Monday, April 29, 2013

Nasi Goreng Soy Honey Glaze

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Isnin dah? Cepatnya masa berlalu. Tau2 dah ada tercongok kat sekolah memulakan minggu terakhir dalam bulan April. Semoga tugasan hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Dok kira2, banyaknya yang nak kena siap. Jadual peperiksaan, slaid untuk post mortem SPM 2012, belanjawan panitia... belum lagi masuk tugas hakiki seperti mengajar, menyemak buku, PBS, semak folio moral, mengajar dan sebagainya. Aishhhh....

Apapun yang kena buat, insyaAllah segalanya akan dibuat satu persatu. Sebelum tu saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat minggu lepas. Kebetulan minggu tu tak menyempat nak makan di kantin, jadi balik sekolah satu hari tu saya masaklah nasik, dalam 2 pot (kira banyak la tu) jadi terpaksalah saya ejas jadi makanan lain pulak. Bukan apa, kadang2 boring jugak asyik makan nasi ni, tambah2 bila lauk pun tak beli lagi. ^^
Alkisahnya masa nak goreng nasi ni, kicap pulak tak ada. Aduhhhhh... nasi goreng ni kalau tak berkicap macam tak berseri la pulak kan...memang dah jadi tabiat saya pun sukakan nasi goreng yang ada kicap. Kalau nasi goreng yang ala-ala nasi goreng cina tu alamatnya kirim salam sajalah.

Maka, teringatlah pula akan soy honey glaze yang pernah saya buat satu ketika dulu. Jadi, kita hantam sajalah. Cuma nasi goreng tu agak2 manis sikit la sebab ada madu kan kat dalam tu.Cuma, sukacita dimaklumkan di sini, gandingan SHG dengan lada hitam memang sangat kena. Jadi saya lampirkan resepinya di sini untuk dicuba lain kali. Ala....resepi senang aje pun ^^

NASI GORENG SOY HONEY GLAZE
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang putih
4 helai daun kobis - hiris halus
Sedikit bunga kobis - hiris nipis
2 sk serbuk perasa KNORR
1 biji lada hijau (boleh lebihkan)
1/2 sk serbuk lada hitam
1 1/2 sb soy honey glaze (resepi di sini)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hijau
Bila dah wangi masukkan sayur yang dihiris nipis, serbuk lada hitam dan perasa KNORR
Tumis seketika dan masukkan sesudu air
Tambahkan soy honey glaze dan kacau rata
Setelah itu masukkan nasi dan kacau rata sehingga semuanya bercampur

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

3 comments:

  1. resepi menarik, boleh cuba petang ni...terima kasih

    ReplyDelete
  2. makan dgn sambai belacan sedap ni :-)

    ReplyDelete
  3. Salam sis..jemputlah berkunjung ke blog HV. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik.jgn lupa follow ye..

    Terima kasih
    ~ Hijab valley ~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]