Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Wari
bersandar di sisi keretanya. Matanya meleret jam di tangan. Sepatutnya Nabila
sudah keluar dari pejabat tapi masih belum nampak batang hidungnya. Wari sudah
dilanda kebosanan. Sebenarnya sudah agak lama dia tidak berhubungan dengan
Nabila. Kiranya ini satu kejutan kepada gadis itu. Dia ingin mencantumkan
kembali tali perhubungannya yang agak kendur.
Hampir 40
minit menunggu, barulah ternampak kelibat Nabila keluar dari lobi sambil menuju
ke keretanya. Jambangan bunga yang diletakkan di bonet kereta segera
dicapainya. Nabila memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan, mencari-cari siapa
yang meletakkannya di situ. Dia agak
tergamam melihatkan Wari sedang memandangnya. Segera dia mengukirkan senyuman
apabila Wari mengatur langkah ke arahnya.
‘Apa mimpi
you datang cari I ni?’ Nabila menyapa sinis.
‘Hai,
takkan nak ada apa-apa dulu baru I boleh jumpa you.’ Wari tersenyum. Dia perlu
meyakinkan Nabila untuk terus menyenanginya.
‘I ingat
you dah lupa.’
‘Mana I
boleh lupa pada orang yang I sayang…’
‘You masih sayang
I?’
Wari
tersenyum dan mengangguk lalu mencapai tangannya… Nabila kalah dengan senyuman
itu.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]