Friday, October 4, 2013

Order : Sub SK Brinchang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Perkongsian order yang saya buat baru-baru ini. Ini merupakan kali kedua di 'sub' oleh rakan saya Cheq Da jika beliau dapat order lebih, mungkin tak dapat nak siapkan. Katanya kali ini dapat 7 order, jadi beliau subkan saya 3. Saya no problem, ok aje. TQ anyway.


Ini merupakan kali pertama saya siapkan kek 3 biji semalaman. Sampai pukul 1 juga siapnya. Jadi inilah yang termampu.


Kek span coklat dengan filling coklat mousse + oreo dan marshmallow. Deco ringkas je. Pertama kali guna marshmallow. Sedap juga makan, bergetah-getah gitu.


Kek span bluberry dengan blueberry filling. Konon2 nak deco elmo tapi jadi comot la pulak. Warna merah tu dah nampak ok. 1st attempt kan, practice make perfact! Tang matanya tu kalau letak kaler hitam mesti lagi ok kot. Ni dah jadi mat saleh bermata biru.


Kek span strawberry dengan filling peach. Suka sangat sebab dah lama tak main munge-munge neh. Feeling macam nak buat kek kahwin gitu. Alhamdulillah dapat perfect roses. Mula-mula plan nak masukkan shortening / krimwell tapi tak ada stok pulak.


Setelah dipacking. Terima kasih kerana sudi mengoder. Harapnya semua berpuas hati...

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]