Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Menu kuetiaw tak pernah menjemukan. Saya memang suka makan kuetiaw, masaklah apa saja saya akan menerimanya. Selain menjadi alternatif kepada bihun yang saya tak berjaya memasaknya, kuetiaw adalah satu menu yang sangat sesuai. Asyik makan yang bergoreng, saya menukar angin untuk makan sesuatu yang berkuah pula. Entah macam mana, saya tak berapa suka kuetiaw sup dan jarang sekali menyediakannya. Barangkali kerana dengan cuasa sejuk, sup cepat membeku dan tak sedap dimakan sejuk.
Jadi skodeng punya skodeng tertariklah saya dengan resepi yang dikongsikan oleh Kak Wana iaitu kuetiau kungfu. Rupanya sebelum ni saya dah buat tetapi menggunakan mi. Kalau nak tengok boleh klik sini. Agak menarik juga kerana kuetiaw tu digoreng dulu dengan telur (dadar) sebelum dicampur dengan kuah. Yang lain tu macam biasalah... Saya buat ni dalam dua kali makan, jadi saya gandakan bahan-bahannya.
Alhamdulillah, kuetiau kungfu ni kena dengan selera saya. TQ Kak Wana yang sudi berkongsi. Saya copy semula resepi dibawah ni.
KUEW TEOW
KUNGFU
Resepi : Kak Wana (Potret Kasih)
1oo g
kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
1 biji telur
saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
Sedikit lada
sulah
(pecahkan
telur, kacau dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas
kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)
Untuk
kuahnya
Isi ayam
secukupnya ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
Daging
batang pinang secukupnya
Udang
secukupnya
Sotong
secukupnya
Sayur-sayuran
( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
2 ulas
bawang putih
2-3 sudu
makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
1 sudu
tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
2 cawan air
stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
3 -4 biji
cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
Minyak
secukupnya untuk menumis
Sedikit
garam
Cara
penyediaan
Tumis bawang
putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging
atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada
sulah dan bancuhan tepung jagung.
Bila
mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
Bila sayur
layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan
kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
Hidangkan
dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili
Letak banyak sayur sedap ye Cheq Sue :)
ReplyDeletedah lama x makan kuetiew..x penah lagi makan kuetiew kungfu ni..Nampak sedap la..
ReplyDelete