Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pagi hari ke 4 dimulakan dengan kunjungan ke Gyeongbok Palace. Bila masuk ke sini ingat masa ke Beijing iaitu masa ke Summer Palace. Kawasan istana dengan adanya gate dua tiga peringkat, lebih kurang jugak lah yang ada di sini. Cuma pada keadaan sejuk beku, walaupun ada matahari, kepala ni tak sempat nak proses apa yang Andy terangkan. Gambar pun tak berapa nak banyak dekat sini, jiwa dah teringat dekat nasi lemak ayam berempah. Hi hi hi.... Di hujung2 trip ni memang dah tak semangat nak bergambar...
Sekeping gambar sebagai bukti. Walaupun time ni ada matahari tetapi rasanya masih sejuk beku, dengan keadaan agak berangin. Jadi gambar berbungkus ajelah.
Satu yang menarik masa kat sini apabila dapat tengok upacara pertukaran pengawal cara tradisional. Kalau sebelum ini hanya tengok dalam tv, dapat peluang tengok depan mata ni memang satu pengalaman baru lah. Dengan pakaian, muzik dan alat muzik, satu peluang yang bukan mudah untuk melihatnya secara live. Yang pegang panji2 tu memang comey lotey la blake...tahap2 retis KPop dah bila sekali tengok. Cuma yang tak bestnya bila tenggelam di balik penonton yang semuanya tinggi lampai belaka, terpaksalah menyelit nak tembus ke depan. Sebab tulah bila tengok gambar semuanya nampak pengunjung. Sasaran hanya secoet aje... Haish geram betul.....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
pengalaman tu kan cheq sue dapat tengok upacara pertukaran pengawal cara tradisional..
ReplyDeleteWana, memang berbeza dapat tgk live dengan tgk kat tv... rasa meremang bulu roma...
Deletewalau ada matahari tetap sejuk kan aduhhh...autumn pun dh sejuk inikan pula winter
ReplyDeleteDapat pengalaman pastinya...
Delete