Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ayam panggang serai ni saya buat semasa berpiknik makan-makan di Sungai Pauh. Tak banyak pun, dalam 10 ketul aje. Biasanya resepi ayam panggang tak la susah mana. Lagi lama perap lagi sedap bila makan. Cuma yang ini tak la saya simpan sampai semalaman, perap dalam pukul 7 pukul 12 lebih-lebih dah bakar. Minta maaf la dulu ni, tak senonoh ambil gambar dalam periuk. Tak ada setting bagai, maklumlah bakarnya pun dalam hutan, guna pemanggang ajaib je yang ditenggekkan atas dapur stimboat. Tak perlu dah nak nyalakan api arang...masak pun kejap je.
Tengok ayam tergolek dalam tu, jangan dipandang pada buruk rupanya kerana rasa di akhir kejadian sangat sedap, kena bila di makan dengan nasi panas dan ulam. Sambil tu tak lupa ubi kentang pun saya masukkan sekali. Sayur-sayur lain tu tak ada. Korang kena cuba dulu baru boleh judge. Yang pastinya dah ramai pun buat ayam ni, hanya saya saja yang selalu ketinggalan keretapi.
TQ Kak Hana
yang berkongsikan resepi campak-campak ni. Saya copy semula resepinya di sini
okeh..
RESEPI AYAM
PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
Source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
1/2 ekor
ayam
*1/2 labu
bawang putih
*2 inci
halia
*1-2 batang
serai
1 sudu makan
lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar
kicap manis
1-2 sudu
makan madu
Garam sedikit
Lemon
Butter -
potong kecil @ minyak zaitun
Kentang,
carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
Blend bahan
bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan
bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan
lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan
pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan
dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan
oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. Dan bakar suhu 180 selama 1jam
atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam
supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.
terliur la dok tengok ayam panggang tu cheq sue...I likeeee
ReplyDeletePanggang guna pemanggang ajaib
ReplyDelete