Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Menjawab Pertanyaan Liebster Award Tagged By Bbwana Adiena

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya telah ditag oleh Bbwana, gadis cantik dari Sabah yang kencang berbisnes bakery. Lihat link n3nya di sini. Dah lama juga terperasan komennya tapi tak sempat nak reply. Jadi ada sedikit kesempatan ni saya nak membalas la semula apa yang telah ditanyakan untuk Liebster Award tu.

Wednesday, April 10, 2013

Best Blog Award

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


 Terima kasih pada Nasya yang sudi datang ke CTS dan menjemput saya untuk mengambil award yang telah beliau sediakan. Dah lama jugak tak ada yang bagi award....jadi terima kasih seadanya. Sebenarnya dah tengok pun malam tadi cuma tak dan nak mengangkutnya. Hari ni pulak dah petang baru online, di kelapangan ni ajelah baru boleh gantung kat CTS ni.

Nasya ni senegeri dengan saya, tapi tak menyempat nak tanya dok tang mana, kot2 la musim raya nanti boleh bersua muka.. T_T. Buat Nasya, terima kasih atas untaian ukhuwwah yang terjalin dan semoga sukses selalu...

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, October 1, 2011

The Versatile Blogger Award ~ Nani, Yana, Quinnie, Kak Diana

Assalamualaikum & salam sejahtera
Wah...tetibe je dapat award berangkai. Sekali lagi tau... Kali ni dihantar menaiki belon oleh Nani (sebab n3 dialah yang cheq sue paling awal baca...) Memula baca post tu pagi semalam, tak sempat nak hambek. Pastu Yana pulak datang pssstttttt dari Penang untuk ambek award. Tetibe Q pun  datang dari Ipoh dok ketuk pintu dapur soh amik jugak. Haaaaaaaaaaaaaaa memang dah xleh nak menyorok ni. Kena buat jugak untuk menghargai kawan-kawan.
** Baru sehari tinggal award ni, Kak Diana pulak datang dengan kete Honda, sambil  tin tin tin... bawak award ni untuk Cheq Sue jugak. Ok ok...cheq sue buat sekarang naaaaaaaaaaaaa........ 

Nah...assignmentnya!
1. Thank and link back the person who gave you this award 
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
 Setel. Kalau ada sapa lagi yang tag cheq sue tu, dan x di back link kan kat sini cheq sue minta maaf ya..

2. Share 7 things about yourself on the post
 
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)

Bende yang paling saya teringin untuk buat @ makan adalah LAKSA SARAWAK, tapi tak tercapai lagi hasrat ni sebab x jumpa kat mana jual pes nya. So kalau ada sesape yang termurah hati nak mendapatkan pesnya tu untuk cheq sue...padang bola ni cheq sue tadahkan ye.......... ** Tak malu

Sangat addict dengan rambutan a.k.a moktam. Tambah2 kalau boleh makan yang fresh kat bawah pokok terus. Kalau demam + batuk pun memang tak tolak. Mmmmmm sedapnya kalau dapat makan moktam gula batu @ anak sekolah. Huh...telan liur dulu lah!

'Semangat' orangnya. Memang lebih berat....  GEMUK la senang citer. Apa nak malu kan. Kalau nak kata dayet tu memang la, tapi semuanya ke laut. He he he................ *Pengakuan jujur!  

Saya adalah seorang manusia yang sangat GELI kepada ULAT...tak kira la ulat bulu ke, ulat sayur ke, ulat ape-apelah... Kalau kena timing nya memang boleh pitam tau. JAdi tolonglah jangan kosek saya dengan ulat2 ni... Please ya!!  

Tengah dok kumpul duit nak beli wafer maker, food processor, caserol, penimbang digital, dapur stimboat, acuan SM, acuan kek chifon, set pinggan mangkuk, dot dot dot... (aishhhh banyak benar yang nak dibeli ni). Errrrr, nak beli suami boleh?  Sebenarnya cheq sue ni kalau boleh, bende2 yang biasa diguna untuk masak2 ni memang selesa kalau dapat beli sendiri. Macam sekarang ada yang bukan kepunyaan. Tapi nantilah slow2 ye..

Dalam dunia blog ni, berharap sangat che mat DTS datang menjengah blog cheq sue yang tidak sepertinya ini...memberi tunjuk ajar dan pendapat tentang apa yang saya masak. Boleh gitu? InsyaAllah...

Kalau ada sape yang nak bergurau tu tolonglah jangan sergah2 saya okeh. Kalau tengah dok ralik buat something, tetibe ada orang sergah dari belakang memang saya akan bertempik dan terkejut beyok lah. Pernah ada seorang kawan buat macam tu kat saya, sampai termenangis saya dibuatnya. Terus rasa tekanan darah naik dan saya sampai tak terkata. Mujur tak masuk wad!  

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
 
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
Kalau boleh nak tag semua orang, tapi kali ni cheq sue pilih 15 orang yang belum cheq sue kenali dengan lebih rapat. Yang lain jangan terasa pulak ya. Kalau tak di tag pun, sudi2 kanlah mengambil award ni....)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award. 
(Hubungi semua yang menerima)
 Ting tong.... ting tong.... Jangan lupa ye...

      Wednesday, July 20, 2011

      Award From Nuni and 8 people to tag


      Assalamualaikum & selamat sejahtera...

      Wahhhh... kali ni angkut award ni dari Kinabatangan nun pulak. tq kepada Cik Nuni a.k.a Nani kerana sudi menge'tag cheq sue untuk STYLISH BLOGGER AWARD' nih. Dah perasan dah ada beberapa blogger dok angkot tayang award ni... tapi bila xde nama kite...kite bace ajelah dulu.. seperti biasalah... award berantai ni perlu dipanjangkan pulak kepada teman2 yang lain.
      Sebenarnya...di kalangan geng2 masak memasak atau geng blogger ni dah terjalin satu ikatan akrab walaupun tak pernah bersua muka, bertemu mesra atau mendengar suara. Ikatan di alam maya ni sesungguhnya tersangatlah istimewa kerana kita saling berbicara dan bersuka ria tanpa ada batasnya. Harapnya dengan adanya award ni hubungan kita akn terus berkekalan selamanya...

      Kali ni cheq sue nak tag 8 orang ni pulak...
      1. Gie Gie 
      5. HJ

      Sunday, July 10, 2011

      Award Dari Kak Diana (8___8)



      Assalamualaikum dan salam sayang kawan2 semua...

      Akhirnya... setelah menskodeng ke sana sini... baru terjumpa nama Cheq sue di tag untuk "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD" oleh Kak Diana. Terima kasih banyak2 sebab akak memberi kesempatan untuk Cheq sue sama2 menyertai assignment berantai nih.. TQ sesangat kat akak...
      Memula cheq sue nampak award ni di Dapur Kak Gee tapi tak klik pun. Tapi bila tgk di kebanyakan rumah blogger masakan ada award ni, cheq sue agak curious jugak.. bila klik baru cheq sue faham... (maklumlah tak pernah lagi....)
      Seronok jugak baca kisah kengkawan ni... Untuk newbie macam cheq sue ni banyak maklumat yang belum diketahui.. Bila baca kat rumah Kak Nor, Mas, Kak Izah, Quinnie, Kak Anim, MamaNoor dan banyak lagi... asyik nak senyum aje...

      So, untuk sesiapa yang belum mengenali cheq sue, ini adalah 7 perkara yang boleh diketahui....

      1 Cheq sue mula mendaftarkan akaun blog ni pada Okt 2010, sebab masa tu dah terminate akaun FB. Bila dah ada blog, tak tahu macam mana nak gunakan dan bukak pulak satu akaun fotopages...ada guna beberapa kali tetapi rasa macam susah sgt. So dua2 akaun blog dan FP dibiarkan camtu aje. sehinggalah bulan jun, barulah cheq sue belajar sedikit demi sedikit macam mana nak menguruskan blog ni... dan alhamdulillah sekarang ni dah boleh mengajar orang lain dah.... Sebelum aktif berblog ni memang cheq sue menjadi silent reader je terutama untuk blog DTS, Secubit garam, Ha-sue, Kak Diana, Kak DJ, Noorsha dan Mas. Kalau dalam MyResepi cheq sue menggunakan nama CheqSueCommot...

      2 untuk pengetahuan semua (rasa2 dah ada yang tahu...), cheq sue adalah seorang cikgu yang mengajar di Cameron Highlands sejak 2004.. So kalau ada sesape yang nak datang CH...jangan lupa bagitau yer...

      3 cheq sue ni memang anak jati Kelantan, dari daerah Pasir Puteh...dan masih bujang lagi... **guna perkataan single lagi best kan.... Sape yang sekapal ngan cheq sue sila angkat tangan okeh...

      4 dalam keluarga, cheq sue adalah anak ke 3 dari 6 beradik (ke 4 sebenarnya sebab arwah akak yang sulung meninggal sebaik dilahirkan). adik beradik cheq sue ni 2 perempuan dan 4 lelaki sebab tu lah sampai sekarang ni rasa2 agak kekok nak berkawan / berhadapan dengan budak2 pompuan... he he he

      5 Okeh...cheq sue memang tersangat lah suka memasak, tetapi amat memilih apa yang hendak di makan. kalau ada orang bagi makanan, kalau rasa tak kena dengan selera cheq sue tak akan makan (buruk nye perangai eh....) sama jugak kalau makan kat luar, kalau makanan tu tak menepati rasa, x abes la jawabnya.. Kadang2 kalau masak, tak makan pun sekadar untuk mencuba. kalau buat kek terutamanya sangat sikit je makan selebihnya akan bagi pada kawan2..

      6 Di zaman persekolahan dulu, banyak terlibat dengan aktiviti berkaitan bahasa. pernah mewakili sekolah dalam pantun, forum dan kuiz. sangat minat dengan bahasa melayu...sebab tu la dah jadik macam karangan je nih.... :)..

      7 Sangat menggemari aktiviti outdoor. Masa di UPM dulu selalu join Pengakap dan Pandu Puteri bercamping. Pernah sampai ke Gunung Senyum (aje) dan bercamping di beberapa tempat. Masih teringat pertama kali membuat aktiviti ripelling di Ulu Yam...siap tanya dengan abang jurulatih... "Kuat ke tali ni bang...saya berat ni..." Jurulatih tu cakap..."Takpe...takpe...jangan takut tali ni 1000 kilo pun tahan lagi..." Ha ha ha.. Lepas pada tu dah ketagih pulak... Sekarang ni aktiviti outdor yang tersangat aktif adalah berjalan2 la...

      Itu aje lah ye secara ringkasnya tentang cheq sue. kalau boleh sampai 10 muka surat pun sanggup nak tulis, takut ada yang termuntah je.... he he he.... Tapi, dok pikir nak tag sape eh? Dah banyak yang buat ni...dah kena tag, so cheq sue tag sape yang tak buat lagi lah yer... sudi2 kan lah membocorkan rahsia anda kepada kami semua....

      *** Orang lain dah lama tayang award ni...kite aje yang tertinggal ketapi... maklumlah baru sampai dari kg...

      Tag kepada :