Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Bila dah mula koreje ni mood nak mengarang memang tenggelam timbul. Kalau setakat n3 pendek2 tu boleh tahan lagi, tapi kalau kena yang panjang, yang banyak nak cerita sampai tak cukup jari nak taip, memang ambil masa sikit. Kena pastikan mood datang dulu baru boleh mula. Sebab itulah n3 percutian sejuk beku agak tertinggal jadinya, walaupun dah lebih sebulan saya balik dari sana. Walau bagai mana pun, lambat ke cepat ke tak kisahlah, yang penting saya akan cuba update slow2 untuk kenangan nak baca waktu tua2 nanti....
Waktu sampai di Everland, dah agak petang. Gitulah kalau ikut group kan, bukan kata nak menyesal cuma nak bagitahu. Biasa la waktu bukan milik kita. Pada saya nak ke sini seeloknya pada awal pagi, dapatlah menghabiskan seharian mencuba pelbagai permainan di sini. Walaupun saya tak berapa terliur nak main, tapi terasa la jugak bila waktu yang ada tu macam tak cukup hatta untuk pusing2 pun. Hanya diperuntuk dua jam... mana mungkin ye dak. He he he... Nak masuk dalam ni biasalah, urusan tiket2 semua dah settle, tinggal jejak kaki je...
Oleh sebab masa kami datang tu dekat dengan nak Krismas, maka kebanyakan dekorasi di dalam Everland adalah berasaskan perayaan tersebut. Memang meriah dengan lampu dan perhiasan yang sangat menarik. Memang tak sah kalau tak bergambar. Waktu tu pulak hari dah menginjak ke gelap, maka gambar yang terhasil pun.... faham2 sajalah ya kengkawan.
Ramai jugak pengunjung yang tiba sekali dengan kami. Iyalah, antara taman tema terbesar di Seoul, mesti lah jad tumpuan pelancong. Rasanya saya di sini banyak tengok2 je. Waktu ni sebenarnya suhu dah tersangat sejuk pada saya, sampaikan nak keluarkan kamera dan telefon pun tak sanggup...
Nak menuju ke gondola... lampu2 ni meriah sungguh. Macam la tak pernah jumpa lampu di Malaysia...
Sekeping gambar tuan tanah dalam kesejukan. Muka dah tak ada darah ni...
Singgah tengok sambil tumpang bertempik. Kalau saya sumpah tak main benda alah ni. Tak koser la weh. Tengok pun dah seriau.
Jejak tapak kaki. Nampak tak roller coaster di depan tu? Mampu naik? He he he... kot basah dalam seluar aje!
Dah habis2 pusing... waktu pun dah semakin gelap... Alhamdulillah pada petang tu salji turun di Everland. Saya dan kawan yang lain saja pusing2...tiba2 nampak macam benda putih jatuh depan mata... bila dongak ke langit nampak lagi dua tiga sedang jatuh, terus bertempik masa tu jugak... SALJI!!!
Buat pertama kali, pada umur 34 tahun saya akhirnya dapat tengok salji dan yang paling istimewa dapat berfeeling2 dengan salji berjatuhan di kepala dan menimpa ke wajah. Subhanallah... tak malu nak cerita, memang mengalir air mata. Bukan impian saja ikut trip ni nak tengok salji turun, sebab kit tak tahu bila Allah nak turunkan, kalau ada rezeki adalah. Dan Alhamdulillah Allah nak tunjukkan pada kami semua.
Nampak tak kat atas tu... Salji dah mulai lebat masa ni. Kebanyakan pengunjung seperti saya jugak tak lepas merakamkan kejadian indah ni. Tapi gambar memang tak berapa nak cantik lah. Sejuk sesangat, dengan suhu negatifnya tu... dengan salji yang basah... Tapi saya andaikan inilah momen teristimewa dalam hidup saya. TQ Allah...
Lagi bukti... nampak tak dekat hoodie tu, salji yang jatuh. Memang suka la Kak Jemah...takleh nak cerita kat orang. Gambar kelabu asap pun tak kira, Snap puas2 nak kongsi dengan orang kampung. Saya ada jugak ambil video tapi tak tahu nak upload. Ada boleh tolong tak... -_-
Saya rasa nak gelak je tengok gambar ni... Dalam 30 minit agaknya dok bawah jatuhan salji tu, memang sejuk ketaq takleh nak citer camana, tengok muka sajalah dah tahu kan....He he he...
Apapun, ini satu rezeki yang allah tunjukkan pada saya dan saya rasa bertuah kerana terpilih. Momen ni sesungguhnya tak akan saya lupa sampai bila-bila.....
Apapun, ini satu rezeki yang allah tunjukkan pada saya dan saya rasa bertuah kerana terpilih. Momen ni sesungguhnya tak akan saya lupa sampai bila-bila.....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Bestnya ada snow lah...
ReplyDeleteAda rezeki nak tengok, nak rasa... Alhamdulillah
Delete2 jam jerr? ala ciannya. nak masuk everland setengah hari pun tak cukup sbnrnya. dulu saya pun walau pi sendiri tak sempat cover semua juga.
ReplyDeletep/s bestnya dapat tgk salji turun.
Itu la pasa Cik Z. Cumanya masa tu dalam kesejukan sesangat, tu yang tak fikir mana bab nak main2...
Deletebestnya pengalaman tu kan cheq sue..memang x akan dilupakan seumur hidup kan :D
ReplyDeleteMemang tak akan dilupakan Wana...
Deletebestnya.....
ReplyDeleteYup... sangat best.... Alhamdulillah
Deletewoww.. bestnyeeee
ReplyDeleteMemang sangat wow.... sangat best!
Delete