halal lah... Petang ni dapat la jamu kengkawan kat sekolah... Makan sorang x selera kan....
    Dengan menggunakan gandum, cendawan tiram, ikan bilis, bawang besar dadu, kucai, telur, garam, air dan sedikit cili, kuantiti bahan2 tu diagak2 la yer... maklumlah resepi segera + campak2 ni...xleh nak fixkan berapa kuantiti sebenarnya... Alahhhh kita kan terrer bab2 campak mencampak ni....

     Sebab cucur ni dimasukkan telur... jadik kedut2 sket...tanda lembut la tu....


    Okeh...korang layan la yer cekodok nih... cheq sue pi dolu... babai.....