Sunday, September 21, 2014

Menjawab Pertanyaan Liebster Award Tagged By Bbwana Adiena

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya telah ditag oleh Bbwana, gadis cantik dari Sabah yang kencang berbisnes bakery. Lihat link n3nya di sini. Dah lama juga terperasan komennya tapi tak sempat nak reply. Jadi ada sedikit kesempatan ni saya nak membalas la semula apa yang telah ditanyakan untuk Liebster Award tu.


1. Apa benda yang harus ada dalam handbag anda selain wallet?
Buku nota @ buku catatan yang ada semua maklumat lengkap.

2. Rancangan tv kegemaran anda?
Rancangan Korean, tak ingat tajuknya. Selalu layan di channel 391. Macam rancangan dokumentari masakan.

3. Apa yang anda selalu buat pada masa lapang?
Berkhayal / berfikir / masak / menjahit / .............

4. Games yang anda suka main di handphone. Kenapa?
Garden Mania. Suka main sebab tak perlu minta nyawa dengan orang.... game ni tak ada limit, boleh main sampai muntah.

5. Apakah gadget yang anda ada sekarang?
Telefon SAMSUNG Grand, Canon DSLR, lappy Compact

6. Apa kenangan yang paling manis dalam hidup anda?
Semasa di sekolah menengah... panjang sangat nak cerita -_-

7. Blog yang anda suka baca dan lawat. Kenapa?
Banyak... tapi setiap hari mesti tengok dan baca blog KELAB GRENBOC 
Saya suka gaya penulisan dalam blog ni tambahan pula saya jarang tengok tv Malaysia, jadi tak tahu perkembangan semasa.

8. Apa sumbangan yang boleh anda berikan dalam dunia blogging ni?
Motivasi untuk kengkawan mencuba buat tak kira memasak, menjahit atau DIY yang lain

9. Siapa anda pada 10 tahun akan datang?
Errr, pengetua confirm belum jadi, ketua bidang @ guru kanan kot...

10. Apakah yang anda suka baca di dalam blog ini?
Suka bila Bbwana cerita tentang tempahan yang beliau dapat, pastu gaya penceritaan tu santai je, rasa2 macam kawan lama yang tengah membebel


11. Berikan ucapan anda pada saya...^_^
Bbwana... thanks a lots sebab selalu datang tinggalkan komen kat blog saya walaupun saya ni jarang2 sangat nak balas balik komen tu. BW tu wajib, baca apa cerita di sana. Harapnya semoga Bbwana terus sukses dan berjaya dalam apa jua yang diceburi.

Untuk 11 soalan dari saya dan 5 orang yang perlu ditag tu, saya minta maaf bebanyak sebab tak mampu nak buat. Nak sudahkan n3 ni saja pun 2 hari. Cuti2 ni nak fikirkan soalan apa pun tak buleh. Jemmmm...

He he he...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]