Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Selepas makan malam, kami check in di VIVALDI PARK untuk malam kedua, sebuah apartmen resort yang berdekatan dengan pusat ski, iaitu Vivaldi Ski World Resort. Sebelum tu kami singgah dulu dekat tempat menyewa barang2 ski. Kalau tukar ke RM, dalam 200 jugak nilai sewaan tu. Errrr... Tapi saya tak main la sebab masalah pinggang saya tu, lagi pulak memang takde niat pun nak main ski, pandang2 dekat luar sajalah.
Suhu pada malam tu dalam negatif jugak. Pada ketika saya datang ni, saya terfikir jugak trek untuk ski ni saljinya dibuat atau yang semula jadi? Sebab di bahagian tepi trek ada mesin buat salji... tapi kalau fikir cara orang tak berapa cerdik takkan nak buat untuk semua trek tu. Kalau kata salji semulajadi, mesti ada salji di sekitar trek, tapi sayangnya tak ada. Last2 saya buat2 tak tahu aje lah...#moodmalasnakfikir
Pandangan dari lobi menuju ke bilik. Masa ni senyum je sensorang, tapi tak tahu ngapa. Melihat putihnya salji kat trek ski tu rasa takleh nak cerita kat orang.
Esoknya... mana yang nak berski keluar lebih awal dengan Andy. Kami yang tak terlibat ni pepandai la buat hal sendiri. Jadi saya dan geng bujang sepakat nak naik cable car. Tambang 8k won sebab tak cakap menginap di Vivaldi Park, kalau bagitahu dapat diskaun jadi 6k won.
Jarak perjalanan tak la jauh sangat, dalam 15 ke 20 minit aje kot. Tapi naik cable car kali ni gayat sikitlah berbanding yang dekat Mt Soerak tu...
Kita selfie dulu... Pijak lantai bersalji / berais ni kena hati2. Maklumlah pakai sport aje, kalau tak kena gaya boleh jatuh terbongkang nanti. Kalau tengok ke gambar, nampak macam tak tukar baju tudung lain kan... he he he...
Benda cable car tu. Tak risau nak beratur sebab benda ni banyak dan orang pun tak ramai. Hajat hati nak naik gondola tapi tu untuk yang main ski aje...
Dah puas lepak kat atas, turun jenjalan ke bawah pulak. Kata Andy, mulai tahun 2014 yang tak main ski takleh masuk dalam ni. Percaya tak percaya... macam tak percaya jugak rasanya. Ramai jugak orang dok ski. Mana yang tak pro tu diajar terlebih dahulu. Trek pun ada banyak jenis, semuanya ikut tahap kepandaian yang berlainan.
Sanggup buka sarung tangan sebab nak rasa ais... memang beku tapak tangan dibuatnya...
Foot checked! Pakai stokin dua helai baru tahan sejuk.
Nun di bahagian atas gambar... dekat helmet hitam mamat sebelah kanan... satu kumpulan tu yang datang sama kami. Pastu dibawah tu sikit yang pakai seluar pink, itu kawan saya... memang dia dari Malaysia dah nak main ski. Dah tercapat la hajatnya...
Ada peta petunjuk tempat2 menarik sekitar resort ni. Tapi saya tak pi pun. Lepas pusing2 dekat ski tu, naik ke bilik, makan meggi dan tunggu diorang untuk ke destinasi seterusnya....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
syoknya...pegang salji
ReplyDeleteRasa macam ais kisar... *_*
Deletei always love Korea...
ReplyDeleteSaya pun sama... saranghaeyo....
Deletepehh...best gilerr..dlu penah amik gamba atas salji wat gaya kuak lentang... =P
ReplyDeleteTeringin jugak nak gambo terbaring kat salji, tapi memikiorkan sejuk tu terus tak jadi
Deletehaha..best tu cheq sue..pengalaman nak pegang ais..tangan beku pun tahan ja la kan ^_^
ReplyDeleteHi hi hi... tahan kejap saja Wana, yang penting pegang
Delete