Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts
Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Nasi Goreng Ikan Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah nasi goreng yang selalu disediakan oleh my mek. Di kampung, jangan harap nak buat nasi goreng paprik, nasi goreng cina atau nasi goreng tomyam...alamatnya yang veteran hanya memandang sambil pot pet pot pet... My mek tu memang tak makan ayam, jadi nasi goreng yang menggunakan ikan sajalah yang dibuat.

Walaupun simple as that, saya suka sangat. Air tangan ibu lah katakan. Kadang-kadang walaupun dibuat sendiri dengan resepi dan cara yang sama tetapi hasilnya berbeza. Tapi tak apalah, saya nak kongsikan di sini untuk bagi idea pada kawan-kawan.

Kadang-kadang bila goreng ikan, mesti tak habis. Iyalah, setakat goreng garam kunyit memang kurang laku, nak kena buat masak merah atau sambal baru cepat habis. Selain guna ikan goreng kunyit, boleh juga kalau nak guna ikan singgang atau ikan rebus goreng. Yang saya buat ni guna ikan goreng kunyit yang saya bawak seekor, tak habis makan di kampung. Dengan seekor ikan tu dah boleh agak la kan berapa banyak nasi yang digunakan.

Caranya mudah sahaja, hanya seperti nasi goreng biasa. Saya ada tulis resepi ringkas seperti di bawah bagi siapa yang nak mencuba.


NASI GORENG IKAN GORENG
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Nasi sejuk - ramas hingga hancur
Bawang merah + bawang putih + cili + isi ikan goreng kunyit - tumbuk
Kobis - hiris halus
Kicap
Garam
Minyak

Cara membuatnya :
Tumis bahan yang ditumbuk. Walaupun tumisan agak kering elakkan menambah minyak (ikan akan serap minyak)
Setelah agak garing, masukkan kobis, tumis hingga layu
Tambahkan kicap secukupnya
Masukkan nasi dan gaul hingga rata
Perasakan dengan sedikit garam
Bila dah sebati dan mesra boleh ditutup api

Tuesday, November 19, 2013

Resepi Nasi Goreng Telur Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya pernah melihat sebuah rancangan memasak di tv, di mana ketika itu chef menyediakan nasi goreng telur masin (masakan cina). Tak terfikir pula yang saya juga akan membuat nasi goreng seperti itu. Alkisahnya, belen telur masin dari kerabu masih ada dua biji. Jadi memikirkan telur yang sudah berumur dan tak berapa nak elok lagi, saya pun cubalah buat nasi goreng ikut pandai sendiri. Agak-agak boleh makan, kira ok la tu.


Oleh kerana telur masin saya tu sangat le masin, jadi saya hanya menggunakan bahagian telur merah. Saya pecahkan dan asingkan dua bahagian tu kemudian dimasukan ke dalam air meindidih sehingga ianya betul2 masak. Rupa-rupanya kan...bila dipecahkan telur masin tu baru le saya tahu yang telur putihnya tak seperti telur biasa... mcm air je.

Bila dah masak, eh rupanya sedap jugak nasi goreng ni. Rasa lain dari yang selalu dibuat. Lepas ni kalau ada belen telur masin tu boleh la cuba. Di bawah tu saya ada kongsikan resepi kot ada yang nak mencuba.


NASI GORENG TELUR MASIN
Resepi : Cheq Sue

Nasi sejuk + bawang putih + sayur sawi + kiub ikan bilis + 2 biji telur masin (telur merah) + sedikit gula

- Pecahkan telur masin, rebus bahagian merahnya sahaja di dalam air mendidih
- bila sudah masak, lenyek dan gaulkan dengan nasi sejuk
- tumis bawang putih, masukkan sayur dan kiub ikan bilis (boleh tambah sedikit air untuk melarutkan kiub)
- masukkan sedikit gula
- masukkan pula nasi yang telah dilenyek dengan telur masin
- kacau hingga rata

Tuesday, October 1, 2013

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Siapa yang tak suka nasi goreng? Dalam hidup ni bermacam-macam nasi goreng yang boleh dihasilkan. Masuk saja apa yang ada di dapur, lauk, sayur...yang pasti itu semua akan menambahkan rasanya. Saya boleh tahan suka jugak. Kalau nak bawa ke sekolah, nasi goreng adalah pilihan yang tepat. Di samping ianya satu pilihan lengkap, kalau nak dimakan sejuk pun tak mengapa. Berbanding nasi, lauk dan sayur tentunya nasi goreng lebih mudah disediakan. Bekas pun tak perlu banyak :)

Salah satu menu yang selalu juga saya buat adalah nasi goreng ikan masin. Pasti ada yang dah terbau semerbak ikan masin yang digoreng. Dari jauh dah menusuk ke hidung. Kalau siapa yang tak tahan tu mesti terbersin... Nak menyediakan nasi goreng ikan masin ni pun ada pelbagai cara dan bahan. Saya hanya gunakan apa yang ada. Selalunya nasi goreng ni sayurnya sama ada kailan atau kangkung, kalau guna sayur lain macam tak masuk aje. Setuju tak?


Jadi kalau siapa yang tak ada idea nak buat nasi goreng ni bolehlah rujuk resepi yang dah saya salin di bawah ini ya. Semoga memberi manfaat.

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 ulas bawang putih - ketuk
1 biji cili hijau - ketuk
1 biji lada solok - hiris
2 sudu besar ikan masin - ketuk dan cincang
2 cawan nasi
1 sudu besar sos ikan
10 batang kangkung - hiris
Sedikit kicap manis
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya :
Panaskan minyak, tumis bawang putih, lada solok dan cili hijau. Bila sudah agak garing masukkan ikan masin.
Goreng seketika sebelum masukkan kangkung, sos ikan dan kicap manis
Setelah kangkung agak layu, masukkan pula nasi dan kacau hingga rata.
Setelah masak sekata, bolehlah diangkat.

Monday, April 29, 2013

Nasi Goreng Soy Honey Glaze

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Isnin dah? Cepatnya masa berlalu. Tau2 dah ada tercongok kat sekolah memulakan minggu terakhir dalam bulan April. Semoga tugasan hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Dok kira2, banyaknya yang nak kena siap. Jadual peperiksaan, slaid untuk post mortem SPM 2012, belanjawan panitia... belum lagi masuk tugas hakiki seperti mengajar, menyemak buku, PBS, semak folio moral, mengajar dan sebagainya. Aishhhh....

Apapun yang kena buat, insyaAllah segalanya akan dibuat satu persatu. Sebelum tu saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat minggu lepas. Kebetulan minggu tu tak menyempat nak makan di kantin, jadi balik sekolah satu hari tu saya masaklah nasik, dalam 2 pot (kira banyak la tu) jadi terpaksalah saya ejas jadi makanan lain pulak. Bukan apa, kadang2 boring jugak asyik makan nasi ni, tambah2 bila lauk pun tak beli lagi. ^^
Alkisahnya masa nak goreng nasi ni, kicap pulak tak ada. Aduhhhhh... nasi goreng ni kalau tak berkicap macam tak berseri la pulak kan...memang dah jadi tabiat saya pun sukakan nasi goreng yang ada kicap. Kalau nasi goreng yang ala-ala nasi goreng cina tu alamatnya kirim salam sajalah.

Maka, teringatlah pula akan soy honey glaze yang pernah saya buat satu ketika dulu. Jadi, kita hantam sajalah. Cuma nasi goreng tu agak2 manis sikit la sebab ada madu kan kat dalam tu.Cuma, sukacita dimaklumkan di sini, gandingan SHG dengan lada hitam memang sangat kena. Jadi saya lampirkan resepinya di sini untuk dicuba lain kali. Ala....resepi senang aje pun ^^

NASI GORENG SOY HONEY GLAZE
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang putih
4 helai daun kobis - hiris halus
Sedikit bunga kobis - hiris nipis
2 sk serbuk perasa KNORR
1 biji lada hijau (boleh lebihkan)
1/2 sk serbuk lada hitam
1 1/2 sb soy honey glaze (resepi di sini)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hijau
Bila dah wangi masukkan sayur yang dihiris nipis, serbuk lada hitam dan perasa KNORR
Tumis seketika dan masukkan sesudu air
Tambahkan soy honey glaze dan kacau rata
Setelah itu masukkan nasi dan kacau rata sehingga semuanya bercampur

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, January 24, 2013

Nasi Goreng Tomyam & Salam Maulidur Rasul

 
 
Sebelum cerita banyak, terlebih dahulu cheq sue nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL pada semua, bersempena dengan kelahiran Junjungan Besar kita. Semoga hari ini memberi ketenangan buat kita semua.
 
Bila kamera rosak! Inilah gambar yang akan terhasil. Cukup sedih. Pedih sangat-sangat. Kamera yang sangat berjasa bukan sahaja untuk berblog tetapi juga untuk digunakan semasa PBS di sekolah. Aduhhh, baru je dapat bonus dah kena keluar dah... :(
 
Jadi tak mengapalah, dengan gambar yang tak menarik ni pun cheq sue nak kongsikan satu resepi yang rasanya semua orang pernah dan tahu buat. Menu biasa aje pun tetapi sedapnya luar biasa. Kalau sebut aje tomyam, siapa yang tidak suka. Jadi bila ditukar kepada nasi goreng tomyam ni, mmmm apatah lagi. Cheq sue baru pertama kali buat ni, saja nak cuba. Tengok dekat internet bermacam resepi yang ada, cuma cheq sue buat ikut suka sendiri sahaja. Memang A+ tau, rugi tak cuba. JAdi kawan2 pun boleh la buat mengikut kepakaran sendiri. Mesti jadi menu kesukaan.
Selamat bercuti sehari buat kawan2 semua. Sampai jumpa lagi. Wassalam..
 
 
NASI GORENG TOMYAM
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
2 cawan nasi 
1/2 cawan isi ayam (hiris nipis)
2 kuntum bunga kobis (hiris nipis)
4 batang kangkung (potong panjang, agak2 lah)
1/4 batang lobak merah (hiris nipis)
1/2 kiub tomyam KNOR (boleh juga guna paste atau kiub jenama lain
1/4 kiub ayam (opt)
Serai (dalam 3 " bahagian tengah - ketuk) 
3 helai daun limau purut
Gula, garam, kicap, sos ikan
2 sb campuran cili kering, bawang putih, bawang merah (sedia mesin)
Sedikit minyak untuk menumis dan air
 
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis campuran cili kering hingga agak garing
Masukkan ayam, kiub ayam, kiub tomyam, serai dan daun limau purut. Masak hingga kedua kiub hancur dan ayam agak empuk serta naik bau
Masukkan sayur-sayuran (bunga kobis, kangkung, lobak merah). Masak hingga sayur agak layu. Tuangkan kicap, sos ikan, gula dan garam (agak2lah jangan sampai termasin)
Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata beberapa ketika sehingga semuanya mesra. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Stylish Thankyou

Tuesday, November 8, 2011

Nasi Goreng Belacan... Jadik La

 
 
Tensen jugak bila dah lama bercuti ni. 2 3 hari jugak blog ni terbiar...dah bersawang agaknya. Terima kasih pada yang setia mengunjungi ila_cheqSue walaupun tiada n3 terbaharu. Hari2 bukan x masak, ada jugak beberapa resepi baru dicuba sempena Aidiladha, tetapi lupa nak bawa balik kamera. Maka xleh la nak kongsikan dengan kawan2 kat sini. Masa buat easy peasy cupcake tu pun pinjam kamera abang....segan pulak asik nak meminjam aje. Kenangan Aidiladha tahun ni pun xde la jawabnya....

Pagi tadi, sengaja bertolak awal sikit ke CH. Dalam pukul 9 kereta dah pun banyak di jalanan, cuma alhamdulillah xde la sampai jem teruk. Orang Kelantan ni tak kira raya apa pun, tetap nak balik kampung, termasuklah cheq sue. Singgah di GM tadi konon2 nak beli lauk, tapi ikan aje yang ada. Ayam agaknya dah habis. Nampaknya esok kena keluar ke pasar malam. Selongkar apa yang ada di dapur...hanya sebungkus baby corn dan 2 carrot yang sudah masuk angin. Ada sedikit daging yang dibawa dari kampung, tapi rasanya dah x ada selera nak makan, tu yang tercipta nasi goreng belacan ni. Memang simple dan sesuai sungguh time xde ape dalam peti ais. Nasib baik jugak ada bawak 2 ketul ayam segera, bolehlah dilawan dengan nasi ni. Mmmmmm macam ni la bila dah jauh dari keluarga... :)
Wassalam...
 

NASI GORENG BELACAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 pot nasi
3 biji bawang putih
2 ketul ibu jari belacan
1/2 kiub pati ayam
Sedikit lobak merah parut (boleh tambah sayur lain jika ada)
Sedikit sos ikan dan kicap
Sedikit minyak untuk menumis
Jika suka boleh masukkan cili padi

Cara-cara :
Ketuk bawang putih dan tumis bersama belacan dan kiub ayam hingga garing & wangi
Masukkan lobak merah, sos ikan dan kicap. Masak seketika hingga lobak merah layu
Masukkan nasi, kacau hingga rata. Bila sudah mesra bolehlah diangkat

Sunday, June 19, 2011

Nasi Goreng Beriani

Selamat petang semua....
Alhamdulillah...rasa-rasa semua dah siap lunch kan? Kali ni cheq sue nak share satu resepi mudah yang tiba2 terlintas di kepala untuk dicuba. Ada sekali tu cheq sue makan nasi goreng tomyam... tu yang rasa boleh kot kalau nak buat nasi goreng beriani ni... Mula2 fikir nak buat nasi beriani je...tapi nak makan seorang macam x padan je nak buat renyah-renyah. Jadi untuk menghilangkan kempunan beriani tu... maka terhasil lah nasi goreng ni... Sesuai sangat di makan semasa sarapan tapi sebab masak pun dah tengah hari...so yang ni lah telah jadi lunch dan akan jadi dinner cheq sue harini...


NASI GORENG BERIANI
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 2 cwn nasi sejuk
- 1 biji bawang besar dadu
- semangkuk sotong dan ayam
- 2 sudu mumbung perencah beriani segera MAGGI
- sedikit susu (cheq sue guna low fat milk)
- sebiji ubi kentang dadu (direbus)
- sedikit lobak merah diparut halus
- minyak untuk menumis

Cara-cara :
- panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu
- masukkan perencah nasi beriani dan goreng sebentar hingga rempah garing
- masukkan ayam dan sotong dan tambah susu (agak2 untuk memasakkan ayam dan sotong)
- kemudian masukkan kentang dan lobak merah
- masukkan pula nasi dan gaul sekata
- goreng sehingga masak
- hidangkan bersama papadom