Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
1. Mulakan
dengan niat.
Untuk bertenang
selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa
Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu
bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu
melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan
dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.
Elak dari
mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang
melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan
biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan
akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus.
Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh
kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau
memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.
3. Kawal emosi.
Cara untuk
bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika
bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih
nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah
diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa
ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina
ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan
mengamalkan sikap bersabar.
4. Pernafasan.
Pernafasan
terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa
Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian
hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan
rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus
perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk
impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong
sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau
ketika sedang berbincang dengan seseorang.
5. Sembahyang.
Sembahyang
dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda
dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai
kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina
ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.
6. Elak
berpeluk tubuh.
Ketika sedang
berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah
terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika
berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh
tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah
dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian
hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai
contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual.
Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan
di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda
merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.
7. Dekat dengan
orang yang tenang selalu.
Dekatkan diri
selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka
bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat,
pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan
merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari
pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.
8. LET GO.
Ini adalah
langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi
semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda
tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5
jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala
perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk
menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran,
Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang
membuat Anda tertekan.
Ketenangan
membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan
motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam
perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam
perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.
Jiwa yang
tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan
pencipta alam, iaitu Tuhan.
[SUMBER]
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
assalamualaikum cheqsu, alhamduliillah mudahan hati kita akan selalu mengingati ALLAH, dulu kini dan selama nya supaya hati kita akan kekal tenangggg insya allah
ReplyDeleteItulah yang diharapkan kak...semoga kita semua sentiasa mengingati Allah
Deletenice sharing..let go itu yang best
ReplyDeleteSaya pun setuju... let it go dulu sekejap...bila dah tenang baru fikir balik
Delete