Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Jom JJCM. Kali ni saya nak kongsikan satu gerai yang saya kunjungi beberapa minggu lepas. Sebenarnya gerai ni tak ada nama pun, saya je yang sengaja menamakan gerai ni sebagai warung cendol bawah pokok kerana lokasinya yang terletak di pinggir jalan betul2 di bawah pokok akasia. Kalau siapa yang selalu ke Gua Musang, warung ni berada betul2 di hadapan Masjid Besar GM dan bersebelahan Perpustakaan Awam. Memang mudah nak cari, parking pun banyak.
Nama aje letaknya di bawah poko, tapi pelanggan memang tak putus dan sentiasa ada. Mungkin juga faktor cuaca yang panas dan hangat membuatkan penduduk sekitar atau pengunjung mahukan semangkuk cendol yang dapat menghilangkan dahaga. Di kawasan warung tu juga ada disediakan beberapa meja + kerusi untuk kemudahan pelanggan. Memang masyuk lah makan cendol kat sini...sempoi!

Antara yang di makan pada petang tersebut. Selain cendol, ada juga disediakan keropok lekor, ABC dan air minuman biasa. Cuma kena pulak masa makan haritu keropok lekornya agak gatal sikit. Pada pendapat saya, cendol yang disediakan ni tak berapa manis dan tak pekat sangat, kira2 kena la dengan selera.
Cendol kacang, ini saya punya. Memang layan la makan ni, dengan lemak manisnya..
Snap dari jauh. Kelihatannya kerusi meja semua dah berisi. Rezeki diorang yang tak putus2 dengan pelanggan.
Ini pula jumlah semua yang dimakan :
1 mangkuk cendol biasa
1 mangkuk cendol pulut + jagung
1 mangkuk cendol kacang merah
Sepiring keropok lekor (RM 2.00)
Jumlah : RM 6.50
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
fuhhh tak sabar plk nk blik kg gara2 cheq sue tayang cendol nih..Adda kalau balik jeli memang akan lalu gua musang..so kat masjid ni memang selalu la berhenti..tp rasanya sebelum ni takde..baru bukak agknya..
ReplyDeleteAdoiiii... cendol! Rasa nak terbang balik kampung sekarang juga nak cari cendol yang lemak manis! Cendol oh cendol! Dari dulu, kini dan selamanya....
ReplyDeleteAslmkum Sue
ReplyDeletesedapnya cendol itu....tambah kalau dpt mkn dlm cuaca yg panas....sedapnya.
aku nk jgk.
ReplyDelete