‘Bonda,
Syed rasa bersyukur sangat bila dapat bertemu kembali dengan Zainab.’
Kata
Syed Hamdan di satu pagi hujung minggu. Ketika itu dia sedang bersarapan
bersama emaknya. Di rumah besar itu hanya ada mereka berdua selain Mak Yam dan
suaminya Pak Soh yang setia menemani mereka.
‘Iyalah
Syed, kita dah banyak buat salah dengan dia. Bonda rasa betul-betul bersalah.
Nasib baik dia mahu memaafkan kita.’
‘Syed
pun begitu juga bonda. Dia seorang perempuan yang baik, sangat baik. Cara dia
cakap dengan Syed seperti tak ada apa yang berlaku.’
‘Kalaulah
dulu bonda restui hubungan kamu berdua…’
Redup
mata Paduka Syarifah Zahrah semasa menuturkan kata-kata itu.
‘Usahlah
dikenang perkara lalu bonda. Apa yang berlaku tu semuanya dah tertulis qada’
dan qadarnya. Syed redha. Syed tak pernah salahkan bonda. Lagipun sekarang kita
semua dah ada kehidupan sendiri. Kita bahagia kan. Bonda janganlah fikir yang
bukan-bukan.’
‘Sebagai
ibu, bonda masih rasa bersalah Syed. Kononnya memilih intan, tetapi intan
itulah yang sering melukakan hati dan perasaan kita.’
Syed
Hamdan menggenggam jemari ibunya. Dia tahu sejauh mana penyesalan yang telah
dirasakan. Dia sebagai anak bertekad mahu membahagiakan ibunya sehingga ke
akhir hayat. Kebahagiannya jatuh ke nombor dua.
‘Pukul
berapa Ustazah Aminah datang bonda?’
Tanya
Syed Hamdan.
Biasanya
hujung minggu begini Ustazah Aminah akan datang mengajar Al-Quran di rumah,
seperti yang diminta ibunya untuk memperbanyakkan amal di usia begini.
‘Sekejap
lagi sampai la tu. Kenapa Syed?’
‘Syed
sebenarnya nak ke rumah anak yatim bonda, ada perkara nak di selesaikan.’
‘Kamu
pergilah Syed…’
Che
Mat memandang telefonnya berkali-kali. Dari tadi dia sedang berkira-kira
perlukah dia meneruskan niatnya bertemu dua mata dengan Syed Hamdan. Selain
mahu berjumpa teman lama, dia juga mahukan jawapan tentang hubungan lelaki itu
dengan Zainab. Lebih lama dia menanti, lebih seksa di dalam hati. Jangan kata
budak-budak muda sahaja yang berperasaan begini. Dia juga sudah beberapa ketika
tidur tak lena memikirkannya. Lantas dengan lafaz Bismillah, butang call
ditekan.
Syed
Hamdan cuba mengingat kembali gerangan siapakah yang menelefonnya sebentar
tadi. Muhammad? Katanya rakan lama satu universiti. Dia sudah ingat-ingat lupa
sebenarnya. Tetapi dengan pantas juga stereng kereta dihalakan ke sebuah
restoran yang telah dijanjikan mereka untuk berjumpa. Dekat sahaja dengan rumah
anak yatim yang dia kunjungi tadi.
Sesampainya
di sana, matanya lantas mencari. Di mana ya? Kemudian dia ternampak seseorang
mengangkat tangan kepadanya. Masih segak. Raut wajahnya bersih walaupun sudah
ada rambut-rambut putih di kepala. Segera senyuman diukir di bibirnya. Kenangan
lama berlegar di kepala. Dia kenal lelaki itu. Dulu sama kolej dengannya dan
selalu juga bermain badminton bersama.
‘Muhammad?
Allahuakbar!!!’
‘Apa
khabar Syed?’
Mereka
bersalam dan berpelukan. Dua orang sahabat lama yang sudah bertahun-tahun tidak
berjumpa.
‘Kau
ada jumpa dengan kawan-kawan lain?’
Syed
Hamdan mengajukan soalan. Dia sendiri tidak pernah berjumpa rakan-rakan lamanya
sejak 10 tahun dulu.
‘Sesekali
tu adalah. Sekarang ni masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dengan kerja,
dengan rumah tangga. Dah tentu kehidupan tak macam dulu.’
‘Iyalah.
Aku pun begitu juga. Aku ni walaupun tak ada anak isteri tapi masih juga sibuk
dengan kerja.’
‘Nampaknya
kita ni sama sahaja. Bujang tua!’
Keduanya
tergelak.
‘Isteri
kau…?’
‘Dia
dah meninggal semasa melahirkan anak. Sejak tu aku tak cari pengganti.’
‘Kenapa?
Kau tak kesian dengan mereka?’
‘Siapalah
yang sanggup Syed. Bukannya seorang, tapi tiga. Kalau kau, nak? Heeeee…’
Di
fikirannya tiba-tiba terbayangkan bagaimana Zainab melayan anak-anaknya. Hanya
Zainab yang sanggup menumpahkan kasih yang tak berbelah bahagi.
‘Tiga?
Hebat kau ya!’
Hilaian
ketawa bergema lagi. Cek Mat mahupun Syed Hamdan bagaikan kembali ke
zaman-zaman muda dengan berbicara dan ketawa begitu.
‘Nombor
telefon aku ni bagaimana kau dapat?’
‘Kebetulan
staf aku ada ke konvensyen bulan lepas, dia ada bawa balik senarai peserta.
Bila aku tengok, ini macam kenal, aku cubalah.’
‘Konvensyen?
Siapa staf kau?’
‘Zainab.
Zainab Atikah. Kau kenal dia?’
‘Mmmmm…
aku dah kenal dia lama. Dia seseorang yang istimewa dalam hidup aku dulu.’
Istimewa?
Apakah maksud istimewa itu? Cek Mat tertanya-tanya. Rawan…
‘Dulu
dialah wanita yang bertakhta dalam hati aku. Tapi masa tu bonda tak merestui
hubungan kami. Banyak yang berlaku dulu Mat. Aku tak bahagia. Kalau la bonda
merestui hubungan kami, aku jamin kami bahagia sekarang. Tapi apa nak buat, dah
tak ada jodoh.’
‘Kau
tahu tak suami dia dah meninggal?’
‘Dia
ada cerita. Kau rasa kalau aku cuba menangi hati dia semula boleh tak?’
Eh,
dah tentulah tak boleh sebab Zainab tu untuk aku!
‘Kau
rasa?’
‘Entahlah.
Benda ni bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata. Tetapi perancangan Allah
siapa yang tahu kan? Mana tahu dia masih boleh terima aku.’
Gulp…
Cek Mat menelan liurnya sendiri, terasa di bawa bersama kerikil di dalamnya.
Dia sudah mendapat jawapan yang dia mahu. Dan dia akan melancarkan pelan
pertamanya. Kali ini dia akan mendapatkan Zainab. Cukuplah dulu dia melepaskan
Zainab pergi…
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]