Tuesday, April 16, 2013

Muffin Pandan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

  Ada yang mengatakan, kalau kita masak dalam keadaan kita tak tenang, atau dalam keadaan tak berapa nak ikhlas tu, nanti apa yang dimasak tu tak menjadi. Korang percaya tak? Saya ni bukan kata nak percaya, tapi percaya jugak. Tak ada nak tengok contoh orang lain, tengok aje contoh diri sendiri.

 Saya ni kalau masak dalam keadaan terpaksa atau tak berapa nak rela memang selalu la spoil kat mana-mana. Macam mufin pandan ni, saya rasa dah ikut je resepinya sebijik sebijik tapi masih belum dapat hasil yang memuaskan. Mufin tu langsung tak gebu. Masih boleh di makan, tapi malu lah, dah masuk dalam kategori 'tak jadi' lah.


Saya buat mufin ni sebab nak menghabiskan sedikit santan kotak, entah siapa la yang guna dok ada je dalam peti tu. Jadi bila search resepi terjumpalah di bloh Kak Nor. Saya buat ni pun dah malam. Mmmmm kalau dah malam tu faham2 sajalah, dengan penat, dengan itu ini... aduhhhh menyampah betul. Tambah pulak masa tengah bakar batch yang pertama, tetibe je tak ada letrik. Bayangkan, dalam 15 minit jugak. Terus jadi penyek je mufin tu. Geram sungguh rasanya.

Walau bagaimanapun, tak mengapalah. Mungkin bila hati dah tenang nanti boleh la dicuba semula. Terima kasih buat yang menymbang resepi.

MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.


 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

7 comments:

  1. saya percaya. kalau bad mood tak payah la berangan nak baking. mmg tak jadi punya.

    ReplyDelete
  2. hehehe... mmg org kata kalau mood tak baik wat ape pun tak jadi..
    huh.. lepas ni kena ada mood baru buat keje k..

    ReplyDelete
  3. Kalau mood tak bagus buat ape pun serba x kene...fikiran ke lain jer...
    l

    ReplyDelete
  4. betul tu cheq sue, liza pun selalu jugak kena cmtu...sbb tu sekarang ni kalau rasa letih atau hati tak tenang, baik buat tak tau je...

    ReplyDelete
  5. btul lah tuh cheq sue,ct pon sma,klo mood xok,mmg wat pe pon serba xkan,pastu ank2 wat silap pon mula ler nk kna marah,heheh..tapi xperlah janji leh juga mkn dri msk cik tong kan..

    ReplyDelete
  6. nampak jadi n sedap je tu...serius rasa nak sebijik..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]