Wednesday, January 28, 2015

Roti Goreng Planta & Gula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan menu pertama tahun 2015, masih belum ada watermark lagi. He he he... 

Ginilah kalau awal2 tahun, stok makanan masih belum ada di rumah, paling tidak beli saja makanan kering di kedai runcit. Kebetulan saya datang agak awal ke CH, tanpa persiapan pulak tu, maka makan pun mana yang ada saja. Saya ni sebenarnya tak berapa suka makan roti, kalau yang kosong2 saja, atau yang dicicah dengan air memang susah sikit nak layan. Tapi kalau dibakar dan di sapu kaya, ataupun roti gulung sardin tu memang cepat la habisnya.


Roti ni tercipta secara spontan je, bila saya sedar yang saya lupa nak beli kaya. Nak bakar kosong saja macam tak best, bila ternampak ada planta dekat dapur agak2 menjadi saya buat sajalah.


Alhamdulillah rasanya tak la mengecewakan, cuma roti camni sedang elok di makan ketika masih panas2 sebab kalau dah sejuk bahagian yang bergula tu akan jadi sedikit keras. Begitulah kekdahnya...

Ehh, betul la kan saya bagi nama roti goreng ni? Sebab goreng kat kuali walaupun tak guna minyak. Kalau kata bakar mesti guna oven atau api terus ye dak? He he he....

Jangan lupa mencuba!

ROTI GORENG PLANTA & GULA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Roti keping
Planta / mentega / marjerin
Gula halus

Cara membuatnya :
Sapukan planta di sebelah roti sahaja
Goreng bahagian tiada planta terlebih dahulu 
Taburkan gula pada bahagian bersapu planta (bahagian atas) - berapa banyak bergantung citarasa sediri
Bila bahagian bawah sudah garing, terbalikkan untuk goreng bahagian berplanta dan bergula pula
Goreng hingga keperangan dan garing.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. buat macam ni pun sedap juga tu cheq sue :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala nak makan roti pesen lain sikit boleh la buat camni Wana..

      Delete
  2. Replies
    1. Pada saya memang sedap je Adda... hi hi hi

      Delete
  3. Replies
    1. Breakfast cenggini seswai sangat untuk yang2 yang sibuk bz kak yati...nak buatnya senang

      Delete
  4. kna pgl roti panggang kot cheq sue hehee..klu bt cani mmg cnfem cpt abis..mkn pns2 dgn teh o panas..alahaii sedappnyaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah la Yana... panggang ke, goreng ke yang penting rasanya sedapppp

      Delete
  5. sedap nih...cepat dan mudah mkn ketika panas..nyummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time nak cepat pun boleh buat ni JM... memang laju je makan

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]