Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Malam ni rasanya sangat sepi. nak tengok tv ada suara sahaja gambarnya tak mahu keluar. Nak menaip novelog baru idea on and off, kejap ada kejap tak ada. Nak masak jauh sekali moodnya pergi. Jadi updatelah CTS sekejap. Lama dah tak ada n3 JJCM. Last sekali berJJCM di Ipoh. Bila tuan tanah kedaung tegur kenapa, terus saya rasa segan nak mengambil gambar. Yang ini pun hanya guna telefon.
Dah lama nak buat n3 pasal kedai makan ni. Kalau sesiapa yang selalu ke CH memang biasa singgah di sini. Antara salah satu kedai Melayu yang ada di CH, lokasinya di sempadan Blue Valley dan Lojing. Berhadapan dengan Masjid Keputeraan yyang beru siap dibina. Pemiliknya berasal dari Kelantan (Pasir Mas) dan sudah lama menetap di CH. Kak Yah dan Abang Aziz namanya. Memang peramah dan mesra orangnya. Sesekali kalau ada masa, saya memang suka bersarapan di sini. Ada la dua tiga jenis masakan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi lemak dn juga nasi berlauk.
Keadaan di dalam kedainya bersih. Cuma sedia maklumlah di CH ni. Lalat memang tak dapat dipisahkan kerana penggunaan baja tahi ayam secara maksimum. Kebanyakan peralatan dimeja ditutup dengan plastik bagi mengelakkan dihurung lalat dah juga debu jalan.
Antara menu sarapan iaitu nasi lemak. Digandingkan dengan ayam berempah. Pada saya sambalnya agak pedas. Kalau suka pedas tak ada masalah kot. Kacang pulak agaknya hari itu tak ada stok.
Nasi kerabu. Agak sukar nak mendapatkan ulam seperti yang ada dalam nasi kerabu di Kelantan. Kobis memang menjadi hero di sini. Bolehlah mengubat kempunan sekiranya rindu nak makan tetapi malas nak buat sendiri.
Selain nasi untuk sarapan, ada juga disediakan masakan panas seperti nasi goreng. Saya dah pernah rasa, dan alhamdulillah agak sedap juga.
Harga tak dapat saya nak kongsikan di sini kerana pada masa kami makan tu, ada yang belanja. Terima kasih daun keladi.... Jadi kalau ada kesempatan ke CH, singgahlah di sini.
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]