Showing posts with label Catatan 2016. Show all posts
Showing posts with label Catatan 2016. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sambungan dari bahagian 2

Ini acara last, ngail botol. Adik saya yang prepare alat2 ni. Batang kailnya menggunakan batang salak, ambil belakang rumah. Permainan ni untuk sep2 jantan aje. Memula nak kira siapa yang dapat kail botol tapi sampai ke sudah tak dapat. Last baru kira siap yang paling cepat masukkan paku ke dalam botol, dia yang menang.


Sedia...
Test dulu lah jadi ke dok



Monday, July 18, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambungan dari bahagian 1.

Selesai 3 acara, seterusnya diadakan pula acara bagi kanak2. Suka je tengok bebudak dan mak budak berkerumun nak masuk acara.


Alat2 untuk acara baling bola dalam raga.


Friday, July 15, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Program sukaneka ni sebenarnya dah berjalan bulan Mac haritu, cuma saya yang tak sempat nak up N3 sebab tak sempat nak sort gambo banyak sangat. Kalau tak share rasa macam rugi pulak. Tapi suka saya nak ingatkan ini bukan N3 berbaur politik, cuma pada ketika itu program yang dianjurkan ni adalah dari parti pembangkang. Sebab itulah kalau tengok ada banyak gambar2 orang memakai baju hijau putih. Harap faham2 la ya!

Saya sebenarnya tak bercadang nak review aktiviti ni tapi masa saya balik kampung, saya bawa balik DSLR, jadi macam rugi la pulak kalau tak abadikan momen2 ni kan... Segan tak segan saya sempat la snap banyak juga gambar, kira2 jadi wartawan tak bertauliah la sat. Saya bahagikan N3 ni kepada 3 bahagian, sebab banyak nak kongsi.


Program ni diadakan di kampung sebelah, dekat saja dengan kampung saya. Kebetulan nak bawa My Mek ke sana saya pun ikut la sekali dan sempat jugak main boling kelapa walaupun tak menang. 


Tuesday, July 12, 2016

Ramadhan & Aidilfitri 1437H / 2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Perghhh... lama giler tak update. Nasib baik masih ingat password nak log in. Konon nak steady up N3 tapi hakikatnya tak mampu nak tepati janji sendiri. Sejak lappy semput ni memang tak berapa ada mood nak ngadap, pakai HP lagi la tak koser. Apapun tak kisahlah ada N3 atau tidak. Dah namanya pun berblog untuk sendiri2 je biorkan aje...

Ketupat manis, nampaknya masih ada seni walaupun bungkus 2 kali je setahun



Friday, March 25, 2016

Nak Makan Kek Kononnya...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasa nak lepuk je dahi sendiri bila kena order nak makan kek. Tapi tak ngapelah, kurang2 buleh gak sapot bisnes sahabat ni. Saya bukan apa, rasa malas nau nak baking, dah setahun kot tak jamah tools nih, entahlah angin membaking memang tak ada langsung. Tambah2 pulak banyak bahan yang tak ada dalam stok. Jadi paling mudah order ajelah dengan Cheq Da... terima yang dah siap aje.


Sebenarnya order kek ni bulan Januari lagi. Bersempena dengan tahun ke  13 merantau di CH ni. Sat sat aje kan... sebab tulah rasanya dah cukup kot dok sini, tak sabar nak tunggu permohonan tukar negeri bukak. He he he... Gitulah orang yang dok jauh dari kampung ni, lama mana sangat dapat bertahan..


Thursday, February 11, 2016

Tabung Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni merupakan tahun kedua saya melaksanakan TABUNG MERAH. Kalau tahun lepas agak lambat sikit bermula, tahun saya bermula sejak 1.1.2016 lagi. Bukan nak menunjuk atau nak berbangga, tapi lebih kepada nak berkongsi apa yang saya buat.


Kenapa saya namakan tabung merah? Ini kerana tabung ni khas untuk simpanan duit RM10 sahaja. Kalau tabung biru atau tabung hijau macam tak berbaloi sebab hasilnya agak kurang. Kalau nak buat tabung oren pun macam tak best sebab biasanya duit not itu tak berapa banyak dalam dompet. Jadi pilihannya adalah not merah ni sebab biasanya agak mudah nak dapat dalam dompet. He he he...


Wednesday, February 10, 2016

Renew Pasport Di Jabatan Imigresen Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ke Jabatan Imigresen Negeri Kelantan untuk memperharui pasport yang dah mati sejak 2015. Oleh sebab tahun ni ada beberapa tempat yang saya target nak pergi, maka keperluan pasportnya memang harus diutamakan. Kalau sebelum ni saya berurusan di imigresen Ipoh dan UTC Ipoh, tapi kali ni saya cuba di Kota Bharu pulak. Ini baru kali kedua datang ke sini. Kali pertama dulu, kebetulan masa tu urusan pemutihan warga asing, sampai penuh limpah dalam pejabat ni. Kali yang kedua ni pun sama, masih juga penuh dengan pengunjung yang mempunyai tujuan sama seperti saya. Nak tak nak memang kena buat jugak sebab malas nak datang lepas CNY nanti. Nak ke Ipoh pun malas jadi target mesti siap juga.






Friday, January 1, 2016

Angin Tahun Baru 2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah hari pertama 2016 telah hadir dengan izinNya... izin Yang Esa. Hari ini, hari yang istimewa kepada saya kerana pada tarikh inilah pada tahun 2004 dulu saya dan keluarga datang ke CH untuk melapor diri. Jadi kalau dihitung ditambah tolak bahagi... tahun 2016 ni merupakan tahun ke 13 saya di sini.  Maka bertabahlah lagi untuk meneruskan kehidupan di sini walaupun di dalam hati meronta2 ingin melangkah pergi. Ya... satu tahun sekali lagi yang akan saya lalui seadanya di sini.


Maka, apa yang berubah? Selain bertambahnya satu angka lagi dari 5 menjadi 6, segalanya masih seperti sediakala. Angin di CH sangat tenang hari ini, tidak sesejuk semalam ataupun hari sebelumnya. Setelah selesai bersarapan mee goreng dan air kopi, bersambunglah semula kerja2 persediaan untuk menghadapi hari pertama persekolahan. 

Perkongsian azam? Ternyata tak ada apa yang hendak diceritakan cuma saya harap tahun ini dapatlah saya mendidik hati untuk kurang marah ataupun kurang sabar. Saya wajib belajar untuk menerima apa saja, tanpa terlalu memikirkannya. Ini sukar tetapi saya akan cuba.

Jom, rasa2 macam nak cat baru je blog nih...ambil mood baru sempena tahun baru!!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"