Wednesday, January 21, 2015

Mini Multifunction Portable Electric Cooker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Gajet pertama 2015. Saya memang dah lama cari benda alah ni untuk dibawa ke sekolah. Maklumlah sebagai pembawa bekal, benda ni akan menghangatkan semula apa yang saya bawa. Tahu sajalah bila makan makanan yang dah sejuk ni, memang tak berselera dan terkejut gigi dibuatnya. Apa ke bendanya 'BENDA NI' tu.....


Inilah ropenya benda yang saya nak. Mudah2 kita sebut aje electric lunch box...lebih kurang gitu lah. Memula saya jumpa dekat LAZADA tapi bila proses nak beli saya tengok kos penghantaran RM15, terkonjugat sekejap dibuatnya. Terus tak jadi beli. Riki2 dalam Google jumpa link dekat blog dan sampai dekat laman web www.rakuten.com yang tak pernah saya dengar. Baca testimoni apa semua, saya decide nak beli dan terus proceed. Harganya RM55, elok je lepas saya beli turun lagi jadi RM50. Tak kisahlah yang penting saya dapat benda ni. Rupa2nya ada banyak lagi design lain untuk electric lunch box ni. Hiiiiiiii punyalah kalam kabut saya nak beli sampai tak menyempat nak tengok2 dulu. Maklumlah ini kali pertama beli secara online.



Apa yang menariknya ELB ni? Kalau tengok pada review produk, memang banyak la kegunaannya. Bukan sekadar nak memanaskan semula makanan, boleh juga kalau ak masak nasi, atau buat bubur atau nak rebus telur. Saya kat sekolah tak adalah sampai nak masak nasi kan... Sekadar menghangatkan aje...baru sekal bawak ke sekolah...test dulu la...

Bila dah try tu memang Mak Jemah suka la sangat, makin berselera makan ketika panas2... makin comel la nampaknya nanti...

Kalau korang nak tengok2 boleh la klik link ni ya.... 



Features:
  • Can be used as a rice cooker and lunch box (suitable for 2 pax consumption)
  • Idea for OL, Sweet Couple and backpacker.
  • Two handles on lid for easier carrying
  • Two snap-latches for air-tight seal
  • Four anti-slippage rubber grips on the base
  • Doubles as portable lunchbox
  • Multiple functions include:
    • Cooking rice
    • Reheating dishes including rice & soup
    • Steaming eggs, meat, prawns & more

Specifications:
  • Dimensions: 15.5cm (L) 17.5cm (H) 15.5cm (W)
  • Capacity: 1 liter
  • Power: 200W
  • Frequency: 50Hz

Package Includes:
  • 1x Stainless steel bowl
  • 1x Stainless steel plate
  • 1x Measuring cup
  • 1x Plastic lid for bowl
  • 1x Egg tray (able to put 4 eggs)
  • 1x 2 round pin plug cable

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

15 comments:

  1. Errr macam best jer? best tak? nak cari juga la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang diguna ni memang best cik z... makan pun laju je

      Delete
  2. i pun baru je beli awal tahun aritu.. suka guna cooker ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru jugak beli tahun ni...dari tahun lepas dok survey *_*

      Delete
  3. ramai pula dah review..dah la comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel Mar...ni macam rasa nak beli sebijik lagi buat gilir2... he he he

      Delete
  4. wah comelnya electric lunch box tu..lepas ni makan bekal yang sentiasa hangat ja kan cheq sue..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Wana... dok CH ni makanan memang mudah sejuk. bila ada benda ni boleh la hangatkan semula

      Delete
  5. mcm best je nih.. tun pon nak berjinak2 bawa bento.. nnti dh stat bz xde nyer nk balik umah lunch.. skrg ni blh lagi balik umah mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bawak Tun... kadang2 tak sempat nak g kantin. kadang2 x kena dengan selera... kalau masak sendiri ni tak sedap pun xper

      Delete
  6. pernah baca review dri blog kak julia... bolrh bawa pergi travel gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...rasanya sesuai kalau nak bawak travel... memang mudah

      Delete
  7. saya ada jual rm55 termasuk pos. saya ada berkongsi resepi dan tips penjgaan lunch box ni dalam blog dan group fb.. resepimakananbaby
    kalo nak tengok blog... resepimakananbaby.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Instead of this want better beli yg mcm cerek tu. Dia.direct dengan wayar n lg cpt msk..yg ni guna kaedah boiling..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]