Friday, January 30, 2015

Potato Fritter @ Cucur Kentang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya tak ingat dah berapa kali dok bukak tutup draf ni. Asal nak tulis je beku... asal nak tulis je tak ada idea. Kali ni memang saya nak sudahkan jugak sebelum proceed pada draf yang lain... nampak tak ada lagi kat dalam draf yang belum setel. Hurmmmmm...

Cucur kentang ni memang jadi fenomena bermula hujung tahun lepas. Tinggal saya saja yang lambat nak buat. Sebenarnya zaman dok uni dulu memang selalu buat cucur camni, cuma kentang tu dipotong dadu, kecik2... pastu campur dengan ikan bilis. Cucur kentang tahun 2014 - 2015 ni di upgradekan sikitlah... 


Saya buat ni tak banyak, hanya guna kentang sebiji aje, itu pun jadi banyak jugak bila dah masuk bahan2 yang lain. 


Cuma barangkali agak kurang sabar masa menggoreng, jadi semuanya saiz tuan tanah... semua besar2... kalau buat kecik2 atau nipis2 mesti lagi sedap rangup2 gittew. Tapi since saya je nak makan... ada aku kesah????

Jadik tak jadi, saya memang suka dengan cucur kentang cenggini. Kalau kata tak nak makan nasi makan yang ni pun dah cukup karbohidratnya. Nanti cubalah ya. Pelbagai versi resepi ada di Google. He he he...


Potato Fritters @ CUCUR KENTANG 
By: AlongRoz@HomeKreation
Original Source: Ummi@HomeSweetHome
Sumber : QH

* Resepi olahan semula oleh HomeKreation & juga inspirasi dari kawan2 yg sudah mencuba
Boleh google untuk melihat hasil dari kawan2 blog 
Hidangan : 3 orang

BAHAN2:
3 biji ubi kentang (sagat kasar)
1 batang lobak merah (sagat kasar) saya tak masukkan
4 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung gandum
1 biji telur (pukul sedikit dengan garfu)
Sedikit daun kucai (QH letak daun ketumbar)
1 biji cili merah (hiris) saya masukkan cili padi cincang
1 biji bawang besar (hiris)
10 ekor udang (QH tambah) saya ganti dengan ikan bilis
Secubit garam
Lada Hitam serbuk (QH tak letak) tak letak jugak

CARA2:
1. Gaul kesemua bahan2 sehingga rata.
2. Panaskan minyak yang agak banyak seperti menggoreng cucur.
3. Sudukan adunan ke dalam minyak & balik2kan sehingga garing.
4. Toskan minyak & hidangkan panas2 dengan sos cili.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. memang top ni hujung tahun yang lepas..wana pun x ketinggalan mencuba..memang sedap..ranggup di luar dan lembut di dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Top tahun lepas tapi baru tahun ni cuba...tertinggal sokmo Cheq Sue ni Wana

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh cuba lagi ZF... In Sha Allah akan menjadi nanti

      Delete
  3. Sedap ni kalo buat sarapan ye Cheq Sue.... mengenyangkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dijadikan makan malam pun buleh Kak Amie.... T_T

      Delete
  4. Salam cheq sue.. tun teringin nk buat, tp kan.. malasnyer nk guna api perlahan pastu tunggu kentang dia masak. nk goreng mcm cucur biasa nnti keras pulak kentang.. last2 tun rebus kentang tu, masuk dlm cekodok biasa. kih kih.. kita yg nk makan kan, mmg ada aku kesah?? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang buat dia Tun... tak kisah la macam mana yang penting boleh di makan...

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]