Thursday, August 20, 2026

Kuil Sam Poo Kong

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Edisi kenang-kenangan dan tanda hadir!

Kuil Sam Poo Kong ni terletak di Semarang, yang menjadi mercu tanda serta tempat pelancongan. Ia merupakan kompleks kuil Cina yang meraikan Laksamana Zheng He. Dikenali juga dengan nama Kuil Gedung Batu dan merupakan kuil Cina yang tertua di sana. Errr, saya Google je maklumat ni deh. Masa pergi tu tak ingat dah semua maklumat... -_- Tak tahu lah macam mana boleh masuk dalam itinerari, kita ikut aje. Masuk berbayar ok, nilai tak ingat. Masuk pun bukan apa-apa, sekadar nak tengok senibina je, jangan risau okeh!!


Agaknya masa kami datang tu bukan hujung minggu, jadi tak la terlalu banyak kenderaan. Tapi pengunjung di dalam boleh tahan ramai jugak ya, termasuklah penduduk tempatan.




Nah, di sini ada kadar bayaran masuk. Pastinya nilai dah berubah seiring berubahnya masa


Tak pasti jugak yang ni tempat sembahyang Muslim atau apa..


Gigih betul orang yang buat bangunan ni ye..


Patung, askar-askar barangkali


Dataran.. di sana tu lah agaknya Laksamana Zheng He


Kagum saya dengan binaan ni.. Sungguh unik dan kreatif


Sebenarnya bila masuk ke tempat ibadat kaum lain, tak ada apa-apa perasaan pun, sekadar kita nak tengok je bagaimana amalan mereka. Ada banyak lagi sebenarnya gambar, tapi cukuplah sekadar ini. Di dalam ni juga ada tempat-tempat jualan dan makan-makan cuma kita la rasa jugak macam was-was nak beli, so layan view ajelah. Korang kalau ada ke Semarang, bolehlah singgah di sini.. 😀


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]