Thursday, January 15, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Kimchi School / Cuba Hanbok #10

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seterusnya kami bergerak pulak ke tempat membuat kimchi dan mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok. Oleh sebab geng kami ni ramai, maka kami dipecahkan pada 2 kumpulan. Saya mencuba hanbok terlebih dahulu sebelum membuat kimchi.


Jom naik tingkat 2...





Nampak tak... siap ada tulisan Cina dan Siam..


Untuk membuat kimchi, Andy jadik tukang translate. Kalau dengar ke penerangan tu, lebih kurang sama je bahan2 yang kita guna untuk buat sendiri kimchi tu, cuma ada beberapa bahan lain yang mungkin susah nak jumpa macam serbuk cili Korea dan juga serbuk ginseng.


Kobis napa yang dah siap ditoskan dari rendaman air garam dan juga pes kimchi yang dah siap. Selain bahan2 biasa tu, ada juga dimasukkan hirisan buah pear dan lobak putih.


Nampak tak wajah yang senyum lebar sebab dapat buat kimchi tu? Jiwa beb! Jiwa.... Bila siap ajumma tu siap angkat dua ibu jari tau... daebak!


Sekeping dua gambar pakai hanbok. Tak boleh nak berlama2 kat sini, dalam 15 minit je sebab ada banyak group yang sedang tunggu turn.


Gaya2 dayang istana aje la kot ni kan...

Apapun satu pengalaman istimewa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. comelnya cheq sue dengan pakaian korea tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa macam dayang2 yang keje kat dapur je Wana...

      Delete
  2. I nk rasa kimchi..bila nk buat..terliur sebab asyik duk tgk citer korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah buat.... beli je dekat kedai Jimat tu, ada yg ready made

      Delete
  3. Replies
    1. Bila merasa yang sebenar ni... rasa memang lain. Bagi saya yang sedap kimchi sotong tu la...

      Delete
  4. patutnya pakai jugak rambut palsu tinggi yg lilit2 atas kepala tu ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh Tun, takleh bayang kalau pakai rambut tu. Nangis orang tengok nanti

      Delete
  5. merasa gak pakai hanbok ye..oppa mane?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]