Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pada 6 Oktober 2013, sekembali dari menyelesaikan beberapa perkara di Gua Musang, saya dan Mok Ja singgah ke Ladang Anggur di Tomato K.C. Kwang & Son yang terletak di Jalan Blue Valley. Kalau lalu nak balik ke Gua Musang, boleh nampak papan tandanya di tepi jalan. K.C. Kwang ni merupakan salah seorang pengeluar tomato terbesar di CH dan penanaman anggur ni baru tahun ini dibuka. Saya pernah berkursus di sini [klik] dan masa tu dah masuk ke kebun anggur tetapi ianya belum berbuah. Kiranya persinggahan ini adalah untuk membalas dendam la kerana tidak berjumpa anggur di ladang Ringlet.
Bila dah masuk ke simpang, jangan takut. Ikut sahaja jalan yang terbentang sebab laluan masuknya agak berliku dan sibuk. Kalau tengok kiri kanan dipenuhi dengan kebun. Tak tahu pulak di sini varieti apa yang di tanam.
Lihat sajalah anggur yang bergayutan (betul ke bergayutan tu?). Memang geram sangat. Nak masuk bergambar boleh tapi tak dibenarnya menyentuh buah. Dalam dok gelak ketawa di dalam tu ada seorang pekerja mengawasi. Amboi, tak pada dengan bukan orang Malaysia, jaga sampai begitu sekali.
Secara jujur saya mendapati anggur ini agak sedap, manis-manis masam. Tak seperti anggur biasa. Rasanya lembut. Walaupun berbiji tetapi berbaloi. Sekilo hanya RM 17.
Bergambar dan bergambar lagi. Tengoklah muka yang bersememeh yang menahan perasaan untuk menggigit anggur tu. Haishh...geram weh, geram sangat. Kalau sape yang lalu jalan ni masa nak balik, cuba-cuba la singgah. Kalau ada rezeki, kena dengan musimnya boleh rasa anggur keluaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]