Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alia merenung sekujur tubuh kaku yang dibaluti kain
putih. Dia sudah tidak berdaya untuk
menangis. Apa yang mampu dihadiahkan kepada Ikhwan adalah sepotong doa semoga
dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kemudian,
perlahan-lahan dimasukkan ke liang lahad dan akhirnya bersemadilah puteranya di
tempat yang aman. Saat itu juga airmatanya gugur berjuraian mengenangkan orang
yang disayang telah pergi selamanya.
Riki
disebelahnya kelihatan turut menyapu airmata. Selepas semua upacara
pengkebumian selesai, sahabat handai yang menziarahi mula meninggalkan kawasan
perkuburan itu. Tapi Alia belum mahu menginjak dari situ.
Ya Allah… Engkau peliharalah dia di
kalangan hambamu yang terpilih. Jadikanlah aku seorang yang tabah dan sabar.
Janganlah biarkan aku menuruti kata hatiku… sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Begitulah
doanya. Dia bangun dan lambat-lambat mengatur langkah. Seketika kemudian dia
berhenti dan kembali merenung nisan yang terpacak.
Selamat tinggal sayang…
Alia
kini melangkah ke dunia baru dan asing baginya… dunia tanpa Ikhwan!
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]