Showing posts with label This Is Kelantan. Show all posts
Showing posts with label This Is Kelantan. Show all posts

Friday, January 29, 2016

Naik Keretapi : Tanah Merah - Tumpat - Tanah Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Projek naik kereta api ni sebenarnya dah agak lama di rancang. Segalanya bermula apabila ada keluarga di kampung saya mencanangkan berita bahawa mereka menaiki keretapi dari Tanah Merah ke Tumpat membawa anak-anak berjalan. Bila dah dengar, saya agak teruja untuk membawa ahli jemaah saya, tambah2 pada ketika itu semua anak2 buah ada di kampung. Jadi bincang gitu gini saya, adik dan makcik sepakat untuk pergi pada 17 Disember 2015 dengan 3 buah kereta dengan penuh isi jemaah di dalamnya.


Stesen KTM Tanah Merah, hampir 30 minit dari rumah. Bertolak dekat pukul 9 pagi. Semua excited nak naik keratapi. Last naik keretapi turun di stesen ni masa buat praktikal di Padang Tengku tahun 2003. Hampir 14 tahun lamanya.


Monday, January 25, 2016

Pameran Lukisan 1MCAT Negeri Kelantan / Masjid-Masjid Di Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan kali pertama bagi saya melihat pameran di Balai Seni Lukis Kelantan, yang mana letaknya berdekatan sahaja dengan Muzium Negeri. Kebetulan masa tengok 3 pameran di Muzium tu, kereta diparking memang di depan Balai Seni Lukis Kelantan ni, jadi peluang nak tengok lukisan yang dipamerkan memang tak boleh dilepaskan. Bukan selalu dapat peluang nak tengok apa yang dipamerkan. Bayaran masuk hanya RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Jadi hangus pulak RM9 di sini. Haishhh...

Dengan masalah kamera saya, memang agak ralat sebab tak dapat nak ambil gambar secara close up. Ni ambil dengan henpon kelabu asap lah sikit kejadiannya. Daripada tak ada baik ada walaupun tak berapa memuaskan.


Seperti yang terpampang di hadapan pintu masuk, pameran yang sedang berlangsung adalah berkaitan lukisan masjid2 yang ada di sekitar negeri Kelantan. Tempoh pameran ni sudahpun tamat pada penghujung tahun 2015.


Wednesday, January 6, 2016

3 Pameran Di Muzium Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 ni sepatutnya launch pada Disember 2015, tapi biasalah benda2 yang nak dikarang, dijadikan esei ni take time sikit, take mood kena lebih baru boleh tulis dengan senang hati. Tarikh pun dah tak ingat bila, kena skodeng gallery baru tahu rupa2nya 10.12.15 saya ke sana dengan adinda dan 3 orang anak fruit saya. Saya sebenarnya tak tahu pun pasal pameran2 ni semua, bila adik bagitahu terus saya teruja nak gi tengok sebab kalau ikutkan jiwa saya memang suka nak tengok pameran ataupun melawat muzium cuma kesempatan yang tak pernah ada.  

Pada ketika hari tu jugak usunglah DSLR tu kekonon nak ambik gambor, tapi entah camana tak kena setting, atau setting lari takleh nak kejar, gambar2nya jadi kelabu dan kabur. Memang sentap la makcik nak oiiii. Tapi ambik jugaklah gambar guna henpon, kalau tak berapa nak jelas tu mahap la ya. Sekadar kenangan dan evidens boleh la... Jom tengok.


Sokmo2 dok lalu je kat depan muzium ni, kali ni ada kesempatan nak masuk. Pada ketika itu sebenarnya ada 3 pameran dalam satu iaitu Firaun, Tok Janggut dan Al Fateh. Bayaran masuk adalah RM5 dewasa dan RM3 bagi kanak2. Jadi hanguslah RM19 bagi tiket masuk ke muzium ni.


Friday, December 18, 2015

Pesta Bunga & Organik Lojing 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya telah hadir ke Pesta Bunga & Organik Lojing 2015 pada 20 November lalu. Oleh sebab lokasinya dekat sahaja dengan rumah, memang saya tak lepas peluang nak tengok apa yang ada. Pada pendapat saya lokasi ni (perkarangan Masjid Keputeraan Lojing) tak berapa sesuai dibuat event ni sebab agak jauh dari daerah2 yang lain. Tambah pulak di kawasan itu tak ramai orang. Dan satu lagi pada ketika itu cuti sekolah belum mula lagi. Bukan tak ada orang yang datang, tapi tak berapa meriah pengunjungnya tu. Tapi meh la kita tengok apa yang sempat saya rakamkan di sana...


Selain banner macam ni ada jugak hebahan di radio. Kebanyakan yang terlibat dengan pesta ini adalah dari Jabatan Pertanian dan juga Majlis Daerah setiap jajahan. Ianya dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti landskap, bunga2an, ternakan dan juga pameran produk.



Thursday, October 16, 2014

Cek Mek Molek Street Art, Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya tercapai juga hasrat untuk ke street art yang terdapat di Bandar Machang. Saya tak pasti dari blog mana saya baca pasal street art ni. Tapi sebagai seorang yang sukakan seni, yang minat dengan lukisan2, saya sangat teruja untuk melihat dengan mata sendiri. Machang ni sebenarnya bukan bandar saya, dan saya sendiri tidak biasa sangat dengan jalan2nya. Saban minggu saya balik kampung, tak ada geng nak ke sini sehinggalah sebelum Aidiladha lalu saya berkesempatan datang bersama adik saya. Kebetulan juga bawa balik kamera jadi puas hati sikitlah nak bergambar.

Nak sampai ke sini dua kali pusing jugaklah. Letaknya di belakang Zon Ria lama, di Jalan Cek Mek Molek sebab itulah dinamakan sebegitu. Jom kita tengok2 gambar, saya kongsikan sedikit sahaja, kalau nak tengok lagi kenalah Cuti-Cuti Malaysia ke sini... Tak pun boleh riki blog adik saya...




Tuesday, October 7, 2014

Memorial Tok Janggut, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di negeri Kelantan khususnya ada banyak tempat bersejarah yang boleh di lawati. Tapi saya sebagai rakyat Kelatan sendiri secara jujurnya tidak mengetahui tempat2 sebegitu, yang saya takleh nak rekemen pada orang luar yang datang ke sini. Malu bukan? 
#sorokmukabawahbantal



Kebetulan ke Pasir Puteh baru2 ni, saya lepak la  di taman yang selalu saya singgah iaitu Taman Tepi Sungai @ Taman Buaya, ehhhh rupa2nya di situ ada memorial Tok Janggut, lebih kurang macam taman peringatan lah. Owhhhh I see.... nampak sangatkan macam tak tahu... -_-






Monday, September 8, 2014

Siti Murtabak Raja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun saya ni katanya Mek Kelate, tapi saya tak pulak mengetahui asal usul kewujudan murtabak raja ni. Cumanya pada bulan puasa lalu saya sempat kirim pada kawan yang balik ke Kota Bharu. Saje je nak rasa, selalu dok dengar aje. Pertama kali makan di Pasir Puteh dulu memang tak puas. Ni kali yang kedua dihadiahkan oleh kawan sekolah atas sebab2 tertentu...


Inilah kotaknya Siti Murtabak Raja. Kalau keluaran lain mungkin kotaknya lain. Ianya didatangkan dalam dua jenis iaitu perisa ayam dan daging. Yang ayam ni kalau saiz besar RM13, kalau yang daging tu tak pasti pulak. Jangan kisahkan harganya tu... sebiji saiz ni boleh makan dua kali.


Dibungkus kemas dengan plastik diluar dan di dalam untuk simpanan lebih lama di dalam peti sejuk.


Bila nak makan, panaskan sahaja di atas kuali leper ataupun masukkan dalam oven. Nampak tak tebal lapisan murtabak serta kandungan isi di dalamnya. Perghhh... memang puas hati sengoti dapat makan ni.


Kuah ni memang superb. Kalaupun masih berbungkus elok di dalam plastik, namun baunya memang menggoda. Tak tahulah apa kandungannya. Kalau dibandingkan dengan kuah murtabak biasa tu yang ni tak masam sangat. Agak manis2 sikit rasanya. Bila digandingkan dengan murtabak yang penuh isi tu memang kenalah ibarat irama dan lagu.

Murtabak ni saya kira mungkin dah ada dijual dibandar2 besar. Kalau nak tanya saya di mana nak dapatkan murtabak ni saya memang tak tahu. Kalau nak riki bolehlah ushar no phone kat kotak tu.

Tuesday, February 18, 2014

Mewarna Batik Di Kampung Pantai Mek Mas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila cerita tentang batik ni, saya sangat teruja. Selalu kalau tengok dalam tv, memang ralik. Bayangkan betapa lembutnya tangan pencanting batik semasa mencorakkan kain kosong menjadi bunga-bungaan atau corak abstrak. Jiwa seni agaknya saya ni. Tapi jangan pula suruh saya buat... kang entah apa corak yang jadi.

Kebetulan sebelum ke Kuala Besar, terjumpa papan tanda Pantai Mek Mas tapi pusing punya pusing punya pusing tak jumpa-jumpa pantainya. Dalam dok sesat tu ternampak sebuah rumah, di tepinya ada bengkel kecil yang sedang mewarna kain batik. Hish memang suka sangat nak tengok. Terus berentikan kereta dan angkut DSLR. Ini pengalaman pertama kali saya melihat orang mewarna bati secara live.


Kain batik kosong yang siap dicanting dengan lilin. Ini merupakan kain untuk pakaian seragam sebuah sekolah berasrama di Kuala Lumpur. Ianya diedarkan oleh pembekal untuk diwarnakan oleh dua orang suri rumah di sini, utuk menambah pendapatan barangkali.


Kain yang telah siap diwarnakan dengan dasar oren terang. Memang menarik warnanya. Berus tu pun kemain unik, entah dibuat daripada apa..

  
Mula mewarna bahagian loga dengan warna yang tertentu. Oleh sebab kain ini telah dicanting dengan lili, maka warna di bahagian dalam tidak akan meresap keluar. Itu dari pandangan saya lah..

Ni pewarnaan yang dah hampir siap. Lupa pulak satu keping kain ni upah mewarnanya berapa ringgit.


Bila dah siap tu kainnya perlu dijemur dulu. Perhatikan pemidang yang digunakan. Dari awal proses mewarna, kain tidak dikeluarkan dari pemidang ni sehinggalah ianya betul-betul kering.


Warna yang telah siap dibancuh. anya juga disediakan oleh pembekal.


Kain yang sudah siap dikeringkan. Meliuk ditiup angin.

Memang pengalaman berharga dapat meliha proses mewarna ni. Saya tak akan lupa. Kata akak yang mewarna ni, lain kali boleh datang lagi. Pakai kain basahan, baru baju tak kotor. Maklumlah masa tengok tu, pakai lawa-lawa, baru balik kenduri la katakan....

Nah, apalagi, kalau tersesat ke Kampung Pantai Mek Mas ni silalah cari tempat mewarna batik ni...

Saturday, February 15, 2014

Kuala Besar, Penambang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekali lagi...n3 berkaitan pantai. Berdekatan dengan Pantai Kampung Kundur. Kuala Besar nama diberi, pertama kali sampai di sini...

Kawasannya cantik. Pemandangannya menarik.
Satu pengalaman baru buat saya menyaksikan kampung yang terletak di pulau..
Masih ada rupanya..


Sayup pandangan. Kampung Pulau Teluk Renjuna. Nak ke sana perlu menaiki bot. Dari Kuala Besar ni boleh naik bot ke PCB


Suka gambar ni. Macam dalam poskad. Kalau setting DSLR betul tentu hasilnya lebih menarik. Lihat sahajalah serakan awan itu...


Bot penambang, sedia ke daratan untuk mengambil penumpang. Teringin nak naik...


Baru balik membeli belah. Sedia masukkan barang ke dalam perahu. Saya dan Mok Ja hanya memerhati dengan perasaan teruja. Bagaimana rasanya ya?


Saya ingatkan bot ni bot nelayan, tetapi rupa-rupanya bot penambang yang menjadi penghubung antara pulau dan daratan.


Salah satu keindahan yang masih ada di Kelantan, kalau ada masa berkunjunglah ke sini ^_^

Friday, February 14, 2014

Pantai Kampung Kundur, Penambang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jiwa saya ni sebenarnya sangat intim dengan pantai dan laut. Tak tahulah, saya boleh duduk di situ berjam-jam lamanya tetapi sayang kalau ke pantai ni ada masa-masa sahaja. Masa balik kampung bolehlah melepak di sana.

Seperti juga Pantai Kampung Kundur ni, saya singgah ketika menghadiri perkahwinan Ain dan Nasuha di Penambang. Oleh sebab saya ke sana dengan Mok Ja, jadi saya ikut ajelah. Jom layan gambar...


Tak tahulah pantai ni menjadi kunjungan pelancong atau tidak kerana keadaan persekitarannya yang agak kotor dan penuh dengan kayu.


Waktu ni matahari tegak atas kepala, agak pelik juga hanya saya dan Mok Ja yang nak ke pantai. Heeeee


Laut tengah hari yang tenang, tidak bergelora, hanya ada sedikit gelombang


Sebuah bot di lautan, barangkali dalam perjalanan pulang


Scenery menarik untuk mengambil gambar perkahwinan *_*


Korea? Bukannnn...


Tipikal kampung nelayan...


Kalau siapa yang nak tahu, ini adalah pucuk pokok rumbia yang digunakan untuk membuat rokok daun. Ianya dijemur kering terlebih dahulu sebelum dipotong dan dijual...

Friday, November 15, 2013

Pasar Malam Malam Sabtu, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa orang Pasir Puteh, sila angkat tangan! Ewahhhh... ramai rupanya ya yang sedaerah dengan saya. Meh saya nak kongsikan keindahan daerah saya dengan anda semua. Pasar malam Sabtu. Seperti namanya, ia di buat pada hari Sabtu, bermula lima petang sehingga 10 malam. Lebih kurang pasar minggu (Khamis) tetapi di pasar Sabtu kedainya tak berapa banyak. Lokasi pasar malam ni adalah di Jalan Tengku Razak, hadapan SK (L) Pasir Puteh. Berdekatan dengannya adalah Ekonjaya dan Taman Tengku Anis.

Jom-jom kita tengok gambar yang sempat saya snap semasa berkunjung ke sana baru-baru ini.


Murtabak. Setakat ni tak ada yag terbaik kecuali murtabak Kelantan. Dengan kuah pinknya memang sedap. Harga dalam RM2.50 aje. Penuh dengan isi dan perisa. Lemak pun banyak! Sesekali balik inilah yang saya tuju dulu.


Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut mencari rezeki. Saya pernah dengar dalam ceramah. Katanya ini bukan meminta sedekah tetapi lebih kepada kita membayar atas perkhidmatan yang diberikan. Sesekali kalau layan abang ni menyanyi, memang asyik. Suara dia pun sedap, kadang2 rasa sayu je. Jadi kalau korang jumpa OKU buat persembahan macam ni, bagilah seringgit dua. Penat dia hiburkan kita... Untungnya dia kerana dikurniakan Allah kemahiran bermain muzik yang tiada pada orang sempurna.

 

Ini kalau bawak Anisa atau Amar memang suka sangat. Belon dan belon buih. Baiknya jangan bawa budak-budak. Sebiji belon tu saya ingat lima enam ringgit jugak. Kalau tahan lama tak apa, ini main dua tiga minit dah mengecut. Membazir!


Kebetulan masa saya pergi tu tengah musim final bola, TRW dan Pahang. Ada pulak pakcik ni jual vuvuzela (betul ke eja??). Satu tu RM5, bunyi memang kuat sangat wehhhh...menusuk ke dalam hati perut. Kalau tengak syok memang boleh melompat dibuatnya.


Kuetiaw, mee dan nasi goreng dalam kuali besar. Suka tengok budak ni masak. Selain hensem, memang dekat lah dengan jiwa. Cara dia menumis, masuk itu ini memang berair mulut kalau saya tengok. Bau jangan cerita, memang sedap. Satu bungkus tu dalam RM2.50 - RM3 sahaja. Jangan tak percaya budak2 lelaki ni kalau masak boleh tahan sedap jugak tau!


Ayam percik untuk di jual begitu sahaja dan digandingkan dengan nasi kerabu. Kipas guna kipas elektrik, tak mainlah guna tangan ni, bila nak masak kan? Tak tahulah berapa banyak ayam yang diorang buat satu-satu masa. Lalu sini ambil bau je, macam P.Ramlee dalam cerita 3 Abdul. Errkkkk....


Udang galah pun ada juga. Untah berapa ringgit sepinggan ni tak tahu. Sedapnya kalau dibuat kerutup. Kalau dekat sini ada la lima enam puluh ringgit sekilo.


Wanita Kelantan yang sinonim dengan berniaga. Pergilah ke mana-mana, kelibat wanita memang ada menjual. Seperti makcik ni, rilek je menjual kacang, ubi dan jering rebus. Tu, yang satu lagi kat tepi tu korang tahu tak apa benda? Jom ke gambar seterusnya...


Inilah yang dinamakan BUAH PERAH. Saya dah lama tak jumpa buah ni. Yang dijual ni barangkali sudah di rebus. Agaknya ni tengah musim, ada beberapa tempat lagi yang turut sama menjual buah ni. Kalau nak lebih pasti lagi boleh search di Google. Kalau dibelah Pahang, orang buat asam rong dan dimasak bersama ikan. Sekali tengok nampak macam buah getah pun ada.


Bila ke pasar malam, boleh tengok macam2 yang orang niagakan. Macam abang ni ha, jual polish kereta je. Bercakap tak berhenti sambil menggosok badan kereta yang telah terpisah. Nampak macam menjadi, bersinar-sinar tempat yang digosoknya. Tapi dengan saya yang malas piang nak menenyeh membasuh kereta, abaikan ajelah..


Selain buah-buah import, buah-buah tempatan juga masih menjadi pilihan. Buah duku / dokong ni contohnya, tak tahulah datang dari mana. Kebanyakan tempat dah habis tapi di sini masih ada. Barangkali datang dari Siam. Seketika singgah di sini suka dengan gelagatnya yang berteriak melawan gerai sebelah untuk meningkatkan jualan buah masing-masing.


Ikan kering pun ada. Sedap dimakan dengan pulut. Masa hujan inilah menu pilihan.


Di jalan paling hujung, ada pakcik menjual ikan hiasan. Bila tengok yang bergantungan ni suka nak beli tapi bila fikirkan kesibukan dan tak ada masa, silap haribulan sampai di CH dan menemui ajal. Jadi sembang2 dengan pak cik tu dia senyum je dengar bebelan saya. Di sini ada ikan keli albino dan udang galah. Kalau taknak pelihara masuk aje dalam kuali buat lunch! Uiiiit kejam!


Dah habis pusing-pusing, kita balik lah pulak. Tengok tu, kemain banyak kereta di jalanan, semuanya dah selesai membeli dan nak balik jugak. Di sini menjelang azan kebanyakan gerai mematikan lampu dan menghentikan jualan. ngat tu tau!

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi, tapi cukuplah sedikit perkongsian. Kalau ada yang nak datang ke Pasir Puteh tu singgahlah di sini pada setiap hari Sabtu.

Monday, November 11, 2013

Pusing-Pusing Kampung Orang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya anak kampung... datang dari kampung... membesar di kampung. Kenangan selama 18 tahun, sebelum mula keluar ke tempat lain untuk menuntut ilmu dan berkerja. Apa-apa sahaja yang berkaitan kampung sangat dekat di jiwa saya. Balik baru ni saya tidur semalam di Kok Lanas, jadi jom tengok perkongsian semasa raound-roun kampung di petang hari...


Burung-burung bertenggek di dahan pokok mati. Tengah nak cari port untuk tidur gamaknya.


Nampak tak titik2 hitam tu? Itu merupakan sekumpulan burung yang berterbangan. Menarik sangat tapi tak dapat gambar sharp sebab snap dari atas motor yang bergerak


Sunset kononnya. Dah menjelang senja, hampir Maghrib.


Pakcik ni pun dah bawa lembunya balik. Senyum je bila saya snap gambar dia.


Naik motor.. suka la sangat.


Kelapa ditebuk tupai? Hurmmm...


Keladi bunting... comel!