Cek
Mat merenung sekeping gambar yang sentiasa meneman malamnya. Wajah arwah Alya
telah berada di situ saban tahun. Semenjak mereka bekahwin, dan kini
anak-anaknya sudah pun bersekolah di darjah satu, cintanya masih membara. Dia
tetapi cintakan arwah isterinya itu sampai bila-bila. Cuma sejak kebelakangan
ini, ketenangan hidupnya seringkali terganggu dek ingatan yang silih berganti
terhadap Zainab.
Bukan
Cek Mat tidak mahu mengusir bayangan yang datang, tetapi dia tidak mampu. Malah
kadang-kadang Zainab juga datang meneman mimpinya. Dia sedar, sudah terlalu
lama dia memendam perasaan terhadap Zainab. Sejak mula terpandang Zainab
memujuk Qasseh semasa Family Day di PD beberapa tahun yang lepas, dia sudah
pasti dan yakin bahawa Zainab mampu memberikan anak-anaknya kasih seorang ibu.
Apabila
Zainab berkahwin, bukan dia tidak terluka, bukan dia tidak terasa tetapi
mungkin Zainab bukan untuknya. Tetapi sejak kematian Daus, ada sinar kembali di
dalam hatinya untuk menzahirkan kasih sayangnya kepada Zainab. Pada umurnya
begini, bukan keperluannya yang dirisau, tetapi anak-anak. Qasseh, Qayyum dan
Qaishh memerlukan ibu. Qadeer dan Qalish pula memerlukan seorang ayah. Maka
lengkaplah keperluan itu seandainya dia dan Zainab bersatu. Tetapi dia risau,
mahukah Zainab menerimanya? Menatap wajah yang sama di pejabat dan di rumah,
bolehkah Zainab mengerti apa yang ada dalam hatinya kini.
Cek
Mat berkalih tidur. Dia malu sendiri. Dia resah memikirkan Zainab. Apa yang
harus dia buat? Bagaimana dia hendak memberitahu Zainab? Cek Mat segera bangun
dari katil menuju ke bilik air. Dia mahu bersembahyang sunat, moga-moga dapat
menghilangkan segala keluh kesah di hatinya saat ini.
*****
Zainab
memandang sekeliling yang penuh dengan bunga-bungaan pelbagai warna. Dia berada
di mana? Segalanya kelihatan asing di matanya.
Hidungnya dijamu dengan bau-bauan yang lembut dan mengasyikkan.
Tiba-tiba dia ternampak bayang seseorang menghampiri. Dia ingin lari tetapi
kakinya bagai dipaku. Dadanya berdebar. Semakin dekat semakin bergelora di
hatinya. Daus! Ya…itu Daus suaminya yang sentiasa dirindu.
‘Sayang….’
Dia menghulurkan tangan, ingin menggapai, ingin memeluk sekujur tubuh yang
sangat di damba tetapi tidak terjangkau jarinya. Daus hanya tersenyum dengan
wajah penuh cahaya. Hampir merembes air mata Zainab…
‘Abang…
datanglah pada sayang…’ Dia merayu tetapi Daus tetap tidak berganjak. Zainab
tetap mencuba untuk pergi kepada Daus tetapi tidak berdaya. Dan apabila
bayangan Daus semakin menjauh…air matanya tidak mampu ditahan lagi.
‘Abangggggg……………………….’
Zainab
terkejut, terjaga dari tidur. Astaghfirullah…
Dia bermimpi rupanya. Zainab menyambung tangisnya di alam nyata. Sudah lama
wajah Daus tidak meneman tidur malamnya. Sudah lama dia tidak dibayangi mimpi
dengan suaminya. Dan kenapa malam ini Daus datang tanpa kata tetapi penuh
cahaya….? Apakah petanda? Zainab cepat-cepat menyeka air mata. Dia ke bilik
sebelah melihat Qalish dan Qadeer sebelum menuju ke bilik solat. Hatinya perlu
ditenangkan! Hanya Allah menjadi tempatnya mengadu.
*****
Zainab
merenung kosong fail kewangan yang terbentang di depannya. Semakan sudah siap
dilakukan. Pengesahan juga sudah ditandatangan. Hanya perlu bawa kepada Cek Mat
dan kelulusan akhir sahaja. Setakat hari ini, kerjanya sentiasa mendapat
pujian. Jarang benar sebarang kesilapan yang berlaku. Dua keping gambar di
dalam frame berbunga di atas mejanya sentiasa menjadi inspirasi dalam kerjaya.
Satu gambar perkahwinannya dan satu lagi gambar Qalish dan Qadeer semasa
menyambut hari jadi mereka yang ke 4.
Sejak
kebelakangan ini, Zainab sering teringatkan Daus. Bukan selama ini dia lupa,
dia tidak pernah lupa tetapi entah kenapa Daus bagaikan ada sesuatu yang hendak
dibicara. Walaupun hanya sekadar dalam mimpi, Zainab merasakan hubungannya
dengan Daus tidak pernah terpisah. Kadang-kadang dia tidak kuat untuk
menghadapi semua ini. Di kala tidurnya terganggu, ketika dia tidak punya
sesiapa untuk mengadu, dan ada masanya dia terlalu rindu…kalaupun ada Kak Ija,
masakan sesuai dia membicarakan hal hati dan perasaan dengan wanita itu. Cuma
dengan adanya Kak Ija urusan penjagaan anak-anak lebih terjaga. Tambahan pulak
tak lama lagi mereka akan mula ke sekolah tadika.
‘Nab…’
Cek Mat menggoyangkan tangannya ke wajah Zainab. Tiada balasan.
‘Oooooo
Nab!’
‘Haaa
ya, ya saya..’ Terkejut beruk jugak Zainab dibuatnya. Bos yang amat dihormati
tercegat di depan.
‘Jauhnya
termenung. Dah sampai ke mana tadi?’ Cek Mat tersenyum memandangnya. Masakan
tidak, dari tadi dia melihat Zainab bagaikan berada di dunia asing. Dua tiga
kali dipanggilnya masih tidak bersahut.
Zainab
termalu sendiri bila Cek Mat menegurnya begitu. Walaupun tidak serius, dia
sepatutnya tidak berkhayal, apayah lagi semasa waktu kerja.
‘Ada
apa bos?’ Cepat-cepat dia bertanya. Agaknya wajah sudah bertukar biru ditegur
bos sendiri.
‘Ada
apanya Nab? Awak tak mahu balik ke?’ Cek Mat menunjukkan jamnya kepada Zainab.
Dengan jelas ternampak jarum panjang dan jarum pendek berkedudukan tegak.
Maksudnya sudah pukul enam.
‘Errrr…’
Zainab mati akal. Tadi rasa-rasa belum pukul 5. Takkan lah lama sangat dia
mengelamun.
‘Sudah
la tu Nab, besok2 pulak kerja. Anak-anak menunggu ibu di rumah. Jom balik.’ Cek
Mat berkata, kali ini dengan senyuman yang paling manis pernah Zainab lihat.
Eh, kenapa pula sebelum ini dia tidak perasan yang Cek Mat mempunyai senyuman
yang sangat menawan? Death smile gitu! Tiba-tiba ada debar di dada Zainab.
Segalanya serba tak kena dek senyuman Cek Mat.
‘Mmmm
Cek Mat turunlah dulu. Sekejap lagi saya baliklah.’ Zainab berdalih. Dia
sebenarnya terkaku di hadapan bosnya sendiri…
*****
Zamani
melihat apa lagi yang kurang. Hari ini dia sekeluarga mengadakan majlis
makan-makan. Memang menjadi kebiasaan mereka berkumpul bersama. Zainab dan anak-anak, Kak Ija dan juga Cek
Mat sekeluarga. Emak dan ayah tidak dapat datang kerana ada urusan di Kuantan.
Keluarga mentua Zainab pula ke Singapura. Manakala emak dan ayah mentuanya
sendiri berada di Sarawak.
Qalish
dan Qadeer antara insan yang paling gembira bila berkumpul bersama begini.
Dengan anak-anak Cek Mat yang senang melayang karenah mereka, ditambah pulak
dengan sepupunya Delaila, adiknya Siddiq dan adik yang paling baru Syaffiq
memang riuh rendah dibuatnya. Abang Zamaninya telah menambah ahli keluarga, dan
ini sudah tentu menggembirakan Zainab juga.
‘Nab
tak teringin ke nak cari pengganti Daus?’ Kakak iparnya Aisyah bertanya. Di
tangannya ada sepinggan mihun goreng. Syaffiq ada bersama suaminya. Dia mengambil
kesempatan itu untuk mendekati Zainab yang melihat anak-anaknya bermain.
‘Entah
la kak… Saya senang begini.’ Zainab menjawab tenang sambil matanya tak lepas
memandang anak-anak. Tiga anak Cek Mat, dua anaknya dan dua anak saudaranya
boleh dibuat sepasukan bola futsal. Ditambah pula dengan Cek Mat yang setia
meneman mereka sejak tadi.
‘Akak
bukan apa, Qalish dengan Qadeer tu perlukan seorang ayah. Akak kesiankan Nab.
Walaupun kita mampu berikan kasih sayang seorang ayah, tapi pastinya tak sama.’
Panjang lebar nasihat Kak Aisyah.
‘Ada
ke orang nak kan janda macam Nab ni kak?’ Balas Zainab sambil tersenyum. Macam
gatal pulak bila berbicara soal nikah kahwin ni.
‘Tu……’
Muncung mulutnya menunjukkan ke arah Cek Mat yang sedang ketawa dikelilingi
anak-anak.
‘Eh
akak ni, orang entah dah ada yang punya kita tak tahu. Lagipun dia tu bos Nab
kak.’ Zainab membalas tanpa senyuman. Cek Mat? Aishhh kakak iparnya ni, yang
itu jugak dia Nampak.
‘Mungkin
Nab tak perasan, dari dulu, sejak kematian Daus, dia sentiasa ada di mana Nab
ada. Dia sebenarnya sangat dekat dengan Nab dan anak-anak. Anak-anak Nab
perlukan seorang ayah, anak-anak dia perlukan seorang ibu. Akak rasa korang
berdua akan saling melengkapi. Cek Mat tu pun baik sangat Nab.’
Haish,
kenapa tiba-tiba berdebar pulak ni.
‘Tak
ada yang boleh menggantikan tempat Daus kak.’ Kata Zainab. Tegas. Hingga saat
ini, kedudukan Daus masih teratas dalam hatinya.
‘Akak
tahu Nab, akak faham. Tapi Nab jangan pentingkan diri sendiri aje, anak-anak
Nab tak kenal siapa ayahnya, tak sempat merasai kasih sayang seorang ayah. Dah
hampir lima tahun Nab. Bagi la peluang pada anak-anak.’
Zainab
kehilangan kata-kata. Aku pentingkan diri
sendiri? Dia menatap wajah jernih kakak iparnya.
‘Akak
tak berniat nak pisahkan Daus dari Nab. Ini untuk masa depan Nab dan anak-anak.
Nab fikirlah sedalam-dalamnya.’ Ah Kak Aisyah. Lembut suaranya terasa menusuk
ke hati. Tapak tangan Zainab ditepuknya perlahan.
‘Entah
la kak…’ Zainab hanya menjawab lirih. Dia membuang pandangannya yang kosong.
Kata-kata Kak Aisyah berbekas di hati.
Aku pentingkan diri sendiri? Berkali-kali kata-kata itu
terdengar di telinganya.
lagi lagi.. sambungan please..
ReplyDelete