Sunday, August 23, 2026

Pesto Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pesto merah, sebagai pasangan kepada pesto hijau. Saja-saja buat sebab nak cuba kelainan. Cuma itulah kejadiannya memang tak menarik, sebabnya terlupa masukkan tomato paste. Saya tak ternampak ada bahan tu, sebab tak beli pun. Haihhh gitulah jugak kot kalau perempuan tak mekap, nampak pucat tak bermaya gittew... Hahaha..


Dah la tak ada tambahan warna, ambil pulak gambar waktu malam, guna pula telefon cap biasa-biasa, maka ini ajelah paparan yang dapat dihasilkan. Pesto ni sebenarnya untuk digaul dengan pasta, tapi ok je kalau nak makan dengan ayam or ikan bakar. Rasa ok je, macam sos bolognese tapi yang ni lagi rich sebab saya guna almond dan juga kamangi. Bau memang semerbak sikit la ya, kalau siapa yang tak suka kemangi tu memang akan tutup hidung lah. Saya ok je




Untuk pesto ni pun sama jugak, saya frozenkan sebab tak habis sekali makan. 

PESTO MERAH
Sumber : Google


150g - 200g tomato kering (sun-dried tomatoes dalam minyak) - saya panggang tomato masak dengan sedikit minyak zaitun
1/2 cawan daun selasih (basil) segar - saya guna daun kemangi
1/3 cawan kacang pain (pine nuts) atau badam - saya guna badam
2 - 3 ulas bawang putih
1/2 cawan keju Parmesan yang diparut
1/2 cawan minyak zaitun extra virgin - saya tak guna
Sedikit garam dan lada hitam
(Pilihan) 1 sudu besar pes tomato (tomato paste) untuk warna lebih pekat - tak guna sebab terlepas pandang -_-
Saya tambahkan mayonis

 Langkah penyediaan : 
Sangai (goreng tanpa minyak) kacang pain/badam di dalam kuali selama 1-2 minit sehingga naik bau dan keperangan, kemudian sejukkan.. 
Kisar tomato kering, bawang putih, dan kacang yang telah disangai sehingga menjadi pes kasar.
Masukkan daun selasih dan keju Parmesan, kemudian kisar lagi.
Tuangkan minyak zaitun secara perlahan-lahan semasa mesin pengisar sedang berjalan sehingga mendapat tekstur yang anda suka.
Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.

 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]