Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Barangkali itulah pepatah yang sesuai sekali dengan kuetiaw haufan ni. Dah lama saya nak cuba, cukup tertarik dengan namanya yang unik. Bila ada kesempatan, terus saja projek berjalan. Mula-mula sekali tentulah kena buat kicap campurnya dulu. Kicap campur tu jangan risau kalau buat mengikut resepi sebab ianya boleh disimpan untuk memasak yang lain pula.
Kebetulan masa nak masak ni, saya hanya ada lauk sotong dan ayam. Kalau gunakan udang seperti resepi Mas tentu rasanya lebih sedap. Tapi tak mengapalah, memasak ni kan fleksibel, bergantunglah pada kita sendiri. Sayur pulak saya hanya sagatkan lobak merah saja. Lupa nak beli sawi kat pasar malam.
Dengan kicap campur yang masih ada lagi tu, boleh la saya cuba lagi selepas ini. TQ Mas kerana berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula resepinya di bawah untuk rujukan akan datang.
KUETIAW HAUFAN
Resepi : Mas Duniaku
Bahan A :
500gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun
boleh
1 pokok sawi - basuh dan potong2
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah
Cara memasak :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas
masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan
kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan
letakkan dalam pinggan.
Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih
masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna
masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau,
kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak
lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,
kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam
kuah tadi dan terus tutup api.
Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw
yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.
KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto - ( update ) boleh letak sikit @
pun x letak pun x pe saya tak masukkan
Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam
periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati
tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi
gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh
masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee,
bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....
nasib baik haufan kan,bukan taufan....hihii
ReplyDeleteWah boleh dicuba ni chew sue... Nampak sedappppp ;)
ReplyDeleteingat lg zaman semua org pakat buat nih.. hihi... tun je yg xmenerai lg.
ReplyDelete