Tuesday, October 29, 2013

Daging Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagi n3 tertangguh perihal daging korban. Seketul daging yang ada nampaknya dah berjaya saya jadikan daging merah, Rasanya tak ada yang tak suka makan daging merah ni, kalau pekena dengan nasi goreng pun sedap. Kalau gandingkan dengan telur mata jadilah nasi goreng USA, pendek kata bila dah buat ni macam2 boleh jadi. Saya makan dengan nasi biasa je, separuh dinner separuh bawa ke sekolah. Kalau tengok nasi tu, itulah periuknya untuk masak 1 pot. Bila guna claypot ni rasa mudah sikit berbanding periuk biasa. Kalau periuk elektrik alamat bahagian bawahnya pun tak tertutup. ^_^


Sebenarnya daging yang saya dah rebus tu terlalu empuk sampaikan bila hiris dia dah tak berbentuk. Hancur la senang kata. Tapi tak apa, bila dah empuk senang sikit nak makan. Kalau tengok dalam gambar tu, kena kuis dulu baru jumpa dagingnya. Saya masukkan lebih sayur supaya jadi hidangan lengkap. Sayurnya cuma brocoli dengan capsicum aje pun. Kuah pulak saya sengaja lebihkan untuk kasih lembab sikit bila makan dengan nasi. Rasanya resepi ni kalau ditambahkan dengan serai atau daun limau purut lagi sedap, ala-ala Thai gitu. Cuma masa buat ni terlupa nak masukkan cili, jadi tak berapa pedas, macam tak kick la pulakkkk.

Apapun, terima kasih pada As yang sudi berkongsi resepi ni. Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang.


DAGING MERAH

Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah)
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana

Cara-cara
Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.
Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...

3 comments:

  1. Pasti sedap!. Kakak baca resepi pun dapat agak memang sedap dan betul kalau ada serai, cili dan daun limau purut bertambah-tamabhlah sedapnya..

    ReplyDelete
  2. huwaaa.... i is suker daging masak merah cenggini....

    ReplyDelete
  3. Tertarik dengan resepi ni... rupanya bubuh pewarna merah ye. Tq For sharing Cheq Sue...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]