Wednesday, January 14, 2015

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ayam masak halia, menu yang ringkas dan berkhasiat. Saya buat ni ketika perut rasa tak sedap, macam kembung, ada banyak angin konon2 dengan makan halia dapatla melegakan ketegangan perut. Hi hi hi... Rasa2 saya inilah pertama kali benda yang saya masak gunakan sangat banyak halia, kira2 sebesar ibu kaki untuk 2 ketul paha ayam saiz kecil, tambah pulak dengan lada hitam, memang berasap dalam perut dibuatnya. Dengan azam kononnya tahun ni nak makan benda2 pedas sikit dari biasa, memang masakan ni agak menyeksakan bagi saya, walaupun pada akhirnya saya berjaya menghabiskannya semua.


Selain sedap di makan bersama nasi panas2, masakan ni jugak sedap kalau digandingkan dengan bubur atau nasi lembik, walaupun saya tak buat...tapi saya rasa  camtu lah...


Saya ni macam biasalah, campak semua sayur yang ada di rumah sebab nanti saya tak perlu dah masak sayur lain, kiranya masakan ni dah cukup perfect dan seimbang.

Korang nanti agak2 xde idea boleh la cuba masak camni jugak tau.. Dijamin sedap...



AYAM MASAK HALIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gm) potong ikut suka
1 batang leek. kerat pendek dan rendam
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawan besar, hiris bulat dan leraikan
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. Perap ayam tadi 1 jam (simpan dalam peti sejuk)..
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. Tuang sos tiram dan gaul rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan leek (toskan). Kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah garam atau kicap cair. Masak sejekap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

12 comments:

  1. sedapnya lauk ni cheq sue..ada idea untuk masak anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak buat untuk anak2 boleh kurangkan sikit halianya tu... kot2 budak2 x suka pulak nanti

      Delete
  2. wah senang ni masuk sayur kacang panjang dah siap satu lauk je makan dgn nasi panas2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai jugak kalau nak tambah sayur2 yang lain. Ibarat kata tuan punya resepi.... kita yang buat dia!

      Delete
  3. Menariknye.. terus rase lapar

    *Psssttt... kiriman cheqsue dah sampai ... tq so much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he... kalau lapar jamu mata ajelah Azra...

      ** Alhamdulillah dah terima...

      Delete
  4. tak pernah buat pulak ayam masak halia ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada masa boleh la cuba, In Sha Allah sedap

      Delete
  5. sedapnya..nampak macam ala2 kat restoran..menggoda sungguh..heheh..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Nanti Adda cuba lah ya...baru tahu sedap sungguh ke tidak

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]