Monday, October 21, 2013

Kicap Campur & Kuetiaw Haufan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Barangkali itulah pepatah yang sesuai sekali dengan kuetiaw haufan ni. Dah lama saya nak cuba, cukup tertarik dengan namanya yang unik. Bila ada kesempatan, terus saja projek berjalan. Mula-mula sekali tentulah kena buat kicap campurnya dulu. Kicap campur tu jangan risau kalau buat mengikut resepi sebab ianya boleh disimpan untuk memasak yang lain pula.


Kebetulan masa nak masak ni, saya hanya ada lauk sotong dan ayam. Kalau gunakan udang seperti resepi Mas tentu rasanya lebih sedap. Tapi tak mengapalah, memasak ni kan fleksibel, bergantunglah pada kita sendiri. Sayur pulak saya hanya sagatkan lobak merah saja. Lupa nak beli sawi kat pasar malam.

Dengan kicap campur yang masih ada lagi tu, boleh la saya cuba lagi selepas ini. TQ Mas kerana berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula resepinya di bawah untuk rujukan akan datang.


KUETIAW HAUFAN
Resepi : Mas Duniaku

Bahan A :
500gm kuetiaw 
3 sudu besar kicap campur 
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
1 pokok sawi - basuh dan potong2
12 ekor udang 
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah

Cara memasak :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.



KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku

Bahan  :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto - ( update ) boleh letak sikit @ pun x letak pun x pe saya tak masukkan

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

 

3 comments:

  1. nasib baik haufan kan,bukan taufan....hihii

    ReplyDelete
  2. Wah boleh dicuba ni chew sue... Nampak sedappppp ;)

    ReplyDelete
  3. ingat lg zaman semua org pakat buat nih.. hihi... tun je yg xmenerai lg.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]