Showing posts with label Minuman / Jus. Show all posts
Showing posts with label Minuman / Jus. Show all posts

Wednesday, September 19, 2018

Kiub Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya selalu ada stok kiub halia di dalam esbok, sebabnya saya memang suka minum teh halia, dicampurkan dengan madu atau lemon. Jadi dengan adanya kiub halia macam ni dah tak payah nak sedia sikit sikit bila rasa nak minum tu. Alaaa ini macam kita buat ais kiub tu la, bila nak minum je ambil 3 4 ketul dah setel. Nak bekukan tu terpulanglah pada alat apa yang ada. Macam saya ni guna bekas ais je.


Dah siap. Dah beku, boleh disimpan dalam bekas bertutup dan masukkan semula dalam peti sejuk. Biasa kalau saya nak minum ambil 2 / 3 ketul kiub ni cairkan dulu dalam mug lepas tu baru letak air panas. Kalau terus campur air panas nanti teh tu jadi suam pulak.



Monday, April 11, 2016

Jus Honeydew & Saderi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kebetulan ada lagi honeydew, saya cuba pulak jadikan jus dengan saderi. Kalau sebelum ni biasa saya blend epal hijau dengan saderi ni, tapi kali ni saja nak try dengan honeydew pulak. Tak kenal maka tak cinta kan?


Rupa2nya sedap jugak kejadian jus ni. Kalau nak terangkan lebih2 tu tak berapa nak dapat ayat yang tepat. Cuma kalau korang nak tahu boleh la cuba sendiri. Yang saya buat ni nisbah honeydew lebih banyak dari saderi. Kalau honeydew kurang manis boleh la tambah sedikit gula. Pastu kalau suka boleh minum dengan ais. Cuba tau...
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, April 7, 2016

Honeydew Milk Shake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Naik cuti sekolah haritu, kekanda di rumah saya ni bawak 2 3 bijik tembikai susu. Saya memang suka, makan gitu aje lepas makan nasik memang heaven. Tapi bila dah banyak ni mula la tak termakan. Dari biar gitu aje saya cuba buat milkshake. Apa salahnya mencuba kan... Kalau ada ni boleh la buat, tambah2 sekarang musim panas yang amat.



Friday, January 8, 2016

Jus Nenas Kisar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa saya beli nenas dekat pameran di Lojing tu, pekerja yang ada di situ ada memberikan resepi kalau2 saya nak buat jus. Saya sejujurnya memang jarang buat air nenas, beli nenas pun jarang2 sebenarnya.


Katanya kalau beli nenas, pastikan basuh dulu nenas tu sebelum dibuang kulit. Kalau kita kupas dulu kulitnya kendian baru dibasuh, itu akan menyebabkan rasa masam pada isi nenas kerana tindak balas air klorin (air paip) dengan sifat asid nenas. Katanya la..... sekali fikir macam betul jugak.


Monday, December 21, 2015

Jus Strawberi & Nenas Bermadu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
  
Saya cukup suka meminum jus segar. Tambah2 kalau dapat jus buah yang pekat kaw2... memang sedap nak minum tambah2 kalau hari panas2 tu. Kebetulan dalam esbok saya memang ada stok strawberry yang dibekukan, pastu ada pulak nenas yang saya beli di Pesta Bunga & Organik Lojing, jadi try ajelah untuk jadikan jus segar.


Kaedah nak membuat jus ni senang yang amat. Kebiasaan saya memang tak gunakan ais, sebab buah2 ni memang dah beku. Kalau kurang manis boleh tambah gula. Yang saya buat ni saya tak letak gula tapi saya gantikan dengan madu sikit sebab strawberry masam, nenas pun agak masam. Kang kalau minum yang masam2 ni mula la mood pun nak bertukar jadik masam.

Bagi sape yang ada masalah kat bilik kecik tu boleh la cuba buat jus cenggini, In Sha Allah bila keluar mesti tersenyum sebab hajat dilangsaikan dengan sempurna.

Resepi? Agak2 aje!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, November 2, 2015

Jus Timun Batang & Epal Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama tak buat jus kan? Kalau di semak memang dah berkurun tak ada n3 pasal jus ni. Saya memang agak suka minum jus segar, tapi kalau asyik2 jus yang sama saja, tak berbaloi nak buat n3 kan. Tapi kebetulan baru2 ni memang ada banyak stok timun batang dari kampung jadi saya ejas2 la buat jus digandingkan dengan  epal merah. 

Yang sebenarnya timun batang ni bagus untuk kesihatan. Kalau tak silap saya, pernah terbaca di internet bahawa kalau timun batang ni dijadikan jus, dikisar bersama sedikit garam ianya dapat mengurangkan toksik dalam badan. Timun itu sendiri pun dapat menyejukkan badan. Memang sesuai sangat diminum di kampung yang panas membahang.


Macam selalulah kalau saya buat jus, memang saya tak suka tapi, minum sekali dengan serdak2 fibernya. Memang baik untuk kesihatan dan rasa mengenyangkan jugak. Lain kali kalau buat jus jangan tapis2 taw...


Tuesday, April 21, 2015

Jus Tembikai Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Macam pelik je tajuk jus ni kan? Korang pernah cuba ke jus tembikai campur halia ni? Saya pun pertama kali saja membuatnya, sekadar mencuba untuk mendapatkan rasa yang berbeza. Kira ok2 jugaklah. Cuma yang pelik ngape saya gi bubuh stoberi sebagai garnish... agaknya mungkin sebab warnanya yang seakan-akan jus stoberi.


Untuk bahan2nya tak ada yang rigid, hanya campur tembikai dengan sedikit halia dan sedikit gula, kemudian blendlah hingga hancur lebur. Kalau suka boleh campur dengan air. Saya ni minum tanpa ais...

Cubalah nanti ya kalau sudi...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Wednesday, February 11, 2015

Jus Epal Asam Prun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minum jus ni sesuai sangatkan masa cuaca panas. Walaupun di CH agak kedinginan awal tahun ni tapi tapi sedap jugak minum jus, cuma tak masukkan ais batu. Saya pulak kebetulan ada sebiji epal hijau, terus je terfikir nak buat jus sebab masam sangat kalau nak makan begitu aje. Godek2 kat dapur ada asam prun, boleh la masukkan sekali.


Biasanya kalau saya buat jus guna buah, memang saya tak tapis, sebab fibernya tu baik untuk kesihatan perut. Walaupun rasa macam berhampas sesikit, kita layankan aje...


Wednesday, July 2, 2014

Lemon Ais Madu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lagi menu sebelum puasa. Dok CH pun panas jugak tau, sebab tu la ter'reka' jus ni. Dengan menggunakan madu buah longan yang dibeli di Vietnam, saya cuba membuatnya semula di rumah tetapi ternyata rasanya jauh dari sama. Iyalah... yang saya buat ni lebih bercitarasa Malaysia.

Bahan2nya pun mudah saja. Hanya seperti kita buat jus lemon atau singa beng cuma saya tambahkan madu dan sedikit gula. Nak kena manis sikit sebab saya guna sebiji lemon, jadi agak masam. Kalau kata buat sikit, takyah letak gula dah.


Tengok saja pun dah meleleh ayaq liur kan... Jangan nak tipu eh. He he he...

Jus ni memang menyegarkan. Rasa madu buah longan tu seperti yang saya dah cerita sebelum ni memang agak berbeza dari madu yang biasa kita guna tu. Kalau ada sesape yang berkesempatan melawat ke tempat madu tu better beli bawa balik ke sini. Saya dah jatuh cinta dengan rasanya, dan mungkin juga korang sumer.

Jadi just sharing la ya kot ada sape yang nak buat untuk berbuka nanti. Kalau tak ada madu longan tu pun boleh aje guna madu biasa. Tukar selera sesekali apa salahnya. Resepi ringkas ada saya letak di bawah. Selamat mencuba!


LEMON AIS MADU
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Madu buah longan
Jus lemon / limau nipis / limau kasturi
Gula (opt)
Air masak
Ais

Campurkan semua bahan, hidangkan sejuk

Friday, May 16, 2014

Jus Nenas Lobak Merah *SELAMAT HARI GURU*

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini 16 Mei... hari penghargaan dan ingatan buat semua guru di Malaysia. Selamat Hari Guru juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah tahun ni tak adalah stress sangat. Anak-anak di tingkatan 4 setakat ni masih dibawah kawalan lagi. Harapnya ini akan berkekalan hingga ke hujung tahun 2014. Bertabahlah...

Terus pada n3 ringkas. Kebetulan nak habiskan stok nenas dalam tin, tak tahu nak buat apa, bila tengok lobak merah pun dah nak bertukar warna... terus saja fikir nak buat jus. Seingat saya belum lagi ada jus segini dikongsikan dalam blog.


Cantik warnanya. Oren lobak merah sedikit pudar bila digandingkan dengan nenas. Agaknya nenas dalam tin berapa masam, jadi  rasa lobak merah tak berapa ketara. Cuma saya maniskan jus ni dengan air lebihan nenas dalam tin, pastu tambah pulak gula pasir jadi hasil akhirnya agak manis. Tambah pula masa buat tu saya puasa, jadi tak dapat nak try.

Untuk next time boleh kurangkan gula sikit. Tak pun lebihkan air. Kalau siapa nak tahu macam mana rasanya, silalah buat sendiri. Nenas dalam tin tu boleh je ganti dengan nenas segar. Saya dah cuba, anda bila lagi???



JUS NENAS  LOBAK MERAH
Resepi : Cheq Sue

1/2 cawan nenas kiub
1/2 cawan lobak merah cincang
1/2 cawan sirap nenas (dari dalam tin)
1 cawan air masak
2 sudu makan gula

Cara membuatnya :
Blend semua sehingga halus
Tapi jika suka
Jika tidak boleh terus hidangkan bersama sedikit ais (saya tak guna ais)

Friday, April 25, 2014

Jus Strawberry Ais Krim Soda

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 

Jus strawberry ais krim soda ni lebih 'daring' lagi dari jus strawberry 100 Plus. Macam yang kita semua dah maklum kan... ais krim soda memang selalu digunakan untuk membuat jus. Kebetulan baki strawberry masih ada, dan sebotol kecik ais krim soda ada dalam separuh, jadi saya testlah... pada tekak saya memang ok, rasanya lagi sedap dari jus yang sebelum ni. Kalau nak tahu bagaimana rasanya sila lah cuba...

Tuesday, April 22, 2014

Jus Strawberry 100 Plus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 

Sesekali dapat strawberry free memang saya akan buat jus. Senang dan sedap. Kali ni saya cuba gabungkan dengan air 100 Plus yang kebetulan ada dalam 1 cawan. Jus ni tanpa gula kerana air yang digunakan sudah manis, ditambah pula dengan manis strawberry itu sendiri.

Rasanya boleh tahan la... air 100 Plus kan rasa macam pahit2 sikit, tapi tak la pelik. Masih boleh diterima tekak dan habis diminum tanpa membazir.

Resepi? Campak-campak aje..


Monday, March 17, 2014

Jus Asam Plum

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sekarang jangan tak tahu, bukan sahaja di negeri korang yang panas, kat CH ni kalau tengah hari ke petang boleh tahan perit juga. Jadi memang sesuai sangatlah meghidangkan air yang sejuk-sejuk dingin...seperti juga jus plum ni.

Amat mudah membuatnya. Hanya blend plum kering (tanpa biji) dengan air masak dan sedikit air. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Ataupun blend terus dengan ais kiub, jadilah seperti Cool Blog yang harganya dekat 7 ringgit tu...

Jadi...resepi xyah la kan???

Wednesday, February 26, 2014

Double Mango Juice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesekali layan jus buah sedap jugak ye dak? Selalu pekena ayaq kosong je, tapi kebetulan ada beli mangga, blend aje dengan jus mango tropical Peel Fresh...dah pun jadi. Agak pekat sedikit kerana kurang jus berbanding mangga, tapi ini terpulanglah pada citarasa masing-masing.


Kalau  kata taknak guna jus mangga pun boleh, gantikan dengan susu segar tapi saya tak suka sangat. Resepi? Takyahlah ekk...

Friday, December 13, 2013

Teh Adani

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya tak minum teh susu, ANGIN, tapi teringin nak cuba teh adani yang ditunjukkan Mala. Lagi pula di dalam teh tu menggunakan susu segar (saya guna susu low fat). Jadi saya kira lepas la untuk saya minum sebab tak berapa 'bersusu'. Tapi yang sebenarnya saya sangat tertarik dengan namanya, sebab itulah pada petang Mala upkan n3 tu saya terus cuba.

Rasanya boleh tahan juga. Dengan rempah2 yang digunakan, dicampur dengan serbuk halia, memang sesuai untuk melegakan angin dalam badan. Saya menggunakan hirisan halia segar, jadi rasa halianya agak lebih sikitlah. Oleh sebab saya menggunakan teh uncang, dengan satu sachet tak memberikan warna yang menarik, jadi saya guna dua, nasib baik tak pahit tehnya.

Untuk Mala, tq kerana share resepi ni, saya copy di sini kot2 nak buat lain kali...


TEH ADANI
Resepi : Mala

Bahan-bahan
1 batang kulit kayu manis, di patahkan*
3 biji buah pelaga, di pecahkan sedikit*
5 kuntum cengkih*
1/4 st serbuk halia*
3/4 cwn susu segar*
3/4 cwn air *
1 st serbuk teh
gula secukup rasa

Cara-cara
Satukan semua bahan* ke dalam periuk kecil  dan panaskan di atas api sederhana.
Apabila mula menggelegak masukkan gula dan serbuk teh. Kacau perlahan.
Biarkan teh mendidih selama 1-2 minit dan tutup api.
Tapis dan sedia untuk di minum.

Sunday, December 1, 2013

Resepi Jus Avocado Coklat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah tahun ni dengan buah avocado yang agak lebat, bolehlah saya mencuba sekali lagi dengan membuat jus. Dengan rasa avocado yang tiada rasa, gandingan yang hebat tentulah coklat. Saya pernah buat sekali dulu. Tapi masa tu tak boleh telan, rasa pelik bebenor di tekak ambe nih.

Tapi kali ni nak cuba lagi, sebab dalam peti ada paste coklat, iaitu campuran coklat cair dan whip cream yang tak habis guna masa buat kek. Jadi kalau tengok dalam gambar, warna sebenarnya agak kemerahan kerana paste coklat tu menggunakan whip cream yang telah diwarnakan merah. Bila simpan dalam peti sejuk, kawan saya ingatkan budu, jadi bolehlah korang gambarkan warnanya macam mana kannnn...


Avocado yang berbuah di sini adalah jenis yang bulat. Saya tak tahu lah ada beza ke tak dengan avocado lonjong tu. Tapi sebab benda ni pun tak berbayar, kita guna ajelah sesuka hati. Kadang2 sayang bila tengok buah ni gugur gitu aje, tapi nak buat macam mana, kalau buah rambutan tu boleh la saya kutip dan makan tak hengat.

Berbalik pada jus ni, memang layan jugaklah kerana adanyacoklat di dalam tu. Bila di simpan sejuk, memang sedap nak menyudu. Teksturnya seperti mousse, kalau letak di tempat beku agaknya jadi macam aiskrim...
Pada sape yang nak cuba tu, kalau tak ada coklat paste, boleh digantikan dengan coklat cair biasa ataupun ganti dengan nutella... Resepinya seperti di bawah...


Avocado belakang rumah... Sampai tak tahu dah nak buat apa... -_-

JUS AVOCADO COKLAT
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan:
2 biji buah avocado
6 sb paste coklat homemade (kalau tak ada boleh ganti dengan coklat cair + susu pekat)
1 kotak susulow fat
1 cawan air

Cara:
Kisar semua bahan
Simpan sebentar dalam peti ais untuk sejukkan (sejuk di CH, tak ada ais. Kalau suka boleh la tambah)
Sedia untuk dinikmati.

 

Saturday, November 9, 2013

Healthy Drink

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Udah katanya pun healthy drink a.k.a minuman kesihatan...  Inilah minuman saya di saat saya merasakan perut kena berehat dan segala salur-salur dalam badan dah kena servis. Saya tak boleh minum atau makan oat begitu sahaja, jadi saya campurkan dengan beberapa bahan untuk membolehkan ianya lepas di tekak.

Umum semua mengetahui kebaikan bijirin oat yang boleh merendahkan kolestrol serta menjadi alternatif kepada nasi. Cuma bagi saya belum sampai tahap itulah, setakat minum untuk sarapan saya ok lagi, tapi kalau kena makan hari2 aiiiii boleh kurus keding lah saya gamaknya.


Inilah ghupe minuman yang telah siap. Nampak agak kecoklatan sebab saya masukkan milo. Kalau tak nak bubuh pun tak apa. Minuman ni sedap diminum semasa masih suam. Bila dah sejuk agak sukar sikit nak telan kerana rasanya yang agak berkanji dan gummy tu. Pada sesiapa yang tak biasa minum oat dan berhajat nak cuba, bolehlah buat minuman ni. Saya kongsikan resepinya di bawah ni

HEALTHY DRINK
Resepi : Cheq Sue

2 sb oat
3 sb nestum original
2 sb milo / oligo (optional)
2 sb susu Omega
1 c air panas (mendidih) +-

Tuang semua bahan ke dalam gelas / mug
Masukkan air panas dan kacau hingga semuanya larut
Biarkan oat kembang seketika sebelum diminum

Saturday, August 24, 2013

Air Jagung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni merupakan hari sekolah ganti (cuti Aidilfitri). Punya la sejuk, rasa dah tak boleh fikir dah. Harapnya program hari ini berjalan lancar.

Alkisahnya air jagung ni saya buat dalam bulan puasa lepas. Memanjang aje lah n3 tertunggak CTS ni... Masa dah sampai di kampung, bila semua ada, banyak la sikit tukang minumnya. Saya nak buat di CH tak padan untuk makan sendiri je. Selalu air jagung ni bukanlah pilihan. Bukan kata tak minum, tapi jarang sangat minum. Setakat beli satu cup tu ada la jugak sekali dua. Kalau buat pun hanya campur jagung dengan susu, tak ada langkah2 bagai macam yang Kak Ita kongsikan ni.

Dengan berpandukan resepi yang diberi, saya buat dua bancuhan. Memang puas hatilah minum, sampai ke lepas terawih pun ada lagi. Dengan susu cair dan susu pekat, semua itu menambahkan lagi lemak manis pada air ni. Ditambah pula dengan biji jagung daripada jagung krim, ish sungguh asyik menikmatinya. Korang memang kena cuba ni tau!

Saya copy semula resepi di bawah ni untuk rujukan akan datang. TQ Kak Ita...


AIR JAGUNG 
Resepi : Kak Ita Masam Manis

Kordial Jagung Red Man secukupnya saya gunakan brand Double Lions
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis
 

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais. 


Monday, July 29, 2013

Cendol Pulut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah ada cendol...mestilah kena buat sesuatu kan. Masa berbuka, terasa sangat nak makan cendol pulut. Bukan makan sejuk (berais) tapi makan macam tu je. Dah sejuk sangat di CH tak ada kerja pulak saya nak minum air sejuk. Sebenarnya masa berbuka, elok kalau minum air suam atau air panas. Saya sendiri pun masih bertahan tanpa ais walaupun di kampung.

Bagi cendol yang dibuat baru2 ni, saya jadikan ala-ala pengat. Yang mana saya masak menggunakan santan dan daun pandan, kemudian masukkan cendol. Pulutnya saya tanak berasingan. Kira halallah ya untuk cendol pulut. Melepas kempunan katanya... Kalau nak tambah jagung ke, kacang ke boleh jugak. Tentu lagi meletup rasanya.


Resepi? Tak payahlah..... *_*

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, June 18, 2013

Strawberry Ice Blended & Vanilla Blue Ice

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nak kongsikan antara hasil ole-ole yang saya bawa balik dari Acheh. Minuman daripada peket POP ICE. Semasa ke Kapal Apung, saya lihat ada satu gerai yang jual air ni. Serius, dengan paket2 yang bergantung pelbagai warna, saya ingatkan sabun Thai. Nak pergi tengok dekat macam tak berapa berani.
 

Masa nak balik tu sempat la saya beli lima peket. Patutnya cari jugak perasa yang lain, tapi di kedai runcit yang saya singgah tu ada 2 jenis je iaitu strawberry dan vanilla (blue). Satu peket harganya Rp10,00. Yang strawberry tu saya buatkan blended manakala yang vanila blue tu saya jadikan minuman sejuk. Kalau nak diminum panas pun boleh. Rasa air ni macam air blended kita jugak la sebab di dalamnya ada susu. Kesemua langkah menyediakan minuman ni dinyatakan dibelakang peket tersebut. Saya nak zoomkan gambar, tapi entah di mana pulak peketnya.


Pelanggan tetap la ni. Balik masa cuti sekolah baru2 ni.


Inilah ropenye pop ice yang ada. Bermacam2 perisa jugak. Saya teringin betul nak rasa yang masam2 sikit macam lime ke. Ishhhhh...entah bila la lagi nak cuba benda ni.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~