Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Tuesday, October 2, 2018

Kek Lapis Red Velvet Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka dengan apa apa sahaja yang berkaitan dengan red velvet. Kek, brownies, biskut, aduhai sedapnya...sukar nak dijelaskan perasaan tu. Jadi bila ada resepi baru yang saya jumpa memang saya usahakan untuk mencuba. Tapi macam resepi kek ni memang merupakan my keeper recepi la sebab kalau nak buat kek lapis RV memang saya akan guna resepi ni pun. Alkisahya saya buat kek ni masa Aidiladha lalu, saja nak makan makan dan bolehlah dijamu orang yag datang.


Rupa paras selepas kejadian. Memang sengaja saya perangkan sedikit bahagian atasnya. Kalau buat kek lapis saya memang lebih suka menggunakan loyang empat segi, sebab macam sama je dengan kek lapis yang dibeli bila kita potong tu nanti.



Monday, November 24, 2014

Kek Lapis Red Velvet Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah lama sangat nak try kek lapis RVC ni. Kalau RVC yang kita selalu buat tu merupakan kek feveret saya, maka versi kek lapis ni pastinya mempunyai kisah yang berbeza. Kalau di kira2 memang dah lama saya tak baking kek... kadang3 mood ada tapi bahan tak ada. Bila cukup bahan mood pula entah ke mana2...

Macam biasalah, saya buat kek ni separuh sukatan sahaja. Dan sudah pasti rasanya memang sedap kerana RV dan cheese ibarat irama dan lagu yang saling melengkapkan satu sama lain. Buatlah cara macam mana pun keduanya akan serasi bersama.



Monday, September 22, 2014

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat kembali ke sekolah ya kengkawan para cikgu cikgi kat Malaysia ni. Saya sepatutnya attend miting kat Klang tapi aiiii takleh nak gi le pulok sebab banyak sangat komitmen yang perlu disiapkan di sekolah. Harapnya dapatlah diselesaikan sebelum keluar miting lagi minggu depan.

Saya sebenarnya tak cadang nak buat kek ni. Sebetulnya bila beli cream cheese, saya memang nak buat mango casablanca tapi sekarang ni mana la nak dapat buah mangga kan... sah2 buah duku rambutan yang banyak terdapat di pasaran. Tapi daripada dok keluar masuk peti ais benda cream cheese tu saya pun buatlah setengah adunan kek lapis cheese persona ni. Memula nak buat cheeskut tapi nengok ke biskut krim kraker tu eh dah retak seribu pulak. 


Monday, October 28, 2013

Kek Lapis Horlick

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama jugak tak buat kek lapis. Selalunya bila nak buat kena betul-betul rajin, pada tahap maksima. Pernah jugak buat dulu, memang petang sampai ke malam. Itu yang tak buat-buat sampai sekarang. Kawan sekolah saya ada meng'SMS' resepi kek lapis yang dibuat sempena hari ulangtahun anaknya. Dan saya rasa eloklah dicuba sempena dengan Aidiladha baru-baru ini. Biasanya nak menyediakan adunan kek lapis tak la serumit mana. Kandungan telurnya memang agak banyak dan itu biasa. Cuma bila sampai bab melapis itu yang lemah sikit.


Saya sebenarnya hanya membawa balik loyang bulat bersaiz 9". Fikir-fikir memang ambil masa nak siap. Jadi saya suruh adik pi pinjam loyang besar sikit di rumah Chik. Nasib baik ada loyang empat segi yang ngam-ngam dengan oven. Bila di tanya berapa saiz, katanya sekaki. Haishh...penih saya nak fikir berapa ukuran sebenar loyang tersebut.

Bila kita buat kek lapis, masa membakar tu dah semerbak baunya kerana penggunaan horlicks. Saya menyukat menggunakan senduk nasi bagi setiap adunan tetapi nampaknya jadi tak sama jugak, ada yang tebal dan ada yang nipis. Nampaknya pemilihan warna tu adak tak ngam, jadi pucat je gabungan hijau dan kuning.

Apapun, TQ pada Kak Lia yang sudi berkongsikan resepi ini dengan saya, dan insyaAllah kalau ada kelapangan dan kerajinan, saya akan cuba pula di lain kali. Resepinya saya dah salinkan di bawah ini jika ada yang mahu mencuba

KEK LAPIS HORLICKS
Resepi : Puan Noorlia Bt Abdul Hamid

Bahan-bahan :
455g butter
100g gul halus
10 biji telur
200g horlicks
240 tepung gandum
325g susu pekat

Cara membuatnya :
Pukul butter dan gula
Tambah telur satu per satu
Masukkan horlick dan susu
Kemudian masukkan tepung
Bahagi pada 3 warna (hijau, kuning, coklat) - saya hanya guna dua iaitu hijau dan kuning
Bolehlah bakar suhu 180'C berselang seli 5 minit setiap lapisan dan suhu 150'C 30-45 minit bila dah habis semua lapisan

Friday, October 11, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ramai yang dah buat kek ni. Rata-rata mengatakan ianya sedap. Hanya saya saja yang baru terhegeh-hegeh nak buat, itupun kerana nak habiskan krim keju yang dah separuh saya guna. Bab kek ni memang liat sikit nak cuba sebab saya bukan gemar sangat. Tapi kadang2 nak habiskan bahan, atau teringin nak buat maka jalanlah projeknya.

Bila dah terhasil kek nya, saya boleh katakan kek ini sedap seperti yang lain. Tetapi agak kurang kick kerana kurang serbuk koko, jadi tak rasa sangat coklatnya. Ingatkan dah cukup rupanya belum. Tak mengapalah, janji kek ni masih sedap! Mungkin ada yang pelik bila melihat warnanya yang agak suram... T_T


Saya hanya buat setengah adunan. Dapatlah satu loyang kecil. Bila dah potong2 agak banyak juga nak habiskan sendiri. Jadi dapatlah dikongsi dengan budak2 di sini. Buat kak Yatie, terima kasih atas perkongsian resepi ini.



KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
 
BAHAN A (loyang 8x8x3inci)
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Friday, June 21, 2013

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat semua. Buat apa tu? Barangkali sedang menunggu kepulangan ahli keluarga lelaki untuk makan tengah hari bersama-sama. Agaknya apalah menu istimewa hari ini ya? Tentu seronok menikmatinya bersama-sama.

Cerita tentag n3 kali ini, sebenarnya yang saya buat minggu lepas. Rasa macam nak makan kek lapis, tapi sedaya upaya cari kek yang tak berapa besar dan tak guna telur yang banyak. Alhamdulillah kek ini nampaknya menepati apa yang saya mahukan. Saiznya pula loyang 6 inci. Jadi tak la banyak sangat yang kena habiskan.
 
 

Kek lapis selalunya menggunakan warna-warna terang yang ceria untuk menarik perhatian. Saya kurang suka dengan kek lapis yang dibeli kerana kadang kala rasanya tidak menepati piawaian. Kadangkala penggunaan pewarna secara berlebihan untuk mendapatkan warna yang menarik.


Di dalam setiap lapisan kek saya taburkan dengan coklat chip. Rasanya agak sedap jugak pahit2 coklat dengan manis kek. Tapi kek ni sebenarnya tak la manis sangat. Mungkin sebab saya dah kurangkan sedikit susu pekat dan menggantikan horliks dengan nestum original. Mungkin jugak sebab itu kek ni jadi agak padat. Nampak sedikit berminyak kerana masa tengah kukus tu tak sedar gas terhabis. "_" Tapi keseluruhannya saya suka dengan kek ni. Iyalah, kek lapis yang guna horlicks pastinya ada rasa yang berbeza. Tapi nak buat samana, saya ni bukannya suka horlicks. Nak buat minuman pun saya tak berapa. Tapi InsyaAllah kalau ada kemahuan tu boleh la di buat semula.
 

TQ pada Kak Dayang yang berkongsi resepi ini. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.

KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)
Resepi : dayang_jack@MyR

Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original) saya ganti dengan nestum original
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
200 gm marjerin
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam saya gunakan coklat chips
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong. 
***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas. 

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, September 14, 2011

Kek Lapis Seri Kaya Versi Bakar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hai...bila petang aje mendung...walaupun mendung tak bererti hujan, tapi memang akan hujan pada petang ni. Sat2 lagi tu siap la berderu2 datangnya... pastu mula la rasa berat aje kat kelopak mata... Agak2 apa menu minum petang ni? Cheq sue ni nasik belum masuk lagi, tengah layan cappucino instant dengan kek lapis seri kaya ni. Sebenarnya buat malam tadi untuk makan2 kat sekolah, dah raya enam kan...

Pada sesetengah orang, bila sebut kek lapis je terus xmo buat. Pengalaman cheq sue mula2 buat dulu dari pukul 11 pagi sampai ke lima petang. Masa tu kite xde pengalaman lagi...resepi kata 2 sudu kite pun taruk la dua sudu...sekarang ni kite main  ikut aje, tu yang layernya jadik tak cantik...takpelah untuk makan2 sendiri aje kalau nak jual lain citenye.... Kan???


Kalau ikutkan Tun Telani, kek ni adalah versi kukus tapi cheq sue ni malas nak mengukus2 bagai...tu yang guna oven dan jadikannya sebagai kek lapis seri kaya versi bakar pulak. X perlu nak bungkus2 loyang ke nak tutp2 tudung ke... lagipun cheq sue ni tak berapa suka kek lapis yang dikukus, macam tak kena aje pada selera cheq sue ni. Aishhhh macam2 kan cheq sue ni..


Pada bahagian atasnya cheq sue taburkan sedikit dengan coklat urai. Warnanya pulak agak tak berapa jelas, macam tak masuk pulak merah dengan oren...patutnya biarkan aje plain macam Tun dan Nani buat. Takpelah nanti next time kita cuba kaler lain pulak.

Kek lapis yang cheq sue buat ni alhamdulillah tak berapa manis sgt sebab dikurangkan gulanya dan disapu jugak 2 lapisan dengan jem strawberi untuk membuatkan rasa masam sikit. Cuma ye lah, bila dibakar ni kek tu jadi kering la sikit ye...


Yang ni di bawak ke sekolah pagi tadi, alhamdulillah dapat sambutan. Pada sape2 yang nak cuba tu bolehkan semak resepi kat bawah ni ye...  Wassalam...

KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan :
  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega cheq sue guna buttercup + planta (tetibe je buttercup abes stok)
  • 200 gm gula pasir cheq sue masukkan 180g je
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah & oren
  • -Ana tambah pewarna kuning - tun x letak
  • hawflakes- tun tambah
  • cheq sue guna 2 sudu besar jem strawberi untuk dilapiskan pada 2 lapisan kek ni (bukan semua lapisan ya..)
Cara:-
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit.
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • cheq sue bakar dalam oven (api atas) pada suhu 150'C selama 5 minit untuk setiap lapisan. Bila dah masak @ keperangan (jangan sampai hangit pulak nanti kek lapis tu mudah tertanggal), tekan dengan penekan kek dan baru dimasukkan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, tabur coklat urai dan turunkan suhu pada 130'C bakar selama 20-30 minit @ sehingga masak
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.