Showing posts with label Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Tanaman. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Rose Jepun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bunga rose Jepun memang sejenis bunga hiasan jangka pendek yang sangat cantik kalau ditanam berkelompok. Dengan warna bunga yang terang dan berwarna warni memang menarik pandangan mata ke arahnya. Dekat sekolah ni memang ada pelbagai warna yang ditanam... dan di rumah pun memang ada My Mek tanam.. jadi saya suka nak share bunga rose Jepun yang saya pernah tengok.

Selalunya bunga ni juga dikenali dengan nama bunga pukul 10. Memang dalam lingkungan jam tu bunga ni akan mula kembang. Kalau mana yang ada tanam bunga ni kat rumah boleh perhatikan ya..


Warna kuning di raja. Memang cantik sangat bila bunganya berkembang.



Wednesday, June 24, 2015

Buah Sawanila / Ciku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Buah ciku atau lebih dikenali sebagai buah sawanila di kebanyakan daerah di negeri Kelantan adalah sejenis buah yang agak rare dan tak mudah diperolehi kecuali kalau musimnya datang dari Thailand. Rasanya memang tak perlu nak cerita lebih banyak sebab memang terkenal sedap. Saya sendiri memang menyukai buah ciku tetapi belum pernah beli kalau kat pasar tu.

Di rumah saya memang ada pokok ciku, yang ditanam oleh arwah atok. Baru2 ni memang lebat berbuah sampai tak habis makan. Tengok saja dalam pokok tu memang penuh dengan buah.


Nampak tak betapa banyak buahnya...


Wednesday, April 8, 2015

Pokok Mahkota Dewa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di rumah saya ada sepohon pokok mahkota dewa, sejenis pokok herba yang banyak khasiatnya dalam perubatan tradisional.  Ianya sangat mudah tumbuh, namun saya tak pasti pokok di rumah ni ditanam dengan anak ataupun biji. Pokoknya tak besar sangat, umur dalam lingkungan 2 tahun je rasanya.

Pokok mahkota dewa juga sangat mudah berbuah walaupun tanpa penjagaan yang rapi.  Dari segi perubatan, yang saya tahu bahagian yang digunakan adalah daun dan buah. Meh kita tengok2 pada siapa yang belum kenal pokok ni..


Ada la setinggi saya pokoknya. Kalau tengok kan daun tu rasa nak ambil wat ulam je.


Monday, November 10, 2014

Orkid Ekor Kucing

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah tak dengar nama orkid ekor kucing ni? Unik kan. Orkid ni sebenarnya ada di rumah saya, hasil tangan sejuk My Mek yang tanam dah lama jugak ni, sampai dah beberapa kali bertukar bekas tanaman, dulu2 tanam dalam sabut sekarang ni tanam dalam pasu pulak.



Thursday, November 6, 2014

Lada Kampung Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kenapa dinamakan lada kampung Kelantan? Tak ada ke lada ni kat negeri lain? Entahlah, saya pun tak tahu. Tapi sebelum tu just nak maklum, kalau kat Kelantan kami panggil lada, tak panggil cili. Lada kering, lada burung, lada hidup (cili segar)... jadi jangan terkonpius pulak ya. Lada dan cili kan sama je maksudnya... Errr, kat tempat korang panggil apa ye lada ni? Mungkin lain tempat lain panggilannya ya...




Friday, October 10, 2014

Limau Kerat Lintang @ Ase Kiya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak pasti kalau belah2 luar limau jenis ni dipanggil apa. Mungkin namanya agak pelik bagi sesetengah orang yang baru pertama kali dengar atau lihat. Limau kerat lintang (setelah di Bahasa Melayu kan) atau dalam loghat Kelantan disebut ase kerat letey atau dikenali juga dengan nama ase kiya, adalah sejenis limau yang sangat2 berharga di dalam spesiesnya.  

Secara amnya, limau kerat lintang ni mempunyai bau yang lagi kuat jika dibandingkan dengan limau nipis, limau kasturi, limau purut atau limau2 yang lain. Ia biasa digunakan untuk buat air asam ataupun diperah ke dalam budu. Rasanya tak usah cerita, memang membangkitkan selera. Kalau dah makan pun, bila bau limau ni perah dalam budu, terus rasa nak makan lagi.

Di belakang rumah saya, ada sepokok limau ni. Masa nak Aidiladha baru2 ni ramai la yang datang ambil buahnya, maklumlah ada daging2 atau perut2 lembu yang nak dibuat air asam tu memang sedap kalau guna buah ni. Kebetulan pulak buah2 limau ni sangat lebat berbuah. Jom kita tengok morfologinya...



Thursday, March 13, 2014

Nostalgia : Kebun Getah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Balik kampung 2 minggu lepas, sempat join adik pi ambil my Mek yang menoreh di bukit. Kebetulan jugak my Cek dah lama tak ikut menoreh kerana membuat kerja menanam di baruh. Kalau zaman sekolah dulu, datang sini hanyak jalan kaki je dari rumah tapi sekarang tak dapek dah la, mau semput nak bernafas sebelum sampai. 

Nostalgianya tempat ini kerana inilah sumber yang membesarkan kami adik beradik. Kalau dulu bila tak sekolah terutamanya hari Jumaat, mesti ke bukit mengutip getah atau pun menolong membawa susu getah. Zaman saya sempat lagi buat getah keping sebelum beralih kepada sekerap sepenuhnya.


Dari jalan besar, menapak dalam sekali berpeluh sekali penat sebelum sampai. Jalan ni takleh masuk ngan kereta, motor dan lori je buleh. Biasalah jalan bukit, lekuk sana sini. Maka, menapaklah saya..


Tangga untuk naik ke tempat menoreh. Dari dulu pun memang tangga inilah yang saya jejak. Sempat juga meninggalkan jejak tersungkur di sini.


Inilah kebun getahnya. Dulu milik arwah atok tetapi dah diturunkan pada my Cek. Saya ingat masa mula-mula nak bukak getah ni arwah tok buat sembahyang hajat dan kenduri doa selamat kat sini, masa tu tahun bila ya...tak ingat dah. Yang saya ingat makan pulut kuning.


Kawasan menoreh ni memang tak berapa semak sebab dimesin segala rumputnya. My Cek tu memang pantang kalau semak semak ni. Pokok ni pun dah agak tua, daun-daun meluruh sebab sekarang musim daun luruh. Ada yang dah keluar pucuk. Kalau tengok dedaun yang berguguran...yang berwarna kuning kemerahan, macam autumn kat Korea dah tau. Suka sangat..


Tu, nampak tak my Mek dok menoreh dalam uniformnya. Ambil gambar sorok-sorok kot kena marah. Sebenarnya kalau ikutkan hati nak je suruh dia berenti menoreh, tapi bukannya hendak orang tua ni. Tiap-tiap bulan memang anak-anak ada bagi duit, dah cukup untuk kegunaan seharian tapi itulah... macam kita kan, boring pulak kalo takde keje...


Hasil setelah beberapa hari. Sekarang musim kurang getah, jadi hasilnya pun kurang. Kalau sembang-sembang, sekarang harga sekerap dalam RM2.60 - RM2.70 sahaja untuk sekilo. Bila gitu kan, orang tua mengeluh, rasa sayu jugak dalam hati. Sekilo gula dah RM2.50, jadi setakat manalah pendapatan seharian? Kalau yang menoreh sendiri boleh tahan lagi. Tapi kalau yang menoreh getah orang tu? Hasil kena bahagi dua...


Inilah yang saya maksudkan. Tapi sayang tak clear sangat guna phone ni. Cantik kan...


Ini pokok buluh pleting a.k.a buluh straw yang ada di sana. Saya dah terfikir nak buat sesuatu dengan batang buluh yang panjang ruasnya ni... nantilah kalau ada masa.


Ini pulak pokok jenerih. Pucuknya boleh dibuat ulam. Rasanya lemak-lemak sikit. Khazanah dari hutan.


Sekali imbas pucuknya ada persamaan dengan pucuk sena. Tapi yang sebenarnya kata my mek yang dipetik ni dah tua. Huuuu....


Ini pulak pokok palas...

Nostalgia anda? Bagaimana...


Thursday, February 13, 2014

Betik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini n3 versi tak ada kerja. Masa balik kampung cuti CNY, saya tinggal sorang kat umah, semua yang lain ke pernikahan sepupu di Nogori Semilan. Dah tak ada orang tu syok je rasa men'snap' gambar. Yang jadi mangsa, betik rendang di sebelah rumah. Very the tak ada kojer...

Cerita pasal betik ni, saya tak pasti pulak yang ditanam ni jenis kampung atau jenis kacuk. Buahnya tak la besar sangat. Lonjong ramping gitu. Tengok sajalah batangnya yang kecil.


Kecil-kecil pun ada jugak buah betik ni. Memang boleh ambil dengan tangan je. Tu ada sebiji tengah tunggu masa nak di ambil. Saya makan je betik ni, tapi tak la berapa beriya. Kalau kena yang manis memang sedap makan sejuk-sejuk.


Jom kenali morfologi tanaman betik.

Pokok betik dapat dikelaskan kepada 3 jenis iaitu:
i) Diesius - bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan;
ii) Monoesius - bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama;
iii) Ginodiesius (hermafrodit) – bahagian bunga jantan dan betina pada bunga yang sama. [SUMBER]

Jangan tak tahu, buah betik ni tergolong dalam jenis buah beri tau...
 

Buah yang tengah tunggu nak dipetik T_T

Yang di bawah ni memang dah abes laaa... Sedap sangat walaupun tak berapa manis.


Aktara Khasiat Dan Kebaikan Buah Betik

1. Buah Betik Sebagai Tonik Tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2. Buah Betik Ubat Bagi Sembelit Dan Penyakit Buasir
Jika mengalami sembelit eloklah memakan betik. Khasiat buah Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan buah betik, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan malah dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3. Buah Betik Mencegah Batu karang Di Dalam Pundi Kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu karang pada pundi kencing kita.

4. Buah Betik Membantu Peredaran Haid Yang Teratur
Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

5. Buah Betik Merawat Penyakit Tekak
Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

6. Buah Betik Merawat Tumit Pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga. [SUMBER]


Saturday, January 11, 2014

Pokok Binjai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya dok kampung ni... balik habis sekolah semalam. Dah dekat sebulan dok sakit dalam bahu kanan. Rancangnya nak balik berurut tapi pagi tadi ke tok bomoh patah di Tanah Merah, katanya tergelincir sikit tulang bahu di sambungannya tu. Hurmmmm... saya dok ingatkan sakit urat biasa saja. Rasa nak terkucil jugak bila tok moh urut-urut tadi. Harap-harap lepas ni ok lah, seksa jugak takleh nak menulis tinggi-tinggi. Masa PJ pun takleh nak gerak beriya. Masa MPV lagilah, takkan cikgu nak duduk kilas tangan aje kan. In sha Allah dengan izinNya harap sembuh seperti sediakala.


Belek-belek draf, ada sekeping gambar yang agak menarik, rugi kalau tak share, tap update. Gambar 2013 sebenarnya. Tak apalah kan... yang penting boleh kongsi.

Masa saya ke Melaka, ada banyak sangat orang dok jual buah binjai. Kalau lalu di tempat berjualan tu memang boleh hidu baunya. Kebetulan di Alor Gajah, memang ada pokok ni yang tengah berbunga. Saya tak kenal, tak perasan jugak sebenarnya tapi ditunjukkan oleh Fadli. Kebetulan pulak masa tu pokok tengah berbunga. Agak jauh jugak sebenarnya dari tempat saya ambil gambar. Ini pun dah habis zoom guna lense 200mm. Warna bunganya agak ungu-ungu sikit.

Pastu masa nak pi makan asam pedas, nampak pulak pokok yang tengah berbunga berbuah. Masa tu dalam kereta, sempat snap satu keping aje, itupun salah setting. Sebenarnya gambar jadi hitam (sebab waktu maghrib) tapi bila dicerahkan sedikit nampak jelas buahnya yang memutih. Itulah pertama kali saya melihat buahnya yang masih di pokok. Korang kalau tak pernah tengok silalah skodeng kat gambar tu ya...

Wednesday, September 18, 2013

Buah Berangan Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kembali bersiaran di pagi yang semakin menginjak ke tengah hari. ^_^

Dah baca kan tentang cerita pasal buah berangan kampung dan jari jemari yang halus-mulus tu? Kalau belum boleh klik kat sini. Jadi kali  ni saya nak share pulak tentang macam mana saya memasaknya. Rasanya semua dah tahu, cuma mungkin tak berkesempatan nak membuatnya sendiri.


Buah berangan yang telah digoreng lebih enak dimakan semasa masih panas kerana isinya masih lembut. Kalau dah sejuk tu sampai lenguh rasa pipi dek asyik menggigitnya. Yang saya buat ni dibawa ke CH, goreng di rumah kawan saya. Kalau nak kata saya habiskan sendiri memang tak mampu lah. Ni pun makan ramai-ramai dalam gelap (masa tu kebetulan pula letrik tiba2 terputus)


Ini hah... dua beradik yang dok mengadap buah berangan. Siap guna alu lesung lagi. Kalau nak gigit je gitu alamatnya boleh patah gigi. Sorang tukang tumbuk, sorang tukang keluarkan kulit.


Macam mana nak kongskikan resepi ya? Tak ada sukatan yang khusus, cuma perlukan buah berangan saja. Kata saudara kawan saya, lagi harum jika digoreng bersama kopi kasar. Kalau tengok yang dijual tu entah dalam apa ya mereka goreng... kata orang guna tar jalan raya. Hish tak pasti lah pulak tu betul ke tidak kerana saya tak pernah lagi membelinya.

Saya bagaimanapun merebusnya terlebih dahulu di dalam pressure cooker sebelum menggorengnya di dalam kuali. Jadi masa menggoreng pun tak lama dan isinya masak sekata. Kalau tak direbus dulu memang ambil masa sikit nak masak...silap haribulan kena yang masih mentah. T_T Kalau nak tahu buah berangan ni dah masak atau belum, tengok saja pada kulitnya yang merekah sedikit selain warna yang bertukar kehitaman.

Lain kali kalau ada lagi buah berangan ni, saya nak cuba goreng dengan kopi kasar pulak tengok macam mana rasanya. Buat kawan-kawan, selamat mencuba!

Wednesday, September 11, 2013

Buah Berangan Kampung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa kecil2 dulu, bila sebut saja buah berangan, saya teringat sejenis permainan yang selalu di mainkan dengan lagunya yang berbunyi lebih kurang begini...

Cak klepak klepuk klepa
Woh bronge lokoh kulit
Akat crano takdok tebaka
Mari same kito balik
Lik lik gong pok salik kena sigong
Mamat naik nyor turun kok plepoh
Mamat nak gi mano
Mamat nak gi nikoh...

Budak2 sekarang mungkin dah tak tahu permainan tu. Di setiap kawasan mungkin liriknya juga berbeza. Saya sendiri pun sudah ingat2 lupa tentangnya.


Buah berangan... saya pasti kebanyakan kita tahu pasal buah ni. Agak lama juga saya tak jumpa buah ni tetapi masa balik kampung minggu lepas kebetulan tengah musim buah ni meluruh bersekali dengan musim buah getah. Jadi rezeki saya agaknya nak kongsikan pasal buah ni. Sebelum apa2 abaikanlah ya jemari saya yang halus mulus tu...jangan ada yang terpengsan pulak. Gambar ambil dengan fon aje.


Inilah ropenye buah berangan yang masih berada di dalam kulit. Kelihatan ada 2 / 3 biji di dalamnya. Kalau biji kurang saiznya jadi besar sikit. Tapi mungkin jugak sebab ianya berangan kampung maka saiznya tak la berapa besar. Kalau nak dibandingkan dengan berangan yang dijual di pasar2 malam memang jauh bezanya.


Inilah antara hasil yang diperoleh selama lebih kurang 2 jam mencari dengan adik. Dalam 2 kilo ada kot. Agaknya kalau ada masa panjang boleh dapat banyak lagi. Kata mak saudara saya yang memotong getah berdekatan, kali ini tak ada yang rajin mencari. Saya pun kebetulan adik yang mengajak, kalau seorang mmmm minta maaf lah ya. Tapi betul jugak katanya. Sekarang ni siapalah yang hendak bersusah payah mencari. Dengan nyamuk, semak dan gatal miang...lebih senang beli aje....


Ini pula keadaan buah yang telah gugur ke tanah. Ada yang masih di dalam kulit. Ada juga yang masih belum terpisah. Bila buah tu meletup bijinya akan bertebaran ke merata-rata. Masuk ke dalam sungai pun ada. Kalau kata ada banyak daun, kenalah kais dulu dengan kayu.


Ini pula rupa buah dan kulit yang telah bercerai dari biji. Saya pun macam baru tengok jugak ni. Zaman budak2 dulu ada la sekali dua mencari buah berangan tapi dah tak ingat bentuknya macam mana. Jadi dengan adanya gambar2 dalam n3 ni, diharapkan dapat mengembalikan ingatan zaman dulu-dulu kita semua.


Pokok  ni agak besar juga. Mungkin dalam spesies pokok balak agaknya. Yang ada dj kampung saya ni tumbuh tepi sungai. Lebih kurang satu pemeluk saiznya.... Semang nostalgia sungguh masa kutip tu, dengan deruan air sungai mengalir dan bunyi buah yang pecah... terasa jiwa sangat tenang. Nostalgia!

Thursday, June 20, 2013

Kacang Panjang Renek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Malam... baru nak keluar n3. Sibuk sikit lately sebab menyiapkan tugasan sempena kejohanan sukan tahunan yang akan berlangsung hujung minggu ini. Ada banyak yang perlu dibereskan.

Pernah tengok tak kacang panjang renek ni? Saya sendiri baru pertama kali menanam kacang ini di sekolah. Walaupun ada satu silibus di tingkatan 4 berkaitan kacang panjang renek, tetapi saya belum pernah menanamnya  kerana tidak pernah bertemu kedai yang menjual benih. Tetapi kebetulan saya ke Pasir Puteh, terjumpa ada benih yang dijual di kedai plastik berdekatan Masjid Ibrahimi. Manakala di Gua Musang pula ada dijual di kedai plastik berhadapan Balai Polis (satu deret dengan AVON).


Bezanya kacang panjang renek dengan kacang panjang panjang biasa adalah pokoknya yang renek (setinggi lutut)  jangka hayatnya yang pendek, panjang lengai kacangnya yang pendek dan pengeluaran buah di bahagian atas kanopi pokok. Sesuai sangat jika ditanam di dalam pasu atau sebagai tanaman hiasan.


Ini adalah yang ditanam oleh pelajar tingkatan 4, yang pelajar saya tanam pokoknya masih kecil lagi, belum ada buah. Saya curi2 ambil la ni... ^^ Dalam satu lubang yang kawan saya tanam tu, diletakkan dua pokok (dua benih), sebab itu nampak pokoknya agak rimbun dan banyak daun. Dari segi penjagaan, sama seperti kacang panjang biasa kecuali meletakkan sokongan / kayu pancang tidak perlu dilakukan.


InsyaAllah kalau dapat rasa buah ni, saya akan update  apa pulak rasanya.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, May 12, 2013

Pokok Jarum Tujuh Bilah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Jom masuk kebun sat...hari Ahad ni kena santai2 sikit, baru tak stress nak masuk kerja esok. Alkisahnya balik kampung baru ni saja la bawak anak buah jalan-jalan, terjumpa dengan pokok jarum tujuh bilah ni. Tak hairan sangat sebab di rumah CH pun memang ada pokok ni. Daunnya boleh dibuat ulam dan ada banyak khasiat perubatan. Katanya boleh mengubat kanser. Pokok ni saya tak pasti ada berapa jenis, tetapi yang selalu saya lihat yang bunganya berwarna merah dan jingga.


Bunganya cantik, jingga terang.


Jarum2 yang ada pada pokok tu. Saya agak dari sebab inilah ianya dinamakan pokok jarum tujuh bilah. Tapi saya ada mendengar pendapat orang2 tua yang mana jarumnya tu tidak semestinya tujuh, tetapi berjumlah ganjil samada 5 atau 3. Jarumnya ni memang bisa sangat. Kalau tercucuk jari ke, seminggu belum hilang rasa sakitnya. Saya memang selalu kena lah...


Yang saya nak tunjukkan kat sini adalah buah jarum tujuh bilah. Ini pertama kali saya melihatnya. Memang pokok ni agak besar jugak, batangnya saja ada la kot besar betis gitu...tak sangka pulak berbuah. Kira2 saya pun jakun jugak di kampung sendiri. Cantik je bentuknya...adik beradik kaktus agaknya pokok ni. Buat perkongsian semua. Untuk maklumat lebih lanjut boleh jumpa Pak Wiki...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, April 13, 2013

Pokok Gooseberry Dah Berbuah!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Masih ingat tak n3 saya tentang buah gooseberry ? Hah... lupa dah? Nanti klik balik tau di link yang saya dah sediakan tu, baru korang dapat bayangkan. Saya memang tak tahu nama buah tu sebenarnya, dan ada rakan2 yang bagitahu, terima kasih ya.


Saya kan dapat pokok gooseberry tu. Bangla yang bagi tu siap cakap dengan saya, ini kasi tanam, satu hari air kasi taruk dua kali. Ha ha ha... dan sekarang alhamdulillah pokok yang saya tanam tu dah pun mengeluarkan buah. Lepas ni jangan bosan la kalau tengok ada je buah gooseberry sebagai penghias foodgraphy saya.


Mungkin sebab pokok yang diberi tu dah pun matang, tu yang cepat je dia berbuah. Entry yang dulu tu hujung Januari, ni awal April, dalam 2 bulan lebih jugaklah prosesnya. Saya tanam dalam bekas cat aje. Di bawah tu ada lubang untuk air keluar. Mediumnya pula campuran tanah, pasir dan habuk kelapa. Harap2 dapat la terus hidup subur.

Update : nian di kampung, sepi...
********** (^__^) **********
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, March 28, 2013

Bunga Gerbera Kembar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar semua kawan-kawanku yang tersayang.. Sedang buat apa tu. Mesti sedang enak bersantai2 dengan keluarga. Saya sendiri masih sedang cuba menyiapkan tugasan menyemak kertas peperiksaan Pendidikan Moral ujian yan lalu. Sangat tertekan sebenarnya, maklumlah kali pertama menanda kertas jawapan yang penuh dengan isi dan kurangnya pengalaman menanda kertas tersebut. Namun apakan daya, dalam kemasukan markah peperiksaan online tu, saya aje yang belum key in markah. Memang nak kena pulun la nih..


Untuk memanaskan blog yang lama bersawang ni, moh le kita tengok gambar perihal bunga gerbera kembar ni. Eh bukan tipu tau, ini betul. Tak kuasa la saya nak cantumkan bunga tu bagai. Saya terjumpa bunga ni masa member beli, belek2 kebetulan ternampak, apa lagi, terus la abadikan di sini.


Saya ni memang addict betul dengan memenda yang 'kembar' ni. Macam kagum je tengok, dari segi rupa dan kejadiannya, unik sangat-sangat.

Errr...macam lost je nak bercerita....

 ********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

Thursday, January 31, 2013

Siapa Tahu Nama Buah Ni?

 
 
Jom, kita asah minda sikit. Agak2 korang la apa nama buah ni? Cheq sue selalu tengok dalam food photography, memang unik dan class buahnya tapi tak tahu nama. Alkisahnya semasa latihan merentas desa (ikut trek sebenar), ada seorang mamat bangla tu bagi pada cheq sue, katanya boleh makan. Eh kita apa lagi, ambil ajelah, kalau nak beli saja-saja memang tak dapat la... Lagipun rasanya tak pernah lagi jumpa benda ni jual kat pasaraya...
 
 
Buah ni kan memang cantik betul sebagai props fotografi, menarik sangat pada mata cheq sue. Korang lak, camana? Yang sukanya bangla tu siap bagi pokoknya, tak tahu la panjang umur ke tidak, dah pun di tanam, harap2 hidup la dia, lepas ni kalau ada rezeki syok sikit nak bergambar. *_*
 
 
Keratan rentas buah tu, yang dah dingap oleh cheq sue. Rasanya tak la masam, ala-ala aja. Jadi, siapa yang dapat bagi jawapan tentang persoalan ni?
 
Stylish Thankyou

Wednesday, December 26, 2012

Orkid Merpati (Liar)

 
 
Sehari berlalu...masih sesuaikan diri. Eleh...macam la duduk London nak sesuai-sesuai bagai. Eh, balik ke tempat asal pun kena sesuai jugak. 3 minggu dok kampung tentu suasananya tak sama. Masuk rumah pun dah rasa lain, rasa sangat sunyi sepinya. Harap-harap lepas ni semuanya akan kembali seperti sediakala untuk meneruskan sesi 2013.
 
Cheq sue nak kongsikan gambar yang diambil semasa di kampung iaitu gambar orkid merpati yang tumbuh liar di pokok mangga belakang rumah. Orkid ni adalah orkid asli tanpa kacukan dengan jenis yang lain. Nostalgia jugak orkid ni sebab ianya sungguh misteri. Selain warnanya yang putih dan sedikit kekuningan, warnanya juga sungguh lembut dan harum. Biasanya kalau waktu pagi bau bunga ni memang mengasyikkan.
 
Saya tak tahu kenapa orkid ni dinamakan orkid merpati, mungkin juga kerana bentuk bunganya seprti burung. Tak tahu la pulak ya sama ada orkid ni dibiakkan secara komersil atau tidak. Kalau ada tu memang sesuai sungguh, beli untuk hiasan taman rumah. 
 
Kepada pencinta orkid, silalah menjamu mata. Wassalam..
Stylish Thankyou