Monday, April 1, 2013

Nagasari Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Aii... lama-lama tak berblog, dah keras jari pulak nak menaip. Asyik2 tersalah taip. Buat 2 3 perkataan kena delete semula sebab kurang menyengat. Ini le padahnya bila bercuti lama. Kena ambik masa dulu sebelum enjin panas dan boleh bergerak laju.

 Walau bagai manapun, nak jugak sharekan sesuatu buat sesiapa yang berkunjung ke blog saya ini. Terima kasih banyak-banyak.
 

Saya sebenarnya tak pernah dengar nama kuih nagasari ni. Cuma bila tengok di MyR saya agak kuih ni macam kuih tepung bungkus la kot, cuma bahan2nya agak lain sikit. Kebetulan masa balik kampung dulu ada beli cendol, jadi saya cuba la buat. Resepinya memang dah lama pun saya collect, buatnya aje idak. Jadi bila dah ada cendol, tepung Hoen Kwee pun ada saya pun cubalah. Senang sangat membuatnya..


Untuk nagasari ni jugak saya tak gunakan acuan daun pisang, bukan ape, naik takut nak mengambilnya malam-malam (saya buat sebelah malam, sejukkan dalam peti ais). Cuma sedikit penambahan saya buat dengan meletakkan gula perang di dasar acuan, konon2 macam kuih tepung pelita tu laaa....


Kuih nagasari ni memang sedap dinikmati semasa sejuk. Dengan isinya yang lembut-lembut kenyal tu, memang nyaman aje bila masuk ke tekak. Tambah2 bila terkena part yang ada gula perang tu, perghhhh...masyuk wehh. Terima kasih kepada Kak Fida yang sudi berkongsi resepi yang mudah ni. Izinkan saya copy di sini pula.

NAGASARI CENDOL

Bahan-bahan ( 30 - 40 kpg )
400 g cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
1 sb tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1 st garam
1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1200ml air)
2 helai daun pandan - disimpul
daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara
Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.
Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.
Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.
Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.
Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

4 comments:

  1. salam kak hemmm sdp tu byk kali buat juga tp dah lama x buat...sejak last pos kat n3 myr tu...negok akk nye mcm terigin nak mkn heee

    ReplyDelete
  2. sedapnya... waktu2 panas gini mmg sesuai menCOOL kan badan..
    ni festime tengok nagasari cendol.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. Memang sedap mkn time cuasa panas mcm ni...
    Terasa sejuk jer tekak ni..,

    ReplyDelete
  4. aduh sedap lah nampak nagasari tu walaupun namanya naga tetapi tetap cool je kan tu yg best tu nak simpan resepi dulu ya nnt nak try jugak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]