Tuesday, April 2, 2013

Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Antara kuih tradisional kegemaran saya. Sebelum ni pernah jugak sekali dua try, memang sedap jadinya. Cuma baru2 ni bila tengok kat blog siapa entah ada buat kuih bakar ni, terus semangat nak buat lagi. Tambah2 bila stok santan pun ada. Kalau kat kampung, kitorang panggil kuih ni 'kuih beke' kat tempat lain tak tahu la pula. Sekarang ni susah jugak nak beli kuih2 tradisional macam ni, tak ramai yang buat. Kalau ada pun tak sama dengan hasil orang dulu-dulu. So kalau dibuat sendiri ni boleh la buat ikut citarasa.


Yang saya buat ni tak la lemak sangat sebab lebih air pada santannya. Guna pun santan kotak aje, macam mana la nak dapat hasil yang lemak berminyak tu... Tengok pun dah tahu kan?? Untuk kali ni juga saya tak letak apa2 kat atas sebab nakkan kerak yang original. Ingat tak kalau orang dulu buat kan diorang bakar dengan dapur arang, keraknya tu sedap sangat. Boleh jugak kalau nak letak bijan yang pastinya akan menambahkan rasa kuih bakar ni.


Agaknya saya guna loyang besar kot, tu yang jadi agak nipis kuih ni, kalau guna loyang kecil sikit mesti hasilnya nampak lagi cantik. Walau apapun, tq pada yang berkongsi resepi. Saya copy di sini pula untuk rujukan akan datang..

KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Joayee
Sumber : Yatiememories 

 Bahan- Bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (saya kisar daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450 ml)
2 sudu besar mentega
3 biji telor
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara:-
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

3 comments:

  1. memang sedap kuih ni..
    anak sulong nani mmg suka kuih bingka2 ni.. feveret dia lah.. kalau goreng anak no.3 plak yg suka.. macam2 kesukaan anak.. :)

    ReplyDelete
  2. rajinnya ceqsu membakar2 ni kan mesti wangi kuih bakar pandan nanti boleh lah try copy resepi ok

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kuih ni... kat kg umi panggil bengkang. dah lama tak makan..nanti ada masa nak buat jugaklah :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]