Sunday, April 7, 2013

Jem Orpal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini adalah side dish yang diperolehi daripada penghasilan jus orpal. Hasil jus yang ditapis tu saya simpan dan masakkan dengan 3 sudu besar gula pasir dan perahan 1/2 biji limau nipis untuk dijadikan jem. Bukan apa, selalu kalau buat tak dapat banyak hampas ni. Kali ni bila ditapis ada la dalam semangkuk hampas yang tinggal, tu yang kena oter. Bila dah masak tu, setakat untuk makan-makan sendiri kira lepas la... :)


Jadi buat kawan-kawan semua pun, kalau kata ada benda yang boleh kita ubah jadi sesuatu makanan yang lain, jangan la pulak cepat nak buang aje. Selain dari hampas jus ni, hampas soya pun boleh dibuat sesuatu juga. Tapi kalau hampas kelapa, nak buat apa ye... He he he... Sekadar satu perkongsian ringkas di tengah hari hari Sabtu...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

1 comment:

  1. Selamat petang Sue... Kak Amie ktinggalan bas ni, jem orpal? First time dengar he he ehh memang betul2 jakunis.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]