Thursday, April 25, 2013

Rantau Panjang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ada yang dah boring dengan n3 'bendera' saya ni? Hmmmmm, tak mengapa, daripada kosong tak ada n3 kira ok lah tu. Saya masih di dalam mood nak mencari kerajinan memasak. Setakat masak yang ala-ala aje tak kuasa pulak nak bergambar. Lagi pula saya jarang sangat menunjukkan cerita tentang tempat2 di negeri saya yang tercinta ini.

Rentetan daripada n3 ini, balik daripada KB tu kami terus ke Rantau Panjang, member nak beli barangan yang dikirim pekerja sekolah dan kemudian melawat saudaranya di Batu Melintang seterusnya balik ke CH melalui jalan Jeli-Gua Musang. Saya belum pernah lalu lagi jalan ni, memang terasa la jugak penatnya duduk dalam kereta walaupun tak drive.


Saya sebenarnya dah lama jugak tak ke sana, bukan apa...kalau tak ada kerja memang malas nak jalan2, tambah2 kalau orang ramai, dengan panas dan sesaknya, harga pulak melambung, baik la membeli-belih di Pasir Puteh sahaja. Dalam perjalanan, perang bendera tak kurang meriahnya....musim pilihanraya ^^


Rasanya apa yang ada di sana tu dah tak perli dinyatakan, korang sendiri agaknya dah lebih maklum dari saya. Saya kalau nak membeli di tempat yang ada banyak barang ni memang bermasalah sikit. Belek situy belek sini last2 apa pun tak beli. Baik saya terus ke satu kedai dan beli saja di situ. Masa saya pergi ni pun, hanya beli palazo, harga RM17.


Sempat jugak test teknik fotografi tapi tak berapa nak lawa lagi sebab cuaca mendung. Baru sekali masuk kelas Kelab Fotografi, banyak lagi yang perlu dipelajari.


Adik Naim yang sukarela menjadi bahan fokus. Sibuk aje dia nak beli kasut bola padahal dah beli satu di KB. Tapi akhirnya bukan kasut, sepasang jersi bola pula yang ditambah ke dalam koleksi. Apapun, seronok berjalan-jalan....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

3 comments:

  1. salam..
    baru sekali sampai di rantau panjang.. masa tu badan kurang sihat baru lepas kena chicken pox.. aduhai.. siksanya.. dah la masa tu tak tahan berjalan jauh.. mabuk jalan.. jd tak dpt nak nikmati apa2 pun kat sana.. melepak je dlm kereta waktu org shopping.. alahai...

    ReplyDelete
  2. eh takde cerita hantu ke dekat rantau panjang?

    ReplyDelete
  3. hishhhhhhhhh................xsyok mane pon kt rantau panjang ney dengar nama pon dah bosan!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]