Zainab
menekan butang end call setelah selesai bercakap dengan Kak Ija. Hari ini hari
pertama konvensyen, sudah pun habis sesi pagi dan berehat seketika untuk
menyambung sesi kedua. Dia sesungguhnya sangat bersyukur kerana konvensyen itu
hanya diadakan di Kuala Lumpur, maka tak perlulah dia meninggalkan buah hatinya
dua orang itu untuk masa yang lama. Dan Alhamdulillah urusan anak-anaknya juga
berjalan lancar dengan pengawasan Kak Ija.
Sebelum
mula tadi pun, Che Mat sudah menelefon dari Brunei, memaklumkan kepadanya
beberapa maklumat dan dokumen yang perlu disediakan. Mmmmm bagus betul Che Mat
tu kan, walaupun jauh beribu batu masih tak lupa pada tugasnya yang
ditinggalkan. Sebab itulah, walaupun hanya sebagai pengganti, Zainab langsung
tidak merasa ralat dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Lagipun kebanyakan
peserta adalah kenalannya dan sama-sama melibatkan diri dalam bidang sepertinya
juga.
Syed
Hamdan seperti mengenali raut wajah wanita di kerusi barisan hadapan di dalam
dewan. Jelita dengan persalinan biru kundang dan ayu bertudung, wanita itu
adalah cinta hatinya sejak dulu, Zainab Atikah! Nampaknya jodoh mereka sekali
lagi bila ditemukan dalam konvensyen begini. Syarikatnya turut menghantar wakil
dan dia turut datang sebagai wakil lembaga pengarah. Tiba-tiba sahaja hatinya
berdebar. Perasaannya tidak keruan bagaikan ada ribuan rama-rama yang sedang
berterbangan di dalamnya. Duduknya tidak kena. Mana mungkin dia mendapatkan Zainab
ketika itu. Syed Hamdan tersenyum. Esok masih ada. Mengimbau kenangan lalu,
kalaulah Bonda menerima Zainab seadanya, tentu saat ini dia sedang berbahagia.
Tetapi apalah guna mengenang sesuatu yang telah berlalu. Syed Hamdan akur
dengan ketentuan Allah terhadapnya.
‘Eh,
Syed, awak pun ada kat sini?’ Zainab terpandang Syed Hamdan dalam kekalutannya
mengemas beg untuk pulang. Sesi konvensyen hari itu telah tamat. Jam di tangan
sudah menunjukkan jam 10, jadi dia mahu bergegas pulang. Dia sudah rindukan Qadeer
dan Qalish.
‘Wakil
syarikat. Saya dah nampak awak tadi, tapi tak sempat nak tegur.’
‘Iyalah,
masing-masing pun sibuk dekat sini.’
‘Jom
kita minum dulu, dah lama kita tak sembang-sembang.’
‘Minta
maaf la Syed. Saya kena balik sekarang. Nanti esok kalau ada masa kita sembang
ya.’
‘Ok…I’m
sorry.’
‘Tak
apa. Saya yang patutnya minta maaf. Tapi malam ni saya betul-betul tak boleh.
Maaf ya. Saya balik dulu.’
Syed
Hamdan melihat Zainab berlalu dengan pandangan yang sayu. Mendengar sahaja
Zainab memanggilnya Syed, berbunga-bunga hatinya. Itulah panggilan mesra Zainab
kepadanya ketika mereka berkasih dulu. Tak apalah Syed Hamdan oiii, esok masih
ada, bersabar la sikit.
Esok!
Ya, esok! Esok dia akan mencari Zainab. Ada banyak yang perlu dibualkan.
Hish,
siapa pulak yang menelefon malam-malam ni…
Zainab mengomel sendirian bila mendengar deringan telefon. Terlepas, tak sempat
nak angkat. Baru saja dia memakai earphone, deringan itu terhenti. Kali kedua
ianya berbunyi lagi, terus Zainab terima.
‘Assalamualaikum.’
Alamak,
boss rupanya.
‘Waalaikumussalam
Che Mat. Ada apa ni? Belum tidur lagi orang Brunei?’
‘Belum
masanya lagi Nab oii. Awak di mana ni? Belum balik lagi?’
‘Dalam
perjalanan dah ni, seharian dah lemah segala anggota badan.’
‘Kesian
awak Nab, terpaksa pula gantikan saya. Dah kena tinggal anak-anak.’
‘Itulah
pasalnya Che Mat, dah rindu ni dengan anak-anak. Haaa, Che Mat nanti jangan
lupa belikan buah tangan untuk saya ya.’
‘Itu
janganlah awak risaukan Nab, semua saya dah beli. Oklah, hati-hati balik tu.
Saya ada kerja sikit ni nak siapkan.’
‘Yes
boss.’
*****
Syed
Hamdan mencari-cari. Tumpuannya kini bukanlah seratus peratus pada pembentangan
di konvensyen tetapi Zainab. Dia sudah bertekad, hari ini dia akan berbual
panjang dengan wanita pujaannya. Kalaupun dia tidak dapat membetulkan kembali
apa yang telah berlaku dulu, sekurang-kurangnya dia boleh meminta maaf dan
memberikan penjelasan. Itulah yang terbuku di hati, bagaikan batu besar yang
menghalang helaan nafasnya untuk lebih tenang. Dia tahu tidak mungkin baginya
memiliki semula sekeping hati milik Zainab, dan dia redha.
‘Haaaa,
itu dia!’
Matanya
terlihat kelibat Zainab yang baru masuk. Mungkin baru sampai atau kembali dari
tandas. Dia sentiasa cantik menawan. Walaupun sudah berumur empat puluhan,
tetapi seri wajah dan manisnya masih tetap ada.
Sekarang
baru saja pukul 10. Terasa lambatnya masa berlalu. Masih ada beberapa ketika
perlu ditunggu sebelum rehat menjelma. Fikiran Syed Hamdan merawang entah ke
mana-mana. Mengenang kembali zaman perkenalan mereka, ketika itu dunia bagaikan
begitu sempurna baginya. Dengan kehadiran gadis cantik, bijak dan petah
berbicara dia tidak mahu memandag yang lain. Sehinggalah peristiwa dia di
bomohkan oleh sepupunya dan dia hanya menurut apa yang dirancang bonda dan
sepupunya itu.
‘Syed…
apa yang you menungkan ni? Ralit benar I tengok. Jom kita pergi minum.’
Siku
Dato’ Hasnon di sebelahnya. Syed Hamdan melihat sekeliling. Peserta konvensyen
ada yang sudah berdiri dan berpusu-pusu keluar. Zainab! Di mana Zainab? Syed
Hamdan bingkas bangun.
‘Tak
apa Dato’… you go ahead. I ada urusan sekejap.’
‘Zainab…’
‘Eh
Syed. Jemput duduk.’
Zainab
yang sedang minum menjemput Syed Hamdan bersama. Rakan semejanya sudah bergerak
ke lobi, nak buat panggilan katanya.
‘Awak
seorang saja?’
‘Begitulah
nampaknya. Awak pun…’
Syed
hanya tersenyum. Mendengar suara Zainab sahaja cukup menceriakan harinya.
‘Saya
nak keluar awal hari ni. Nak uruskan beberapa perkara di pejabat. Mungkin lepas
ni saya tak masuk dah.’
Lancar
sahaja Zainab berbicara. Dia sudah melupakan peristiwa lama. Sekarang dia sudah
menganggap Syed Hamdan seperti sahabatnya dan tak perlu mengenang apa yang
telah terjadi. Dia sudah lama memaafkan lelaki itu.
‘Zainab…saya
nak minta maaf dengan awak. Apa yang saya dah buat, apa yang dah berlaku saya
minta maaf sungguh-sungguh. Bagi pihak bonda saya, saya tahu dia dah menyesal.’
‘Syed,
saya dah lupakan itu semua. Saya dah maafkan awak, juga bonda awak. Buat apa
nak berdendam. Kita semuanya hamba Allah yang sama. Lagipun sekarang saya
bahagia dengan apa yang saya ada.’
‘Lega
saya mendengarnya. Selama ni saya sentiasa berdoa agar dapat meminta maaf dari
awak.’
Zainab
hanya tersenyum. Dia bukan tidak kenal Syed Hamdan. Dia tahu lelaki itu
bagaimana.
‘Janganlah
awak risau Syed. Saya dah maafkan awak.’
‘Awak
bahagia?’
‘Alhamdulillah…
Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Keluarga dan anak-anak banyak memberi
saya kekuatan.’
‘Suami?’
‘Suami
saya dah meninggal.’
Zainab
tersenyum.
‘Saya
ni janda…’
Katanya
lagi. Berbisik dan tersenyum…
Syed
Hamdan terpana. Bagaimana tenangnya Zainab memberitahu dia, tidak setenang apa
yang dia rasakan. Haruskan dia menyoal lebih banyak atau berdiam sahaja?
‘Awak
pulak? Apa cerita Syarifah Soffea?’
‘Kami
pun dah bercerai. Asas yang dibina tidak kukuh, macam manalah nak bahagia. Tapi
iyalah, apa yang dia dah buat tu saya maafkan. Sekarang ni saya tak tahu dia di
mana.’
‘Yang
baik tu kita ambil teladan, yang buruk tu kita jadikanlah sempadan. Saya doakan
lepas ni awak bahagia ya Syed.’
Ah
Zainab. Gadis itu terlalu baik. Agaknya dia masih berpeluang atau tidak untuk
memengangi hati gadis itu kembali?
Cek
Mat merenung tajam. Dia kenal wanita itu. Tetapi siapa pula di depannya? Dadanya
tiba-tiba berombak. Hish..ini tak boleh jadi!
Zainab
memandang sekujur badan yang sedang berdiri di depannya sekarang. Eh, betul ke
ni? Dia memejamkan mata dan membukanya semula.
‘Kenapa
dengan awak Nab? Tak percaya?’
Macam
mana nak percaya, bukan ke baru semalam mereka bersembang dan Cek Mat masih di
Brunei. Macam mana pula hari ini dia boleh ada di Kuala Lumpur? Dah habis ke
kerjanya? Bukan kena ada di sana 4 hari? Hai banyaknya soalan…
‘Ini
saya la Nab. Betul…’
‘Cek
Mat dah selesai ke di Brunei?’
‘Dah…
Kalau tak macam mana saya nak balik. Lagipun perbincangan kami berjalan lancar.
Nanti kalau ada peluang saya bawa Nab melihat cawangan di sana.’
Boleh
la sangat Cek Mat oi…sesekali ke luar Negara.
‘Dah
balik awal ni, sempat ke belikan buah tangan untuk saya?’
‘Buah
tangan itu juga yang awak tuntut ya Nab. Ada ni ha… saya beli untuk semua.’
Cek
Mat menghulurkan satu paper bag yang agak besar. Dalam sibuk-sibuk tu sempat
pula dia pergi membeli-belah tanda ingatan untuk semua. Tersenyum Zainab
menerimanya. Sebenarnya bukan la dia meminta, tapi dah ada ni bagus juga.
‘Ini
pula khas untuk awak.’
Satu
kotak berbalut khas dihulurkan.
Zainab
menerima dengan malu-malu. Terasa kembali ke 20 tahun sebelumnya.
‘Susah-susah
aje Cek Mat ni.’
‘Tak
ada susah-susahnya Nab. Untuk awak yang saya sayang, ini bukan apa-apa. Mmmmm
jangan duduk lama-lama di pejabat ni. Balik rumah, anak-anak menunggu.’
Zainab
termangu mendengar kata sayang yang keluar dari mulut Cek Mat. Dia berdebar…
Sejak kebelakangan ini ada banyak perlakuan Cek Mat yang mengganggu tenang
jiwanya…
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]