Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ramai yang dah buat kek ni. Rata-rata mengatakan ianya sedap. Hanya saya saja yang baru terhegeh-hegeh nak buat, itupun kerana nak habiskan krim keju yang dah separuh saya guna. Bab kek ni memang liat sikit nak cuba sebab saya bukan gemar sangat. Tapi kadang2 nak habiskan bahan, atau teringin nak buat maka jalanlah projeknya.
Bila dah terhasil kek nya, saya boleh katakan kek ini sedap seperti yang lain. Tetapi agak kurang kick kerana kurang serbuk koko, jadi tak rasa sangat coklatnya. Ingatkan dah cukup rupanya belum. Tak mengapalah, janji kek ni masih sedap! Mungkin ada yang pelik bila melihat warnanya yang agak suram... T_T
Saya hanya buat setengah adunan. Dapatlah satu loyang kecil. Bila dah potong2 agak banyak juga nak habiskan sendiri. Jadi dapatlah dikongsi dengan budak2 di sini. Buat kak Yatie, terima kasih atas perkongsian resepi ini.
KEK LAPIS
KUKUS CREAM CHEESE
Resepi : Kak Yatie (Yatiememories)
BAHAN A (loyang
8x8x3inci)
250 gm cream
cheese
60 gm gula
halus
1 biji telur
1 sudu besar
air
1 sudu besar
tpng gandum
Cara-cara
Pukul cream
cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan
telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan
sebentar.
BAHAN B
(KEK)
2 biji telur
1 cwn gula
halus
1 sk vanilla
sedikit
garam
1/2 cwn air
panas didih
1/2 cwn cwn
susu segar/cair
1/2 cwn
minyak jagung/masak
1 cwn tpng
gandum*
3 sudu besar
sebuk koko*
1 sudu kecil
baking soda*
1/2 sudu
kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
Pkl telur
didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah
kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air
panas,susu dan minyak.
Setelah itu
masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul
sebati.
Biarkan
sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA
MEMASAK.
Panaskan
kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan
sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan
coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka
aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna
aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu
tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus
lagi selama 20 minit.
Setelah
benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
ASSALAMUALAIKUM CHEQSU...
ReplyDeleteAMBOIIII.. SEDAPNYA CISKEK KUKUS... CANTEK ELOK JE KEJADIANNYA.. KALAU SAYA BUAT BLOM TENTU NAIK CANTEK.. SELALU KUKUS DIA JADI MACAM RUPA BULAN.. ADA KAWAH LA.. ADA GUNUNG LA....