Thursday, February 11, 2016

Tabung Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni merupakan tahun kedua saya melaksanakan TABUNG MERAH. Kalau tahun lepas agak lambat sikit bermula, tahun saya bermula sejak 1.1.2016 lagi. Bukan nak menunjuk atau nak berbangga, tapi lebih kepada nak berkongsi apa yang saya buat.


Kenapa saya namakan tabung merah? Ini kerana tabung ni khas untuk simpanan duit RM10 sahaja. Kalau tabung biru atau tabung hijau macam tak berbaloi sebab hasilnya agak kurang. Kalau nak buat tabung oren pun macam tak best sebab biasanya duit not itu tak berapa banyak dalam dompet. Jadi pilihannya adalah not merah ni sebab biasanya agak mudah nak dapat dalam dompet. He he he...



Bekas yang saya gunakan ni hanyalah bekas gula-gula. Bekas ini jugaklah yang saya guna untuk menyimpan sepanjang tahun lepas. Tapi tak tahulah macam mana pulak boleh pecah sikit bahagian penutupnya tu.


Bagaimana saya menyimpan?

Jujur saya bagitahu, sepanjang tahun 2015 saya menyimpan not merah ni, saya hanya dapat RM1200 bila dikira pada bulan Disember lalu. Maksudnya dalam sehari saya dapat simpan lebih kurang RM 3.20 sahaja. Jadi tahun ni target nak simpan lebih sikit la.

Biasanya saya akan simpan semua not merah yang ada dalam dompet. Bila gi kedai, pecahkan duit RM50, bakinya memang saya akan masukkan terus dalam tabung. Tapi ini bergantung jugaklah. Tengok kalau tengah2 bulan dah sengkek, saya tak masukkan semuanya. Mungkin letak satu atau dua sahaja. Kalau agak2 macam banyak lagi gaji dalam bank, saya simpan semuanya.

Oleh sebab tabung ni amat mudah dibuka, maka setiap kali saya ambil, WAJIB untuk menggantikannya semula. Jangan ambil tapi tak ganti, sebab tak leh nak kata menabung la kalau macam tu. Kira2 menabung camni boleh gak membentuk sikap disiplin kat dalam diri kita. Ewahhh... 

Korang boleh la cuba buat macam saya ni. Mungkin boleh mula dengan not hijau. Kalau rasa susah, boleh jugak mula dengan duit syiling. Macam saya memang tak suka ada syiling dalam dompet, jadi semuanya saya masuk tabung. Kalau kewangan mengizinkan boleh je cuba dengan not hijau muda atau not ungu. Semoga akhir tahun nanti boleh kita mengira duit sama-sama....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. dana bt tabung biru pun asik miss je nk isi hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya time kira hujung thn nanti..:)

    ReplyDelete
  3. Ciksue.. tun buat tabung hijau.. tabung duit raya tahun nih. dh stat bln 10 aritu rasanya, tp skrg dh banyakkkkk... jd raya nnti xde la tiba2 kekeringan duit sbb prepare duit raya.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]