Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
N3 ni sepatutnya launch pada Disember 2015, tapi biasalah benda2 yang nak dikarang, dijadikan esei ni take time sikit, take mood kena lebih baru boleh tulis dengan senang hati. Tarikh pun dah tak ingat bila, kena skodeng gallery baru tahu rupa2nya 10.12.15 saya ke sana dengan adinda dan 3 orang anak fruit saya. Saya sebenarnya tak tahu pun pasal pameran2 ni semua, bila adik bagitahu terus saya teruja nak gi tengok sebab kalau ikutkan jiwa saya memang suka nak tengok pameran ataupun melawat muzium cuma kesempatan yang tak pernah ada.
Pada ketika hari tu jugak usunglah DSLR tu kekonon nak ambik gambor, tapi entah camana tak kena setting, atau setting lari takleh nak kejar, gambar2nya jadi kelabu dan kabur. Memang sentap la makcik nak oiiii. Tapi ambik jugaklah gambar guna henpon, kalau tak berapa nak jelas tu mahap la ya. Sekadar kenangan dan evidens boleh la... Jom tengok.
Sokmo2 dok lalu je kat depan muzium ni, kali ni ada kesempatan nak masuk. Pada ketika itu sebenarnya ada 3 pameran dalam satu iaitu Firaun, Tok Janggut dan Al Fateh. Bayaran masuk adalah RM5 dewasa dan RM3 bagi kanak2. Jadi hanguslah RM19 bagi tiket masuk ke muzium ni.
Muzium2 yang ada di Negeri Kelantan, target satu hari nanti nak gi tengok semua jika ada kesempatan.
Pahlawan Kelantan TOK JANGGUT. Kisah perjuangan penuh sejarah
Kawasan penentangan Tok Janggut dahulukala bertempat di daerah Pasir Puteh.
Kisah sejarah.
Pertempuran di Kampung Dalam Pupuh, dekat sahaja dengan kampung halaman saya. Seronok dapat tengok ni tambah2 bila ada gambar2 zaman dahulu walaupun dalam keadaan hitam putih.
Pameran Firaun. Nak cerita banyak2 pun tak tahu sebab tak faham sejarah. Nak catat pun banyak sangat infonya. Jadi snap sajalah gambar2 yang dirasakan menarik
Terus ingat dekat Cleopatra, waris terakhir keturunan Firaun di bumi
Kisahnya tertulis dalam Al Quran
Kisah Nabi Musa dan peristiwa laut terbelah
Untuk pameran Al Fateh, rupa2nya saya tak ambil gambar satu pun. Jadi tak dapat nak kongsi. Alang2 dah dok dalam muzium tu tengoklah barang pameran lain yang ada. Secara peribadinya pada pandangan saya muzium ini tidak diuruskan dengan baik. Saya tidak pasti adakah barang2 yang dipamer hanya sedikit sahaja atau ada disimpan di tempat lain disebabkan pameran yang sedang berlangsung. Saya rasa ada banyak nilai dan bahan2 sejarah yang boleh dipamer sebenarnya untuk didedahkan kepada pengunjung yang datang.
Alat muzik tradisional, dulu pernah tengok ada di kampung.
Rebana ubi
Wau bulan.. layang-layang...
Gambar beserta penerangan
Wayang kulit. Lebih elok rasanya jika setiap watak yang dipamerkan ini disertakan sekali dengannya. Kita tahu ada Pok Dogol, Said, Seri Rama... tapi tanpa label dah tentu kita tak tahu yang mana satu. Agak ralat sikit la kat situ...
Secara keseluruhannya memang suka la dapat masuk muzium. Dah 35 tahun baru jejak kaki, memng sadis la kan..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
best jgk yek kak.... siap boleh amik gambar lg, selalu kan msk muzium mana blh amik gambar kan...
ReplyDeletesiap ada psl firaun lg tuh... mcm rare jgk tuh