Thursday, September 18, 2014

DIY : Jahit Manik Keliling Halfmoon

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah buat halfmoon sendiri, kena touch up pulak nak bagi cantik sikit. Kalau halfmoon kosong memang la nampak suram, cuba letak manik tengok terus nampak serinya. Pesen yang saya buat ni dah banyak jual di pasaran. Harga dalam RM35 ++ jugak. Kebetulan saya ada dok belajar sesikit cara nak buat manik crumble jadi saya applykan pulak untuk jahit manik di keliling halfmoon ni. Sebenarnya ada banyak pesen yang boleh dibuat, cuma bergantung samada kreatif atau tidak. Saya buat yang simple2 aje pun.

Jom tengok macam mana saya buat...




Susun manik mengikut warna yang dikehendaki. Bilangan warna, susunan dan saiz manik  tu bergantunglah pada citarasa sendiri. Untuk semangkuk manik (seikat) dalam gambar tu harganya RM2.80 jadi untuk jahit penuh satu keliling halfmoon tu perlu dalam 4 ikat. Kalau susun camni senang sikit kita nak ambil manik ikut warna yang betul.


Daripada manik yang kita dah susun tadi, masukkan ke dalam jarum @ benang. Tuto yang saya tunjuk ni untuk warna lain, beza dengan susunan manik gambar pertama ya. Ini kes lupa nak amik gambo le...


Rapatkan manik tadi hingga ke hujung. Dalam gambar ni menunjukkan sebahagian manik yang sudah siap. Pada hujung manik keempat (warna gold), cucuk jaruk ke sebelah dalam kain dan patah balikkkan jarum ke belakang untuk keluar pada hujung manik kedua (warna putih). Panduan untuk benang adalah garisan atas jahit tepi kain.


Langkah seterusnya masukkan jarum pada manik ketiga (warna peach)  dan keempat (warna gold) untuk keluarkan benang hingga ke hujung.Langkah ni bertujuan untuk mengetatkan sambungan 4 manik tadi agar tidak melendut.


Inilah hasilnya dari gambar di atas. Bila dah keluar benang macam ni kita bolehlah ulang semula dari langkah yang pertama tadi sehingga habis. Mengikut kefahaman saya, lebih kurang kita kata TIKAM - PATAH BALIK - SUSUP. Errr, faham ke tak ni??


Inilah hasilnya manik yang dijahit. Ianya jahitan penuh ya di sekeliling halfmoon. Lebihan manik saya gunakan untuk jahitan secara jarang (1 lapisan) di bahagian atas lapisan penuh ni.  Untuk jahitan manik ni saya hanya gunakan benang 2, yang agak kukuh sebab dah patah balik dan susup benang tu, maka nanti benang ni tak mudah tertarik atau putus.

Harap2 perkongsian ni memberi manfaat. Kalau sesape yang ada kelapangan tu boleh la cuba.

3 comments:

  1. Rajin cheq sue menjahit manik.. akak dulu2 rajin lah jahit manik skrg dah tua semakin rabun ehe... mana gambar tudung keseluruhannya cheq sue.. tak pun cheq sue jadi model tudung.. sure cantik tu..

    ReplyDelete
  2. Ya ampunnnn rajinnya awak Cheq Sue.. kalau kak ina memang tidak la kan.. lebih2 lagi sebab mata ni dah rabunnnn..heheh...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]