Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Destinasi seterusnya adalah ke ladang strawberry. Oleh kerana pada masa kami datang tu dah penghujung musim, maka aktiviti self pick tak boleh dilakukan kerana kekurangan buah. Tapi kami tetap masuk juga untuk melihat2 dan menikmati sisa buah strawberry yang masih ada.
Selain strawberry, dekat sigboard tu ada jugak tanaman melon, cuma tak nampak pulak bila saya masuk dalam ladang tu.
Setiap seorang yang masuk diberi 5 biji strawberry percuma, saiznya agak besar juga dan rasaya memang manis. Memang berbeza dengan strawberry di belakang rumah saya di CH kerana yang ini di tanam di tanah, dan pastinya kandungan mineral yang berbeza membuat kadar kemanisan dan rasanya berbeza.
Rupa paras strawberry yang ditanam di batas atas tanah. Nak nampak rumput sepokok pun memang payah.
Berkotak2 jugaklah disediakan strawberry percuma tu.
Selain tu, ada juga buah-buahan lain seperti epal dan pear yang turut dihidang percuma untuk kami. Rasa epal dan pear tu memang sedap, besar pun besar, tak pernah lihat lagi sebelum ni. Ianya turut dijual dengan harga 15k won (strawberry) dan 5k won ( sebiji epal / pear).
Gambar kenang-kenangan.
Sawah agaknya di kawasan berdekatan. Nampak tak airnya yang beku... he he he, musim sejuk la katakan....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
cantik betul rupa strawberry tu
ReplyDeleteBetul tu Ann... warnanya pun lebih terang dari strawberry kita..
Deleteakak tak petik ke stoberinyer kt sana? beso2 gabak yek....
ReplyDeleteapa lg pokok buah yg ada kak?
Tak dapat kutip sendiri Dana...sebab buah tak banyak... Akak pun tak pasti buah apa lagi yang ada kat sini, sebab yang nampak hanya strawberry..
Deletemmg sebati dah dgn stroberi ni...g mane2 pon jupe stroberi jugak...heheh
ReplyDeleteMemang CV, sebati sesangat
Deletememang nampak besar buah strawberi tu..erm, bestnya..
ReplyDeleteMemang besar Wana, puas makan
Deleteselalunya untuk memetik strawberi pada bulan berapa?
ReplyDelete