Monday, August 24, 2026

Kompleks Candi Arjuna

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Mmmmmm macam mana nak cerita ya...sebab dah ingat-ingat lupa! Mana-mana yang ingat jelah ya..  Kompleks candi arjuna ni merupakan salah satu tarikan pencong di Dieng. Pasti ada bayaran masuk ya... Di dalamnya terbahagi kepada beberapa bahagian, dan ada banyak candi yang masih elok serta juga yang sedang dipulihkan.. Saya biasalah, masuk tengokkan senibina, malah tengok batu-batu tu pun dah rasa ajaib lain macam. Binaan candi tu toksah cerita lah memang diluar jangkaan keupayaan orang dulu-dulu buat dengan baik sekali. Bab sejarah ni takleh nak cerita banyak-banyak, takut salah bicara pulak.

Oleh sebab kedudukannya di kawasan tanah tinggi, tak terasa sangat berjalan-jalan di dalam kompleks ni. Kalau kata cuaca panas memang berpeluh ketiak la jawabnya




Lawa kan? Candi ni tak tahulah didirikan untuk apa, samada untuk keagamaan atau boleh juga jadi tempat pentadbiran


Yang tengah dalam pemulihan. Agak sayang ya monumen bersejarah begini jika dibiarkan. Sekurang-kurangnya kalau bukan untuk tatapan orang luar, simpanlah sebagai khazanah negara


Ada muzium jugak, tapi saya tak masuk


Cik kak baju pink di sana tu pun agaknya tourist macam saya..


Sekeping tanda hadir? Ngam-ngam dengan pintu masuk...siap pakai sweater lagi ye, syejukk!!


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]