Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Malam minggu…
Alia
termenung di halaman merenung bintang-bintang yang bertaburan. Air mata
mengalir di pipinya. Dia melihat pula potret Ikhwan yang sedang senyum bersama
di sisi porchenya. Alia mengeluh…
Malam ini tak ingin aku sendiri… kucari
damai bersama bayanganmu…
Lirik
lagu yang berkumandang di kamarnya waktu itu bagaikan tahu hatinya. Dulu lagu
yang didengarnya itu sekadar lagu namun kini ia menjadi sendu.
Malam
ini rindunya kepada Ikhwan tidak tertahan. Selalunya pada malam minggu mereka
akan keluar bersiar-siar sambil melafazkan kata-kata sayang. Namun malam ini
ianya tidak berulang lagi.
Entah
bagaimana Ikhwan sekarang. Alia merenung telefon putih di sisinya. Dia menanti
panggilan Riki yang diminta menyusuli Ikhwan. Segala urusannya ditanggung. Dia
tidak mahu apa-apa kecuali Ikhwan. Hanya itu…
Datuk
Quzair dan Datin Syabillah tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Memang selama
ini mereka buta.
Alia
masih lagi ditempatnya. Melayan hatinya yang kian bergetar. Sesungguhnya dia
amat menyayangi Ikhwan. Dia pernah merasakan betapa pahitnya kasih yang terlerai
sewaktu menjalinkan hubungan dengan seorang model hebat. Namun setelah dia
bersua dengan Ikhwan, segalanya berubah. Dia mulai ceria dan berubah laku. Tapi
kini kenangan lalu berulang lagi. Umur tidak menjadi penghalang namun takdir
sudah menentukan. Betapa sukarnya meluahkan perasaan di hati…
Kring… kring… kring…
Alia
berdebar. Telefon itu segera diangkat.
“Hello…”
Ucapnya cemas.
“Alia
ya? Ini Riki.”
“Bagaimana
dengan Ikhwan?”
“Lia,
aku harap kau tabah mendengar apa yang akan aku katakana ini. Sebenarnya, Wan…
Ikhwan dah meninggal!”
Alia
melopong.
Meninggal???
“Adakah
kau pasti Riki?” Tanya Alia dalam nada yang mengharukan. Dia tersedu.
“Aku
tak bohong. Dia meninggal dua jam sebelum aku sampai. Sabarlah Lia.”
Gagang
telefon terlepas dari tangannya.
Wan…
Alia
menjerit dan selepas itu dia terkulai layu di sisi potretnya bersama Ikhwan…
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Penceritaan yang menarik ...sambungan
ReplyDeleteSetakat yang boleh difikir di usia 15 tahun.... *_*
Delete